Hanya mereka yang biasa kena migrain tahu bagaimana sakitnya kepala ketika diserang penyakit itu.
Mujur ada pakar dari New York Headache Center, Doktor Alexander Mauskop yag memberikan 6 tip bagaimana untuk menghilangkan migrain. Cuba amalkan, mana tahu selepas ini kepala anda tidak akan ‘berpusing’ lagi.
Ads
1. Kurangkan kopi
kandungan kafein dalam kopi boleh menjadi pemacu sakit kepala. Menurut Alexander, kalau rasa teringin juga untuk minum kopi minumlah hanya segelas kecil sehari.
2. Makan sayuran hijau dan kekacang
Kekurangan khasiat magnesium dalam tubuh boleh mengakibatkan migrain. Secara asasnya, lelaki atau perempuan dewasa memerlukan 400g magnesium sehari untuk mengelakkan terkena migrain. Khasiat magnesium ini boleh anda dapati daripada kekacang seperti almond, kacang tanah dan sayuran hijau seperti bayam.
Ads
3. Tidur yang cukup
Apabila anda kurang tidur, ia akan meningkatkan risiko terkena migrain khususnya sebaik saja anda terjaga. Menurut Alexander, tubuh yang kekurangan tidur akan membuatkan otak
menjadi lebih sensitif terhadap cahaya terang dan bunyi bising. Jadi, pastikan anda tidur secukupnya (6-7 jam, tidak lebih daripada itu)
Ads
4. Minum banyak air kosong
Masalah dehidrasi juga antara penyebab kamu diserang migrain. Apabila kamu kurang minum air, cecair dalam badan akan berkurangan dan darah menjadi pekat hingga mengakibatkan ia tidak sampai kepada otak. Menurut Alexander, tiada kuantiti air yang tepat harus diminum oleh seseorang individu untuk mengelakkan dehidrasi kerana ianya bergantung kepada berat badan, cuaca, aktiviti dan faktor lain. Tip: Jika air kencing anda bewarna kuning gelap, itu tandanya badan kekurangan air dan anda perlu minum lebih banyak lagi.
5. Lakukan Senaman tiga kali seminggu
Amalkan bersenam sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Ketika bersenam, tubuh kita akan menghasilkan hormon endorfin yang mampu mencegah rasa sakit. Selain itu, dengan bersenam juga kita mampu mengurangkan stres yang juga meruapakan antara punca migrain. Tidak perlu melakukan senaman yang berat. Cukup sekadar berjoging atau berbasikal selama setengah jam.
Kredit: Doktor Alexander Mauskop untuk ruangan majalah Men’s Health
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sebenarnya pores tidak boleh tertutup dan terbuka macam pintu rumah kita. Tapi boleh kecilkan dengan sentiasa bersihkan pores dari debu, kulit mati, bakteria dan sebum yang aktif keluarkan minyak berlebihan.
Jadi untuk merawat masalah ini, cuba pakai regular BHA liquid, claymask dan double cleansing method, kemudian boleh teruskan dengan normal skincare routine. Buatlah seminggu sekali. Untuk pastikan pores kita sentiasa bersih.
Cara nak pakai seperti yang tertera.
Sebelum pakai product dari acid exfoliate macam bha dan aha. Pastikan BASIC routine skincare dah konsisten selama 6 bulan ke atas. Supaya tiada irritation dan purging berlaku.
Sebaceous filaments biasa terdapat di bahagian hidung. Beza dengan blackhead. SF terjadi bila sebum tersumbat dengan kulit mati, debu dan bakteria. Normal memang ramai yang alami benda ini.
Bila pores tersumbat. Itu yang nampak pores kita nampak sangatluas. Bile pores bersih. Pores akan jadi kecil dan nampak bersih.
Apply BHA dalam 20 ke 25 minit di kawasan yang bermasalah seperti hidung.
Apply claymask sehingga 10 minit. Kulit kering boleh pakai tapi cari claymask yang hidrating. Supaya kulit tak terlampau kering.
Untuk oily dan combination. Pakai macam biasa.
Kemudian bilas claymask dengan air biasa. Keringkan muka.
Dah kering muka. Sapu oil cleanser. Gosok lembut bahagian hidung tadi. Nanti kotoran akan keluar. Macam whitehead, kemudian sambung dengan cleanser biasa dan skincare routine
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Rambut boleh memainkan peranan penting dalam menentukan rupa paras seseorang.
Manusia dianugerahkan lebih kurang 100,000 helai rambut di atas kulit kepala. Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan digantikan dengan rambut yang baru.
Rambut dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu folikel yang berada dalam kulit dan batang rambut (shaft) iaitu bahagian luar yang kita lihat.
Bilangan folikel adalah kekal dan akan berkurangan mengikut usia.
Setiap helai rambut terdiri dari 3 lapisan keratin di mana lapisan luar (kutikel) berfungsi untuk melindungi 2 lapisan dalam.
Rambut yang sihat akan kelihatan bersinar kerana lapisan kutikel berada dalam keadaan mendatar. Ini akan mengimbas cahaya dan juga memudahkan sebum mengalir untuk melembabkan rambut.
Rambut akan memanjang 3-4 mm sehari iaitu lebih kurang 6 inci setahun.
Cara- Cara Penjagaan Rambut
Penjagaan rambut adalah berbeza mengikut jenis rambut, stail rambut dan juga jenis aktiviti yang dilakukan.
Jenis syampu yang digunakan dan kekerapan membasuh rambut adalah mengikut kelembapan rambut dan permasalahan rambut.
Syampu untuk rambut kering dan rosak diperlukan dalam keadaan berikut: Rambut kerinting, rambut yang diluruskan atau diikalkan dengan menggunakan bahan kimia, rambut yang selalu menggunakan pengering letrik terutamanya ketika rambut basah dan juga rambut yang selalu terdedah kepada air laut dan air berklorin.
Syampu untuk rambut berminyak pula perlu digunakan bagi mereka yang mempunyai rambut berminyak.
Setengah remaja mengalami rambut yang agak berminyak kerana pada usia ini kelenjar sebaceous mungkin lebih aktif dan mengeluarkan sebum melebihi dari keperluan.
Syampu bayi yang lembut, disyorkan bagi mereka yang aktif dalam sukan dan perlu kerap membersihkan rambut setiap hari.
Menangani Rambut Bermasalah
Masalah rambut yang biasa berlaku adalah kelemumur, rambut gugur, rambut rapuh dan pecah.
Kelemumur (dandruff)
Penyebab berlakunya kelemumur masih tidak diketahui, walau bagaimanapun ia dikaitkan dengan hadirnya sejenis kulat (fungus).
Kelemumur boleh dirawat dengan menggunakan syampu yang mengandungi asid salicilic, zink, tars atau selenium sulfate.
Sekiranya rawatan ini tidak berkesan, sila berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.
Rambut rapuh, pecah atau bercabang (hair breakage)
Rambut boleh pecah di bahagian yang lemah sama ada di pangkal, tengah mahupun di bahagian hujung rambut.
Penyebab rambut pecah adalah :
Terdedah pada bahan kimia yang digunakan untuk meluruskan , mengerintingkan dan mewarnakan rambut.
Kerap menyisir rambut terutamanya apabila menggunakan sikat yang tidak bersesuaian dengan ketebalan rambut dan menyisir rambut dalam keadaan basah.
Kerap ikat tocang (braid) dengan ketat.
Mengalami masalah perubatan seperti “hypothyroidism” ( hormon tiroid rendah) dan “anorexia nervosa” (tidak mahu makan kerana takut menjadi gemuk walaupun sebenarnya badan pesakit terlalu kurus).
Bagi mengatasi masalah ini;
Gunakan syampu untuk rambut rosak dan gunakan perapi rambut.
Jangan sikat rambut ketika basah dan gunakan sikat yang bersesuaian
Elakkan mengering rambut dengan alat pengering dalam keadaan terlalu basah dan pada suhu yang tinggi.
Dapatkan perkhidmatan pendandan rambut profesional sekiranya anda hendak meluruskan, mengeritingkan atau mewarnakan rambut.
Sekiranya anda berambut panjang dan mempunyai rambut bercabang, eloklah bahagian hujung rambut dipotong.
Sekiranya anda mengalami rambut rapuh tanpa sebab , jumpalah doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
Rambut gugur (hair loss)
Rambut gugur adalah perkara yang biasa berlaku pada setiap orang.
Setiap hari lebih kurang 100 helai rambut akan gugur dan akan diganti dengan rambut baru.
Masalah akan timbul apabila rambut yang gugur tidak diganti dan ini boleh menyebabkan seseorang itu menjadi botak.
Botak itu boleh berlaku sementara atau kekal.
Antara penyebab rambut gugur adalah penggunaan bahan kimia dan suhu tinggi untuk dandanan rambut serta masalah perubatan.
Sekiranya rambut anda gugur berterusan setelah menjalani rawatan di salon atau anda mengalami botak kekal, anda harus berjumpa doktor untuk mendapatkan khidmat nasihat.
sumber: lelakisihat.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bagi membendung penyakit kencing manis dan obesiti dalam kalangan rakyat. Kerajaan Thailand mengambil langkah dengan menaikkan sehingga 25 peratus cukai terhadap minuman ringan, teh, kopi segera atau jus buah, bergantung kepada kandungan gulanya.
Selepas Afrika Selatan dan Britain, Thailand muncul negara terbaharu mengenakan cukai bagi minuman bergula dalam usahanya untuk memerangi masalah kegemukan rakyatnya.
Secara purata, dikatakan seorang rakyat Thailand dikatakan lazim memakan gula sebanyak 28 sudu teh pada setiap hari – lebih seganda daripada apa yang disarankan oleh pihak Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sendiri.
Ini boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang serius. Para pegawai kesihatan Thailand menyatakan 32 peratus penduduk negara itu kini memiliki berat badan berlebihan dan 10 peratus menghidap penyakit diabetes. Jumlah ini kian bertambah. Sepanjang tahun lalu sahaja, sebanyak 600,000 kes baharu penyakit kencing manis berjaya dikesan di seluruh Thailand malah kadar tersebut adalah yang ketiga tertinggi di benua Asia.
Justeru, dalam usaha untuk mengawal permasalahan tersebut, pihak berkuasa Thailand mengenakan cukai baharu pada minuman yang manis berdasarkan kepada tahap kandungan gulanya.
Cukai 20 peratus dikenakan bagi minuman yang mengandungi antara 6 hingga 10 gram gula bagi setiap 100 mililiter. Jika kandungan gulanya lebih daripada itu, kadar cukainya adalah 25 peratus. Menurut para pegawai cukai, syarikat-syarikat tidak menentang keras cukai itu. Pihak berkuasa pula memberi syarikat-syarikat berkenaan tempoh kelonggaran dua tahun untuk mengurangkan kadar gula dalam minuman keluaran masing-masing. – CNA
Sumber : Mynewshub
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.