Selalu Bersin & Muka Gatal-Gatal, Petanda Anda Penghidap Resdung! Atasinya Dengan 5 Cara Ini Mudah Ni

Share

Penyakit resdung memang sinonim kalau anda sering mengalami bersin, selesema, muka gatal, mata gatal, hidung gatal dan tersumbat secara melarat, kemungkinan anda sedang mengalami masalah resdung.Resdung terjadi apabila sekeliling rongga hidung anda dijangkiti bakteria. Kebiasaan bagi mereka yang menghadapi masalah ini sangat sensitif terhadap debu, kotoran, bulu-bulu haiwan terutama kucing dan juga alahan pada sesetengah makanan.


 
Jadi,nak mengubati resdung ini banyak caranya. Kalau ada yang sanggup berhabis wang untuk hilangkan masalah ini, kami ada petua tradisional yang ingin dikongsi bersama dimana bahan-bahan hanya memerluka dua benda sahaja. Mari kita lihat petua yang disediakan dekat bawah ni: 

 

1. Hidrasi


Minum banyak air mineral. Cecair ini akan bekerja membantu mendorong lendir keluar. Elakkan minum alkohol, kafein, minuman manis, dan jangan merokok. Sekiranya anda masih berdegil, ia boleh menyebabkan lendir semakin menebal dan saluran pernafasan semakin tersumbat sehingga mencetuskan keradangan yang lebih teruk.

 

2. Air Panas

Petua hilangkan resdung seterusnya ialah dengan sedut wap air panas. Caranya?

Pertama, rebus air mengikut saiz bekas anda, lalu campurkan dengan air garam sehingga mendidih. Letakkan kepala anda 30cm di atas air, lalu sedut wap tersebut.

Untuk kesan yang lebih baik, anda boleh menutup kepala dengan tuala yang menutup wap air panas. Lakukan selama 15 minit sebanyak tiga kali dalam sehari sehingga resdung reda.

 

3. Tuam Tuala Pada Muka Dengan Air Panas

Petua lain yang anda boleh amalkan adalah dengan menuam tuala di bahagian pipi dengan air panas tersebut. Tapi janganlah panas sangat, kang melecur muka deknon. Suam suam kuku pun okay. Panaskan air, sehingga mendidih dan tuamkan tuala di bahagian muka anda..

Cara ini dapat membantu mengeluarkan lendir yang terkumpul di bahagian bawah mata dan kawasan sekitar hidung.

 

4. Lidah buaya

Menarik, kan? Lidah buaya pun boleh digunakan untuk mengubati resdung sebab ia mengandungi sifat antiseptik. Cara menggunakan lidah buaya ini adalah dengan menitiskan lendir atau gel lidah buaya pada hidung. Untuk kesan lebih baik, minum rebusan lidah buaya.

 

5.Limau Nipis dan Daun Pandan

Petua seterusnya ialah menggunakan campuran limau nipis dan daun pandan. Caranya, sediakan 8 buah limau nipis dan 10 helai daun pandan. Hiris halus-halus daun pandan. Perah buah limau hingga menghasilkan air limau yang banyak, pisahkan bijinya. Campurkan air perasan limau dengan daun pandan.

Ramas daun pandan tersebut beberapa minit sehingga air berubah menjadi kehijauan. Tapiskan sehingga tinggal air saja. Basuh atau cuci muka terlebih dahulu dan bilas air tadi ke wajah anda, elakkan dari terkena mata atau bibir. Tunggu wajah kering lalu sapukan lagi. Lakukan setiap 3 jam untuk hasil yang lebih baik. Selesai dah boleh cuci wajah anda dengan air biasa.

Amaran!!! Cara ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Ini kerana ia akan menyebabkan kesan pedih yang maksimum namun masih terkawal. Kesan berbeza mungkin terjadi pada setiap individu dan keadaan resdung anda. Sila rujuk pakar terlebih dahulu andai ragu – ragu.

 

 

Published by
Ruziana Zainal