Marathon adalah acara yang panjang, bukan hanya larian pendek sahaja. Dan, bercakap mengenai marathon, baru-baru ini tular di media sosial akan bahayanya marathon terhadap buah pinggang.
Namun, menerusi perkongsian dari seorang doktor, iaitu Dr Rafidah Abdullah yang juga seorang pakar buah pinggang, dan pelari marathon, telah beri penjelasan mengenai perkara ini.
Perlu diterangkan istilah maraton adalah acara 42km; bukan 5, 10, 21km. Sesiapa yang pernah berlari 42km akan tahu akan ianya memerlukan tahap fizikal dan mental yang tinggi.
Tentunya ia akan menjadi beban kepada badan kita.Apakah “acute kidney injury?”
Tidak ketahui: Samada mereka minum sebanyak mana, latihan persiapan bagaimana. Yang tahu, kesemuanya pulih seperti sedia kala.
Memang betul & telah dibuktikan yang kerosakan buah pinggang akut (Acute Kidney Injury) ada risiko untuk menjadi masalah Kronik dimasa akan datang.
Tidak diketahui lagi apakah ada masalah jangka masa panjang dalam konteks ini. Kajian 22 orang sangat kecil, TIDAK boleh dibuat kesimpulan dan generalisasikan untuk semua orang.Perlu kajian/observation lebih terperinci & lama.
Nasihat professional saya, merangkap seorang Pakar Buah Pinggang juga pelari maraton, inilah antara cara-cara penjagaan:
1. Respect the distance
3. Elak makan ubat tahan sakit
Perlukah maraton sejauh 42km untuk kekal sihat? Jawapannya tidak perlu. Cukup dengan 150minit senaman seminggu dan pemakanan seimbang. Artikel ini bukan alasan anda tidak bersenam langsung. Mereput, tak buat apa-apa lagi bahaya.