Mandi adalah aktiviti rutin yang wajib dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari. Ramai yang lebih selesa mandi air panas terutamanya pada waktu pagi.
Namun percayalah, mandi air sejuk juga boleh mendatangkan kebaikan pada tubuh dan kesihatan. Tak percaya?
Berikut adalah 10 rahsia mandi air sejuk yang perlu anda ketahui.
1. Mengembalikan stamina tubuh setelah bersenam
Para atlet akan mandi dengan air untuk mengurangkan rasa sakit dan lenguh. Untuk anda yang baru melakukan senaman, mandi dengan air sejuk mampu mengembalikan stamina tubuh anda.
2. Memberi tenaga sepanjang hari
Mandi dengan air sejuk pada waktu pagi mampu mengelakkan anda berasa ngantuk sepanjang hari. Ketika tubuh anda terkena air sejuk di waktu pagi, anda akan bernafas lebih dalam. Kesan dari tindakan itu, degupan jantung anda akan meningkat dan membuatkan aliran darah anda lancar dan anda akan berasa bertenaga sepanjang hari.
Ads
3. Meningkatkan kekebalan tubuh dan melancarkan aliran darah
Mandi dengan air sejuk mampu meningkatkan metabolisme tubuh anda dan mampu mengaktifkan sistem kekebalan tubuh anda. Mandi dengan air sejuk juga mampu melancarkan aliran darah anda sekali gus mengelakkan anda terkena penyakit saluran darah tersumbat.
4.Memiliki rambut dan kulit yang lebih cantik
Jika anda ingin memiliki kulit cantik dan bebas jerawat, mandilah dengan air sejuk. Air panas membuatkan kulit anda kering manakala air sejuk mampu mengecilkan liang kulit hingga dapat mencegah terjadinya jerawat. Jika anda membasuh kepala dengan air sejuk, kulit kepala akan menutup dan menghalang sebarang kotoran untuk berkumpul di kulit kepala anda.
Ads
5. Tingkatkan sistem imuniti
Mandi air sejuk boleh meningkatkan tahap kekebalan tubuh. Dikatakan air sejuk yang membasahi tubuh boleh meningkatkan sel darah putih. Pertambahan sel darah akan melindungi diri dari mudah terkena penyakit-penyakit seperti selesema, demam, batuk dan sebagainya.
6. Melegakan selesema
Sekiranya anda terkena selesema, mandilah dengan air sejuk. Menggunakan air hangat untuk mandi ketika selesema hanya akan meningkatkan lagi suhu panas tubuh sekali gus menyebabkan hidung tersumbat.
Ads
7. Menurunkan berat badan
Berita baik kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan. Jika sebelum ini anda telah puas berdiet dan melakukan senaman, cuba alternatif ini. Amalkan mandi air sejuk berbanding air hangat kerana ia mampu merangsang penghasilan lemak. Ia kemudiannya bertindak untuk membakar timbunan lemak jahat sekali gus mengurangkan berat tubuh.
8. Atasi masalah darah beku
Bagi anda yang mengalami masalah darah cepat beku, disarankan agar mandi air sejuk secara konsisten. Ia boleh meningkatkan perjalanan darah di dalam tubuh seterusnya menjadikan anda lebih sihat dan bertenaga.
9. Hilangkan tekanan
Bekerja seharian di pejabat memang memenatkan. Ditambah lagi dengan tekanan tugas, pastinya menyakitkan kepala. Lari seketika daripada masalah dengan mandi menggunakan air sejuk. Suhu dingin yang meresap ke dalam tubuh amat membantu untuk merehatkan diri selain berperanan untuk meningkatkan sistem metabolisme.
10. Sihatkan paru-paru
Mandi dengan air sejuk bagus untuk menyihatkan paru-paru. Paru-paru akan terbuka sekali gus membuatkan anda mampu bernafas dengan baik dan selesa.Bukan itu sahaja, bagi meningkatkan tenaga pada waktu pagi mandi menggunakan air sejuk. Ia juga membuatkan bada berasa lebih cergas dan bertenaga
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ramai yang menganggap makan roti putih ketika bulan puasa lebih menyihatkan dan berkhaist untuk orang diet.
Gara-gara tak lalu telan oat, anda gantikan nasi dengan roti putih kerana percaya roti putih lebih menyihatkan dan dapat menurunkan berat badan sepanjang berpuasa.
Namun hakikatnya, tabiat makan roti putih bukanlah baik untuk kesihatan, lebih-lebih lagi jika anda makan secara berlebihan.
Kenapa anda kena mengurangkan pengambilan roti putih ketika berpuasa? Ini 7 sebabnya.
Roti memiliki kadar sodium yang sangat tinggi. Apabila anda kerap makan roti putih, kadar garam di dalam tubuh akan meningkat dan ia bakal menjejaskan kesihatan anda.
2. RENDAH NUTRISI
Roti putih mempunyai nutrisi yang rendah. Memang ia mengenyangkan perut terutamanya bagi anda yang mahu mengelak nasi tetapi ia tidak memberikan vitamin atau protein yang secukupnya untuk tubuh. Malah roti penuh gandum juga mengurangkan penyerapan nutrisi dari makanan lain.
3. MENYUMBANG KEPADA KEGEMUKAN
Ramai yang yakin, makan roti putih untuk mengelak nasi akan membuatkan mereka menjadi kurus. Sebenarnya, roti mengandungi kalori yang akan meningkatkan berat badan anda.
Kandungan gluten dalam roti boleh memberi reaksi negatif kepada mereka yang sensitif terhadapnya. Bila anda mengambil roti tanpa bebas gluten, sistem imunisasi anda boleh terganggu, cepat kepenatan, masuk angin dan sistem penghadaman tidak baik.
5. TINGGI KARBOHIDRAT
Majoriti makanan berasaskan roti memiliki jumlah karbohidrat yang tinggi. Jika anda kerap makan roti putih, karbohidrat yang ada di dalam tubuh akan menyebabkan gangguan otak yang dapat menurunkan fungsi kognitif.
6. MENINGKATKAN KADAR GULA DALAM DARAH
Pati yang terdapat pada roti akan cepat memasuki saluran pencernaan tubuh, seterusnya memasuki aliran darah dengan menjadi glukosa. Apabila ini terjadi, ia akan menyebabkan kadar gula dalam darah dan kadar insulin naik dengan cepat.
7. MENGANDUNGI SIRAP JAGUNG FRUKTOSA
Roti mengandungi sirap jagung fruktosa (gula) yang tinggi. Ia merupakan sejenis gula yang memberi kesan kepada kepada kesihatan anda khususnya mereka yang mengalami gout. Ini kerana menurut kajian untuk pesakit gout, antara penyebab kenaikan asid urik dalam darah adalah disebabkan kandungan fruktosa yang tinggi dalam tubuh.
Bukan tak boleh makan langsung, tapi makanlah roti putih secara berpada-pada dan tidak berlebihan. Sebaiknya gantikan pemakanan anda di bulan puasa Ini dengan nasi, roti gandum, oat, kurma dan susu kerana ia lebih mengenyangkan.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Running form setiap orang mungkin berbeza. Ia sangat penting bagi mengelak kecederaan sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang.
Jadi sebenarnya ramai orang tidak tahu apakah running form yang betul ketika melakukan larian. Jika anda melakukan larian dengan running form yang salah anda mungkin berdepan beberapa masalah seperti kecederaan shin splints, masalah kecederaan lutut, bahagian atas pinggul.
KEPENTINGAN MEMPUNYAI RUNNING FORM YANG BETUL
mengurangkan risiko kecederaan kecil dan juga kecederaan serius
memperbaiki postur badan agar larian lebih berkualiti dan prestasi menjadi lebih baik
boleh lari lebih laju dan jauh
KESALAHAN BIASA
Kesalahan biasa ialah meletakkan beban di bawah lower body. Ini kerana bila beban terkumpul berat akan lebih dirasai dan mengakibatkan kecederaan.
Untuk melakukan larian yang betul kita perlu mendapatkan heel strike dengan betul. Pastikan kaki anda melangkah dan mendarat dengan betul untuk elak kecederaan.
