“Kita bukannya tak cuba. Dah cuba. Dia juga yang selalu update status bosan single dan sebagainya. Bila kita confess sudi untuk jadi teman dia, kita pulak yang kena reject!”

Pernah alami situasi ini? Tak kiralah lelaki mahu pun perempuan, diorang tu semua acah-acah jer single, padahal not available atau pun ada crush yang tersendiri.

Selalu Kena Friendzone? Chill.. Amalkan 5 Tip Ini Untuk Kekal Steady & Jomblo Happy!

Jadi apa yang perlu kita buat? Takkan bersedih sampai nak panjat bangunan tempat kerja kot? Rileks.. chill.. ‘Hidup Ini Bukan Untuk Derita’ bak kata lagu Dato’ Ahmad Jais.

1. Luangkan masa dengan ramai kawan

Selalu Kena Friendzone? Chill.. Amalkan 5 Tip Ini Untuk Kekal Steady & Jomblo Happy!

Ads

Dia cuma seorang. Kalau dia tak mampu bahagiakan anda, ada lagi ramai kawan lain yang sudi gembirakan anda. Hargai mereka yang ada di sekeliling kita termasuk ibu bapa.

2. Hentikan layan filem jiwang atau romantik

Selalu Kena Friendzone? Chill.. Amalkan 5 Tip Ini Untuk Kekal Steady & Jomblo Happy!

Semua cerita dalam filem itu cuma imaginasi penulis skrip. Anda janganlah pula terlayan sama sampai emosi awak terganggu kerana ditolak cintanya. Layan cerita lain. Kalau tak ada idea sangat, apa kata try pergi tengok Upin & Ipin : Keris Siamang Tunggal. Best woo!

Ads

3. Bersukan atau main game

Selalu Kena Friendzone? Chill.. Amalkan 5 Tip Ini Untuk Kekal Steady & Jomblo Happy!

Anda sudah tentu ada hobi dan sukan kegemaran anda bukan? Salah satu cara nak ubat jiwa yang terluka ini adalah dengan buat semua itu. Kalau main bola, tendanglah puas-puas ibarat anda juga menendang si dia. Kalau main game, main yang tembak-tembak. Anggaplah anda sedang tembak dia. Tetapi jangan tembak betul-betul di alam realiti pulak!

Ads

4. Lebihkan waktu bersama keluarga

Selalu Kena Friendzone? Chill.. Amalkan 5 Tip Ini Untuk Kekal Steady & Jomblo Happy!

Asyik kejarkan si dia yang belum tgentu jadi milik anda. Bagaimana hubungan kita dengan ahli keluarga yang akan jadi wali dan juga saksi pada hari perkahwinan anda nanti? Cewahh.. kena jaga baik-baik juga. Utamakan mereka terlebih dahulu berbanding yang lain-lain.

5. Unfollow semua media sosial

Selalu Kena Friendzone? Chill.. Amalkan 5 Tip Ini Untuk Kekal Steady & Jomblo Happy!

Rehatlah dari menggunakan media sosial. Bukan apa, takut tengah skrol-skrol, tiba-tiba nampak gambar orang kahwinlah.. orang dah beranaklah.. terbaca kisah rumah tanggalah dan semua itu menambah rasa sakit hati. Unfollow semua yang tak penting kecuali FB dan IG Maskulin, kami beri anda tip untuk anda jomblo happy!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI