Selain Teh Hijau, Rupanya Ada 4 Lagi Teh Yang Elok Anda Minum Kalau Nak Kurus & Buang Lemak!

Share

Selain bersenam, pengambilan teh kurus juga boleh membantu anda membuang lemak di tubuh. Dengan mengamalkan secawan teh kurus setiap hari mampu membuatkan tahap metabolisme badan kembali aktif.

Malah mengambil teh kurus juga dapat mempercepatkan penurunan berat badan di samping baik untuk sakit tekak dan relaksasi. Anda tak percaya? Apa kata anda cuba sendiri.

Nah! Selain teh hijau, ada lagi teh yang boleh membantu anda untuk kurus sekali gus mengurangkan berat badan. Tapi ingat! Yang penting, minum kosong tanpa gula.

1. Teh hijau

Teh ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Bukan saja untuk menurunkan berat badan malah ia berkesan untuk menstabilkan hormon dan juga mencantikkan kulit. Biasanya teh ini dihidangkan di restoran Jepun. Ia biasanya disajikan tanpa gula. Kalau dah letak gula banyak, memang tak jadi diet la kan!

2. Teh oolong

Teh ini berasal dari China dan mengandungi komponen polyphenol yang sangat efektif dalam mengawal metabolisme badan. Minum teh ini setiap hari kerana ia dipercayai mampu menurunkan risiko obesiti. Dalam pada masa yang sama, anda juga dapat membentuk badan yang diidamkan.

3. Teh mint

Aroma daripada minyak peppermint dan juga komponen organik dalam teh ini dapat melenyapkan selera anda. Rasa daun pudina itu sendiri sudah membuatkan anda berasa lega. Ia juga dapat membuatkan anda tak rasa nak makan pun. Jika anda terasa mahu mengunyah kudapan, cepat-cepat bancuh teh ini dan hirup.

4. Teh putih

Mesti ada yang tak pernah dengar tentang teh putih. Kajian menunjukkan teh ini membantu untuk menghalang adipogenesis iaitu proses pembentukan sel lemak. Teh ini juga boleh mengawal kitar hidup sel lemak yang dipanggil adipocytes. Jadi, kalau anda semua mahu kekal kurus, banyakkan minum teh putih ini tau!

5. Teh herba

Teh herba tidak mengandungi kafein dan bukan diperbuat daripada daun pohon teh (Camellia sinensis). Sebaliknya teh herba menggunakan daun, kelopak bunga, batang rempah dan juga buah kering daripada tumbuhan. Teh herba yang popular termasuk teh rooibos, teh halia, teh rosehip dan teh bunga raya. Walaupun ramuan teh herba ini berbeza tetapi ia membantu mengurangkan berat badan dan lemak di perut.

Ekstra Info!

Tahukah anda, jenis kantung teh berbeza untuk waktu pembuatan. Setiap jenis teh mempunyai perbezaan suhu ideal dan waktu pencelupan kantung teh untuk mendapatkan secawan teh yang sempurna. Panjang benang pada kantung teh menunjukkan jenis teh mana yang mempunyai waktu terlama atau tercepat untuk pencelupan kantung teh.

Jadi anda dah tahu kan? Tak ada la bosan sangat asyik minum teh hijau je sebab anda sudah ada pilihan lain yang boleh anda cuba. Selamat berjaya dan mencuba!

Published by
RY