Terdapat satu kajian yang mendedahkan seramai dua juta rakyat Malaysia terdedah kepada masalah pekak atau masalah pendengaran.
Dedah hear.com lagi, masalah tersebut bukan hanya berlaku kepada golongan warga emas sahaja tetapi turut melibatkan pelbagai peringkat usia termasuk golongan muda.
Usia 35 tahun paling muda
Antara punca yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah kerana aktiviti harian mereka sekali gus menjadikan golongan yang berusia 35 hingga 45 tahun pun tidak terlepas.
Sehubungan itu, mitos yang mendakwa masalah kehilangan pendengaran akan hanya berlaku kepada warga tua yang berusia 65 tahun ke atas kini boleh diketepikan.
Jejaskan produktiviti orang ramai
Ujar Pengarah Urusan hear.com, Alexander Evertz, persepsi warga tua sahaja yang terdedah kepada masalah pendengaran perlu diubah.
Selain itu, golongan muda juga harus berhati-hati kerana masalah tersebut menjejaskan produktiviti orang ramai di tempat kerja termasuk hubungan dengan orang sekeliling.
Punca lain masalah pekak
Kongsi Alexander lagi, antara punca yang menyumbang kepada masalah pendengaran adalah termasuklah penuaan, jangkitan kuman, trauma dan kesan sampingan daripada pengambilan ubat-ubatan tertentu.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga bagi mencegah masalah pendengaran.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Jantung Lebih Baik Jika Ke Gimnasium
Lebih gemar ke gym berbanding berjogging? Ini berita baik untuk anda. Dikatakan dalam kajian, aktiviti weight lifting,mampu sihatkan jantung banding berjalan atau berlari, menurut kajian.
Kajian di Universiti St.George di Grenada yang menganalisis faktor risiko kardiovaskular, antaranya tekanan darah tinggi, dengan membandingkan tabiat bersenam 4,086 individu dewasa di Amerika Syarikat. Kajian ini melihat hubungan bersenam secara umum, serta bersenam dalam dua jenis aktiviti berbeza, iaitu statik (latihan kekuatan) dan aktiviti dinamik (seperti berjalan).
Para penyelidik mendapati mereka yang melakukan salah satu aktiviti mempunyai 30 hingga 70 peratus risiko penyakit kardiovaskular lebih rendah, tetapi peratusan lebih rendah dicatatkan dalam kalangan mereka yang melakukan aktiviti statik.
Latihan kekuatan dan aktiviti aerobik berkesan untuk mendapatkan jantung sihat. Walaubagaimanapun, aktiviti statik dilihat lebih bermanfaat daripada aktiviti dinamik. Pesakit yang melakukan kedua-dua jenis aktiviti fizikal lebih baik daripada pesakit yang hanya meningkatkan tahap satu jenis aktiviti.
Kajian itu turut mendapati aktiviti statik dan dinamik mempunyai tarikan yang sama bagi golongan berusia dan muda.
Sumber: Medical News Today
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Lebih Tampan Bila Toksin Dikeluarkan
Toksin terdiri daripada dua jenis,
1.Toksin dari luar (Eksotoksin)
Disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga.Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestic seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.
2.Toksin dalaman (Endotoksin)
-yang berpunca daripada gangguan emosi, stress, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Tanda-tanda awal badan terdapat banyak toksin adalah seperti :
• Merasa letih dan kurang bertenaga
• Sering sakit kepala
• Lemah daya ingatan
• Masalah pencernaan
• Susah untuk tidur
• Letih tanpa sebarang sebab
• Lenguh sendi / badan
• Badan banyak angin / sinus
• Cepat merasa cemas
• Penuaan-pra matang
• Berat badan berlebihan
4 cara utama mengeluarkan toksin secara semulajadi
- Membuang Air Kecil
Fungsi utama buah pinggang ialah untuk membuang kekotoran daripada aliran darah. Dengan meminum air yang banyak setiap hari membantu buah pinggang anda menjalankan fungsinya dengan mudah. Warna air kencing anda boleh memberikan anda petunjuk samada anda minum sejumlah air yang badan anda perlukan. Jika warna air kencing anda jelas atau hanya mempunyai sedikit warna kuning, maka itu adalah satu petanda yang baik. Jika ia berwarna kuning pekat dan mempunyai bau yang kurang menyenangkan, maka anda perlu minum lebih banyak air.
- Membuang air besar
Buang air besar sekurang-kurangnya sekali atau dua kali sehari. Ini merupakan salah satu cara yang terbaik untuk membuang segala kekotoran dalam badan. Bagi sesetengah individu, untuk ke bilik air sekali sehari juga menjadi masalah, dan jika anda mengalami masalah susah membuang air besar, digalakkan mengambil makanan yang mengandungi serat. Serat membantu mencuci kolon dan membantu membuang air besar degan mudah.