Jika anda nak tahu dengan lebih lanjut tip mendapatkan running form yang baik ikuti video perkongsian dari Coach Akashah Izahar, jurulatih Garming Runinng Club Malaysia.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Sesiapapun tidak patut hidup dengan kulit berjerawat terutama sekali jika anda bakal menghadapi hari yang istimewa tidak lama lagi. Dengan produk dan teknik yang betul, anda boleh mula menghilangkan noda kulit yang muncul tiba-tiba dengan secepat yang boleh. Walaupun selalunya adalah mustahil untuk menghapuskan jerawat sepenuhnya dalam masa satu malam, banyak yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan saiz dan kerengsaan jerawat anda dengan segera.
Bahagian 1 dari 4: Menyediakan Muka Anda
Cara 1: Basuh muka
Untuk menghilangkan jerawat, anda perlu mulakan dengan membersihkan muka anda. Jerawat mengandungi bakteria yang telah menawan liang pori muka anda dan langkah pertama ialah dengan melawan balik menggunakan pembersih jerawat yang lembut tetapi berkesan.
Setengah orang menggunakan tuala kecil apabila membersihkan muka mereka tetapi tangan juga berkesan malah tidak merengsakan. Ambil jumlah pembersih jerawat seperti yang diarahkan, campurkan dengan air suam dan dengan lembut, gosokkan pada muka anda dalam gerakan membulat.
Cara 2: Kelupas kulit anda
Biasakan diri untuk mengelupas kulit dengan skrub jerawat setiap minggu, ya setiap minggu! Pengelupasan bermaksud menanggalkan dengan lembut lapisan atas sel kulit mati yang terkumpul di atas epidermis seterusnya membuka laluan untuk lapisan kulit baharu yang berseri dan bebas jerawat. Apabila anda membasuh muka anda dengan pengelupas yang lembut, berhati-hati untuk tidak menggosok terlalu kuat.
Cara 3: Bilas secukupnya
Gunakan air sejuk dan bilas muka anda secukupnya sambil menggosok dengan lembut.
Air hangat akan membuka liang pori dan membenarkan pembersih jerawat untuk membersihkan pori dengan secukupnya manakala air sejuk pula akan menyempitkan saluran darah dan menyebabkan pori dan kulit di sekitarnya menjadi ketat.
Bahagian 2 dari 4: Menggunakan Astringen
Cara 4: Gunakan astringen pada bahagian kulit yang terlibat
Astringen ialah agen yang menyebabkan kulit mengecut atau mejadi lebih kecil. Sesetengah rawatan jerawat komersil menggunakan pelbagai agen anti bakteria, antimikrob dan sebatian astringen untuk melawan jerawat dan melicinkan kulit. Walau apapun yang anda rancang untuk guna bagi membersihkan kulit anda, astringen adalah cara paling cepat dan paling berkesan untuk melakukan semua itu sekiranya anda mempunyai masa yang terhad.
Cara 5: Cuba sedikit benzoil peroksida
Benzoil peroksida digunakan untuk membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat. Benzoil peroksida boleh didapati dalam beberapa kepekatan namun tahap keberkesanan benzoil peroksida dengan kepekatan 2.5% sama sahaja seperti larutan dengan kepekatan 5-10% malah ia kurang merengsakan kulit. Benzoil peroksida juga membantu mengelupas lapisan-lapisan kulit mati dan meninggalkan kulit baharu yang lebih cerah dan lebih muda di tempatnya.
Cara 6: Gunakan asid salisilik
Seperti benzoil peroksida, asid salisilik membunuh bakteria yang bertanggungjawab menyebabkan jerawat tumbuh. Ia juga menyebabkan sel kulit untuk bersalin dengan lebih cepat lalu menggalakkan tumbuhnya kulit baharu. Sapukan sedikit asid salisilik pada kawasan kulit yang terlibat sebelum anda masuk tidur iaitu selepas anda selesai membasuh muka anda.
Cara 7: Cuba astringen semula jadi
Anda mungkin mempunyai sesuatu di dalam almari makanan atau peti sejuk anda yang mempunyai kualiti astringen yang anda boleh guna tanpa perlu pergi ke kedai. Jika anda sedang cuba menghilangkan jerawat secepat yang mungkin, bagaimana jika anda gunakan salah satu daripada bahan-bahan semula jadi yang berikut:
Kulit pisang amat membantu dalam merawat gigitan serangga dan nyamuk dan boleh membantu mengurangkan saiz jerawat. Gosok kulit pisang pada kawasan kulit yang berjerawat dengan lembut. Juga cuba kisar kulit pisang bersama secubit garam, satu sudu teh cuka dan satu sudu besar sirap mapel di dalam pengisar. Sapukan pada muka dan biarkan selama 7 minit. Basuh dengan pembersih muka dan keringkan.
Gunakan witch hazel. Satu lagi astringen yang bagus dengan banyak kegunaan. Cari witch hazel yang tidak mengandungi alkohol. Sapukan sedikit pada bahagian yang berjerawat dan biarkan kering.
Teh hijau ialah sejenis astringen yang penuh dengan antioksidan yang membantu mengurangkan tanda-tanda penuaan dengan melawan radikal bebas. Rendam satu beg teh dalam sedikit air panas, keluarkan beg teh bersama semua air dan letakkan di atas bahagian kulit berjerawat sekejap.
Buah tomato mempunyai asid yang akan memecahkan jerawat dan mengecilkannya. Asid ini menutup liang pori dan melawan bakteria. Sapu setengah biji buah tomato pada sebelah muka anda dan setengah biji pada sebelah yang satu lagi.
Bahagian 3 dari 4: Menggunakan Remedi Rumah
Cara 8: Sapukan kiub ais pada jerawat yang sedang membengkak
Gosokkan kiub ais pada jerawat itu sehingga bahagian tersebut rasa kebas. Apabila muka anda rasa kebas, berhenti. Biarkan muka anda sehingga ia kembali hangat.
Ais akan membantu mengecilkan saiz pori dengan menyempitkan saluran darah di bawah kulit. Jika jerawat anda menyakitkan, ais juga dapat melegakan kesakitan.
Jika terdapat banyak jerawat di muka anda, lakukan mengikut bahagian. Apabila satu bahagian merasa kebas, beralih ke bahagian yang seterusnya.
Ini ialah satu-satunya remedi ‘di rumah’ yang telah terbukti dapat mengurangkan saiz dan jumlah jerawat. Lain-lain kaedah untuk mengecutkan jerawat mempunyai rekod kejayaan yang terhad atau tidak disahkan.
Cara 9: Cuba minyak pokok teh
Minyak pokok teh ialah minyak pati yang anti bakteria dan boleh menghapuskan mikrob yang telah menetap dalam liang pori anda. Dengan menggunakan penitis, titiskan sedikit minyak pokok teh ke atas putik kapas dan sapukan pada jerawat apabila diperlukan. Berhati-hati agar anda tidak meletakkan terlalu banyak.
Minyak pokok teh mempunyai ciri-ciri anti radang yang boleh membuat kesan merah dan saiz jerawat menjadi kurang ketara.
Cara 10: Hancurkan beberapa biji aspirin
Hancurkan sebiji tablet aspirin dan campurkan air secukupnya untuk membuat pes. Dengan mengunakan putik kapas, sapukan pes aspirin tadi pada jerawat dengan perlahan-lahan, pastikan anda menutup keseluruhan kawasan berjerawat. Biarkan kering. Aspirin ialah satu lagi bahan anti radang. Maksudnya ia akan membantu kulit melawan keradangan, membuat jerawat menjadi kurang ketara. Biarkan pes aspirin melawan jerawat semalaman.
Cara 11: Cuba gunakan ubat gigi
Ubat gigi mengandungi silika yang merupakan agen pengeringan yang boleh kita dapati dalam daging salai, antara contohnya. Secara teori, ubat gigi boleh membantu mengeringkan jerawat anda dalam masa semalaman, mengurangkan saiznya walaupun ini bukan cara berkesan untuk membersihkan kulit anda.
Pastikan anda menggunakan ubat gigi semula jadi apabila anda menyapunya pada kulit anda. Sesetengah ubat gigi mengandungi natrium lauril sulfat yang boleh merengsakan kulit. Perhatikan dahulu label sebelum menggunakannya.
Bahagian 4 dari 4: Mencari Penyelesaian Jangka Panjang
Cara 12: Tidur
Kurang tidur dan tekanan boleh menyebabkan perubahan hormon, dan ini boleh membuat muka anda lebih mudah ditumbuhi jerawat. Pastikan anda cukup tidur selama lapan jam setiap malam.
Cara 13: Hilangkan tekanan daripada hidup anda
Para doktor tidak pasti sepenuhnya kenapa tetapi mereka tahu bahawa terdapat perkaitan di antara tekanan dan masalah kulit, terutamanya tekanan dan jerawat. Atas sesuatu sebab, sel-sel yang menghasilkan sebum iaitu bahan yang akhirnya menyebabkan jerawat, menjadi tidak teratur apabila seseorang itu mengalami tekanan yang tinggi.
Cari ruang untuk lepaskan tekanan secara kreatif. Sesetengah orang menjauhkan diri daripada keadaan yang penuh tekanan dengan pergi bersiar-siar. Yang lain pula luahkan tekanan mereka ke atas kanvas dengan melukis. Walau apapun yang anda lakukan untuk melegakan perasaan, lakukan awal dan lakukan selalu.
Cuba teknik meditasi. Jadi seorang yang sedar akan kewujudan tubuh anda, fokus pada pernafasan anda dan dengan perlahan-lahan tolak kesedaran anda itu ke arah batas luar tubuh anda dan hapuskan sama sekali semua yang ada dalam fikiran. Meditasi mengambil masa tetapi ia berbaloi.
Cara 14: Selalulah mensyampu rambut anda
Minyak daripada rambut anda boleh menyebabkan jerawat. Selain daripada itu, tukar sarung bantal setiap minggu. Minyak yang berpindah ke sarung bantal daripada muka dan rambut anda selalunya adalah kotor dan merengsakan. Lebih baik ia dielakkan.
Jika anda berambut panjang, ikat di belakang, jauh daripada muka anda.
Cara 15: Bersenam
Bagi kebanyakan penyakit, selain daripada kerosakan otot dan tulang, bersenam adalah penyelesaiannya. Bersenam ialah pilihan yang bagus untuk peredaran darah dan apa-apa sahaja yang menggalakkan peredaran darah yang baik juga akan membuat kulit anda sihat dan kelihatan berseri. Dua perkara yang perlu diingat apabila anda membuat senaman:
Sentiasa pakai krim pelindung matahari jika bersenam di luar rumah. Kebaikan menggerakkan peredaran darah boleh diatasi oleh keburukan kerosakan kulit oleh matahari jika anda tidak berhati-hati. Pakailah krim pelindung matahari yang ringan dan tidak merengsakan atau memedihkan kulit anda.
Mandi atau bersihkan diri anda selepas anda bersenam. Apabila anda berpeluh, liang pori anda boleh tersumbat dengan sisa yang kotor dan masin hasil daripada senaman anda. Pastikan anda bersihkan badan terutamanya muka anda selepas bersenam.
Cara 16: Ambil ubat jerawat secara oral
Ini telah dibuktikan dapat mengurangkan atau menghapuskan jerawat dalam pelbagai cara. Berbincanglah dengan doktor atau pakar kulit anda tentang ubat-ubatan yang mungkin paling berkesan untuk anda.
Bagi wanita, kadang-kadang ubat perancang keluarga yang diambil secara oral digunakan untuk merawat jerawat. Ubat perancang keluarga mengatur hormon yang dihasilkan oleh tubuh dan mengurangkan jumlah jerawat tumbuh.
Lain-lain antibiotik yang diambil secara oral menyerang bakteria yang menyebabkan jerawat. Ia boleh membantu dalam mengurangkan jumlah jerawat tumbuh dan juga melawan keradangan. Pesakit selalunya diberi dos yang lebih tinggi terlebih dahulu sebelum beralih ke dos yang lebih rendah.
Bagi kes-kes yang lebih serius, isotretinoin atau Accutane boleh diambil melalui preskripsi. Isotretinoin ialah sejenis derivatif vitamin A yang mengecutkan kelenjar yang menghasilkan sebum. Ia mempunyai pelbagai risiko dan kesan sampingan, yang mana anda patut benar-benar fahami sebelum memulakan rawatan ini.
Singkirkan produk tenusu. Disebabkan kandungan hormon dalam produk tenusu, banyak kajian telah menunjukkan ada perkaitan antara penggunaan produk susu dan jerawat. Ini mendorong sebuah jurnal dermatologi terkenal untuk menerbitkan sebuah editorial berkenaan “pemakanan tanpa tenusu”, bagi mengurangkan pengambilan produk tenusu untuk sesiapa yang berjerawat kepada sifar.
sumber: zolace.com
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.