
Penghidap resdung memang tidak akan lari daripada kerap bersin setiap pagi. Bersin yang tak henti-henti ini akan menyebabkan hidung berair. Pasti masalah ini membuatkan anda rasa tidak selesa.
Bagaimana penghidap resdung nak atasi masalah kerap bersin dan hidung berair ini? Seorang pengguna Twitter, Reena Razak berkongsi tentang ubat dan tip untuk penghidap resdung atasi kerap bersin dan hidung berair yang boleh anda cuba.
Namun jika resdung anda masih lagi berlarutan, sebaiknya berjumpalah dengan dokor untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.
Jom baca perkongsian wanita ini.
Makan ubat Clarinase jika bersin teruk
Sterimar ini bagus untuk bersihkan hidung
NeilMed Sinus Rinse memang bagus
Pastikan baca arahan dan ikut sebab sangat penting untuk kebersihan
Klik link kat bawah untuk tengok cara guna Sinus Rinse tu
Sinus Rinse ni tak pedih dan best sebab dapat bernafas dengan selesa
Guna Aztec Mask untuk hilangkan jerawat resdung yang degil
Setiap orang lain result, jumpa doktor kalau sinus teruk
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
MASKULIN Who’s Your Bro x Challo Run, Bergabung Aktifkan Fun Run Di Ibu Kota

Semangat kecergasan dan gaya hidup sihat bergema di ibu negara apabila program MASKULIN Who’s Your Bro buat julung kalinya berkolaborasi dengan komuniti larian terkenal, Challo Run, sempena KL Car Free Morning yang berlangsung setiap Ahad.
Acara Fun Run 3km dan 5km, yang diadakan pagi semalam, menyaksikan penyertaan lebih 150 peserta terdiri daripada pesserta program Who’s Your Bro dan komuniti Challo Run.
Seramai lapan peserta Who’s Your Bro turut hadir iaitu Ikmal, Hakimi, Dr Shazif, Syafiq, Asyraf, Irwan, Faidzal dan Saddam.
Selain itu acara ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran selebriti popular seperti Aedy Asyraf, Imran Aqil, Safwan Nazri, Khenobu, dan Ezzrin Loy, yang bersama-sama berlari, memeriahkan suasana, dan memberikan inspirasi kepada semua peserta.
Kolaborasi Pertama Beri Impak Positif
Ini adalah kolaborasi pertama di antara MASKULIN Who’s Your Bro dan Challo Run, tetapi kehangatan sambutan membuktikan potensi besar untuk penganjuran acara sebegini pada masa akan datang.
Bagi peserta Who’s Your Bro dan ahli Challo Run, acara ini bukan sahaja tentang larian tetapi juga peluang untuk saling mendekatkan hubungan sesama komuniti.
Hakimi Nordin, salah seorang peserta yang aktif dalam kedua-dua program ini, meluahkan keterujaannya.
“Sebagai peserta Who’s Your Bro dan juga geng Challo Run yang aktif, saya berasa cukup gembira dengan sambutan yang diterima pada pagi ini. Ini juga satu inisiatif yang baik bagi sama-sama untuk mempromosikan bukan sahaja ‘Who’s Your Bro’ tetapi gaya hidup sihat,” tambah Hakimi.
Keseronokan dan Ganjaran Peserta
Peserta yang mengambil bahagian turut menerima kupon khas yang boleh ditebus untuk makanan dan minuman pagi selepas tamat larian.
MASKULIN juga memeriahkan acara dengan menyediakan goodie bag tajaan Blanco, MIS CLAIRE, dan Jantzen, serta menawarkan 10 cabutan bertuah dengan hadiah istimewa.
Wakil dari Challo Run, Ezzrin Loy, turut menyatakan harapan besar daripada kerjasama ini.
“Kolaborasi kami pada hari ini untuk meraikan gaya hidup sihat.
“Kami juga ambil peluang untuk sama-sama mempromosikan program kecergasan ‘Who’s Your Bro’. Penglibatan peserta program ini juga mampu memberikan inspirasi kepada peminat dan followers yang hadir,” jelasnya yang cukup gembira dengan kejayaan kolaborasi ini.
BACA: MASKULIN Who’s Your Bro Ep.6 – Peluh, Api dan Semangat Membara di KKB Fire Academy!
Tidak hanya terhenti di acara ini, program ‘MASKULIN Who’s Your Bro’ terus mendapat perhatian ramai dan kini menuju episod ketujuh yang bakal ditayangkan pada 17 Januari 2025, jam 9 malam di Astro Ria.