- Mengeluarkan peluh
Kulit kita merupakan organ yang terbesar dan memiliki berat sekitar enam paun. Kulit kita bertindak sebagai perlindungan di antara persekitaran luar dan dalam badan.Kulit juga penting untuk melindungi organ dan otot kita. Ini bermakna, kulit kita merupakan antara salah satu cara terbaik untuk mengeluarkan toksin dan kekotoran dalam badan. Bagaimana? Melalui peluh. Pakar juga mencadangkan sekurang-kurangnya tiga kali dalam seminggu kita hendaklah mengeluarkan peluh seperti senaman dan melakukan aktiviti riadah seperti berjoging, berbasikal dan sebagainya. Pilihan lain bagi mereka yang tiada masa ialah, boleh mencuba sauna dan mandi wap.
4. Bernafas
Bernafas dengan betul merupakan antara perkara asas yang penting untuk badan, tetapi ramai yang mengambil ringan tentang perkara ini. Setiap kali kita bernafas, kita menyedut oksigen ke dalam badan kita. Paru-paru kita berperanan menapis segala kekotoran seperti allergen. Bantu paru-paru anda dengan bernafas dengan lebih baik dengan mengamalkan senaman pernafasan. Cara yang paling mudah ialah mula dengan menarik nafas pendek selama lima minit sehari. Yoga dan meditasi juga dapat membantu kita bernafas dengan betul dan sihat.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tak Macho Bila Ada Kudis, Ini 5 Cara Terbaik Hapuskan Kudis Di Badan Lelaki
PENYAKIT KUDIS BUTA AMATLAH MUDAH UNTUK DIKESAN HANYA DENGAN MELIHAT DAN MENELITI CORAK RUAM YANG TERBENTUK PADA PERMUKAAN KULIT. RUAM PENYAKIT SKABIES SANGAT TIPIKAL DAN HANYA BERCORAK BINTIK-BINTIK DAN BERKETUL-KETULAN MERAH.
Bagaimanapun, ada kalanya ruam penyakit kudis buta ini dikelirukan dengan ruam penyakit kulit yang lain, mungkin disebabkan oleh pembentukan corak ruam yang tidak jelas. Dalam situasi begini, seseorang perlu mendapatkan konsultasi doktor pakar kulit.
Biasanya doktor akan kikis permukaan kulit yang terjejas dan kemudian cebisan kulit tersebut akan dihantar ke makmal untuk diuji kaji bagi memastikan dan mengesahkan jangkitan kutu kudis.
KUDIS BUTA (SCABIES)
Sebenarnya hama kudis buta ni boleh hidup 14 hari dalam badan manusia, tapi ia jadi sukar sembuh akibat mudah sangat berjangkit.
BAGAIMANA KUDIS BUTA BOLEH BERJANGKIT?
- berkongsi tempat tinggal
- berkongsi pakaian, selimut, tempat tidur
- berkongsi tuala
- sentuhan kulit
Oleh itu, jika ada mereka yang kena kudis buta, kita sebolehnya elakkan benda-benda ini untuk elak kita pun terjebak sama. Tapi kalau ahli keluarga yang kena, maka kita juga perlu ambil langkah rawatan bersama walaupun tidak dijangkiti.
TANDA DAN SIMPTOM KUDIS BUTA
- pesakit kudis buta akan merasakan simptom ini selepas 10-14 hari mendapat jangkitan. Walaupun begitu, dalam tempoh ini ia dah boleh berjangkit.
- gatal yang amat sangat terutama waktu malam
BAHAGIAN BADAN YANG KERAP DIJANGKITI KUDIS BUTA
- celah jari tangan dan kaki
- pergelangan tangan
- ketiak
- pinggang
- pusat
- kemaluan
- punggung
- kepala (bayi kecil)
MINYAK TEA TREE
Minyak Tea Tree adalah rawatan tropikal yang berkesan untuk kudis kerana ia mengurangkan rasa gatal, mengurangkan ruam pada kulit. Namun ianya tidak berkesan kepada telur hama yang terlalu dalam dari kulit.
Terdapat kajian pada tahun 2016 yang dibuat mengatakan, penggunaan minyak tea tree adalah pilihan yang ada sekiranya pilihan lain tidak mampu membantu dalam merawat kudis ini.
Tea tree oil ini bertindak sebagai:
✓antibakteriaanti-radang
✓acaricidal (mampu membunuh hama)
✓antipruritik (melegakan gatal)
MINYAK NEEM
Ianya memiliki ciri-ciri anti radang, anti bakteria dan anti analgesik. Kajian makmal telah dilakukan pada tahun 2008, dimana penggunaan sabun neem mampu menghilangkan kudis pada anjing.
GEL ALOE VERA
Gel aloe vera mempunyai kesan melembabkan, menenangkan di atas kulit yang terbakar akibat cahaya matahari. Ianya boleh mengurangkan rasa gatal dan merawat kudis. Kajian pada 2009 menunjukkan aloe vera bertindak sebagai benzyl benzoate (rawatan perskripsi biasa)dalam merawat kudis.
CILI KERING
Ianya boleh digunakan untuk mengurangkan rasa gatal dan melegakan kesakitan. Namun, tiada bukti sainstifik menunjukkan keberkesanannya.
MINYAK CENGKIH
Minyak cengkih mempunyai ciri-ciri antimikrob, anestetik, dan antioksidan yang menyumbang kepada penyembuhan kudis. Ia juga merupakan insektisida yang berkesan. Satu kajian yang diterbitkan pada tahun 2010 menunjukkan bahawa minyak cengkih berkesan dalam membunuh kudis.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI