Kumpulan pakar urologi dari Universiti China Selatan berkata: “Kajian kami menunjukkan bahawa pengambilan makanan pedas secara kerap boleh meningkatkan risiko mati pucuk, terutamanya dalam kalangan lelaki yang bukan perokok.
“Semakin tinggi kekerapan makan makanan pedas, semakin tinggi untuk lelaki berisiko (mati pucuk), katanya.
Perunding urologi Klinik Harley Street, London, Profesor Raj Persad pula menambah:
“Mereka yang makan lebih banyak makanan pedas mungkin lebih cenderung menghidap diabetes atau Indeks Jisim Badan (BMI) tinggi.
“Kedua-dua keadaan ini boleh dikaitkan dengan mati pucuk,” katanya.
Saintis – saintis percaya bahawa rempah pedas dalam diet meningkatkan risiko mati pucuk kerana ia boleh menurunkan kadar testosteron.
Mereka yang makan makanan pedas berempah seperti kari selama tujuh hari seminggu didapati mempunyai 12 peratus kurang hormon testosteron berbanding individu yang tidak memakannya.
Sumber : 1
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk seleksi video menarik seperti di bawah.