Semoga kerjasama seperti ini menjadi batu loncatan untuk lebih banyak program mempromosikan kecergasan dan gaya hidup sihat di masa hadapan.
Jangan lupa untuk terus memberikan sokongan kepada MASKULIN dan Who’s Your Bro, serta kekal aktif dan sihat!
Kita bersama membina komuniti kecergasan yang inspiratif dan penuh semangat!
Jangan lupa subscribe atau follow YouTube dan TikTok MASKULIN untuk video-video WYB menarik seperti di bawah.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Rutin Senaman Seperti Stuntman, Selain Stamina Makin Meningkat Otot Juga Lebih Mantap

Apabila menonton filem aksi pastinya kita cukup terpegun dan kagum dengan pelbagai aksi balik kuang yang dilakukan. Namun tahukah anda bahawa tidak semua aksi lagak ngeri yang terpapar di layar skrin tersebut dilakukan oleh aktor popular.
Besar kemungkinan aksi tersebut dilakukan oleh pakar lagak ngeri atau stuntman yang mempunyai bukan sahaja pengalaman tetapi pengalaman khusus mengendalikan babak menggerunkan.
Malah di setiap filem aksi atau adiwira pastinya ada seorang stuntman di sebalik pelakon utamanya. Menjadi stuntman bukanlah mudah. Untuk melakukan aksi lagak ngeri denfgan sempurna mereka haruslah memiliki kondisi fizikal yang baik.

Jadi tidak hairanlah mengapa rutin senaman stuntman sentiasa menjadi ikutan ramai. Memetik perkongsian stuntman untuk Captain America, Sam Hargreve menerusi laman sesawang Men’s Health. Jelasnya, kecergasan fizikal telah menjadi salah satu aspek sangat penting dalam kehidupannya.
Rutin latihannya bukan sahaja sarat dengan senaman fizikal malah turut meliputi latihan seni mempertahankan diri, core work tradisional dan juga senaman estetika yang lain.
Nak tahu apakah rutin senaman yang sering dilakukan olehnya? Ikuit perkongsian di bawah.
SENAMAN STUNTMAN
Latihan seni mempertahankan diri/ sparring – 3 set dengan 1 minit setiap pusingan
Squats stability ball kettle – 3 set dengan sebanyak 8 hingga 12 reps
Neck crunch – 3 set dengan 20 hingga 30 reps
CORE WORK
Toes to bar – 3 sets dengan 10 hingga 20 reps
Hanging knees to elbows – 3 sets dengan 10 hingga 20 reps
L-sit flutter kicks – 3 set dengan 10 hingga 20 reps
Windshield wipers – 3 sets dengan 10 hingga 20 reps
SENAMAN ESTETIK
Hang clean and press – 3 sets dengan 10 reps
Wide grip pull ups – 3 set dengan 7 hingga 12 reps
Bodyweight skull crusher – 3 set denfan 8 hingga 12 reps
SENAMAN KETIKA SETIAP SELANG SATU JAM
Bodyweight squats – 1 minit
Push ups – 1 minit
Planks – 1 minit
Buat anda yang ingin mendapatkan kecergasan dan body mantap seperti stuntman boleh cuba lakukan rutin senaman seperti dikongsikan di atas. Bila lagi nak cabar diri sendiri, bukan?
Jangan lupa subscribe channel Telegram MASKULIN untuk update terkini!
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Dua Kotak Rokok Sehari, Kerap Makan Malam, Kini Arteri Tersumbat

Melalui kerjasama dengan Yayasan IJN, sebuah badan amal Institut Jantung Negara (IJN), kami menghimpunkan siri kisah benar penderitaan dan pemulihan yang dilalui oleh pesakit-pesakit penyakit jantung.
Biasanya, kita menyangka masalah kolesterol tinggi dan penyakit jantung hanya melanda individu yang gemuk sahaja, atau mereka yang mengamalkan kehidupan sedentari dan tidak menjaga gaya hidup mereka. Oleh itu, Muhammad Shahril Hamdan amat terkejut apabila didiagnosis dengan aterosklerosis di mana dua arterinya tersumbat. Beliau masih muda, cergas dan mengamalkan gaya hidup akitf. Walaupun gemar makan, Shahril menyangka bahawa sesi futsalnya mampu mengekalkan kesihatannya. Namun, beliau tidak menyangka aspek pemakanan merupakan satu daripada faktor penyumbang kepada masalah kesihatannya
Pada usia semuda 36 tahun, Shahril amat gempar apabila tiba-tiba merasa sakit pada bahunya. Bapa kepada seorang cahaya mata ini mula-mulanya mengaitkan kesakitan ini akibat postur yang tidak betul. Bagaimanapun, keadaannya tidak bertambah baik walaupun diurut oleh isteri. Oleh itu, Shahril membuat keputusan untuk melawat ke hospital, di mana pakar kesihatan mendiagnosnya dengan aterosklerosis dua arterinya telah tersumbat sekaligus menyebabkan jantungnya menjadi semakin lemah.
Akibat ke atas kesihatan jantung dari tabiat yang tidak baik
Masalah kesihatan jantung Shahril sebenarnya telah bermula sejak setahun dahulu apabila beliau disahkan menghidap tekanan darah tinggi. Beliau merupakan perokok tegar dan pernah bekerja di restoran, dan di situlah beliau terjebak dengan tabiat merokok, malah menghisap sehingga dua bungkus rokok sehari! Tambahan pula, tekanan di tempat kerja sedikitpun tidak meringankan tekanannya, disertakan pula dengan tidur lewat serta rehat yang tidak mencukupi. Keadaan ini bertambah teruk apabila beliau meninggalkan kerjanya demi memulakan perniagaan sendiri dan terpaksa bekerja sehingga lebih lewat.
“Saya sentiasa makan malam pada masa yang lewat dan tidur larut malam,” kata beliau. “Tarikh akhir pelbagai projek membuatkan saya amat sibuk, sekaligus menyebabkan tabiat buruk saya bertambah kronik. Oleh itu, saya menghisap lebih banyak rokok, dan mengambil makanan segera apabila saya tiada masa untuk menyediakan hidangan biasa.”
Biarpun doktor telah memberi amaran bahawa beliau akan jatuh sakit pada bila-bila masa melainkan beliau mengawal tekanan darah dengan ubat, Sharil tidak mengubah gaya hidupnya. Malahan, beliau tidak menuruti nasihat doktor dan berhenti mengambil ubatnya. Di samping itu, beliau turut kembali mengamalkan tabiat kehidupan lamanya merokok serta mengambil makanan yang tinggi dalam lemak dan trans lemak.
Akhirnya, segala ini mencapai kemuncak apabila beliau dikejarkan ke hospital dengan rasa sakit di bahunya. Seandainya Shahril masih lagi menunggu, beliau tidak mungkin dapat diselamatkan. Doktor berjaya mengenal pasti bahagian yang tersumbat lantas menjalankan angioplasti bagi membantu meringankan sumbatannya. Kemudian, sebatang sten dimasukkan ke dalam jantungnya demi memulihkan serta mempertingkatkan aliran darah ke dalam jantungnya.
Bangun dengan harapan baharu
Walaupun Shahril perlu menjalani satu lagi prosedur, tatapan matanya memancarkan harapan. Beliau amat bersyukur dengan peluang kedua yang dikurniakan. Biarpun terpaksa menanggung kos rawatan, beban Shahril diringankan dengan bantuan pembiayaan Yayasan IJN bagi yuran pembedahannya. Tanpa himpitan kewangan, beliau kini mampu memberi fokus kepada pemulihan badannya serta mengambil langkah-langkah yang lebih sihat demi menjaga kesihatannya.
“Adalah penting bagi saya menilai semula gaya hidup serta tabiat saya yang mendatangkan kesudahan ini. Saya sedar bahawa saya mesti bertanggungjawab ke atas kesihatan diri serta keluarga saya. Perkara pertama yang saya lakukan adalah berhenti merokok. Selain itu, dengan garis panduan diet IJN, saya lebih menjaga pemakanan saya,” tambah beliau.
Shahril merupakan contoh betapa pentingnya kesihatan jantung. Masalah jantung boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa diduga disebabkan pelbagai faktor seperti diet yang tidak sihat, tabiat buruk seperti merokok, rehat dan tidur tidak mencukupi, serta tekanan hidup. Pada pendapat beliau, walaupun kehidupan rakyat Malaysia sangat sibuk, beliau menggalakkan mereka mengambil langkah-langkah lebih proaktif demi menjaga kesihatan jantung mereka. Paling penting, mereka harus mengetahui paras kolesterol mereka. Menerusi gaya hidup yang aktif dan diet yang sihat, rakyat Malaysia boleh mengorak langkah ke usia yang lebih panjang serta kehidupan yang lebih sihat.
#StopTheCount #maskulinsihat
Maskulin menyokong usaha memerangi penyakit pembunuh nombor satu ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI