Tak usah gelak. Ini adalah realiti yang sering dinikmati oleh golongan lelaki berbadan besar atau chubby kerana pada mata wanita, mereka tersangatlah comel.
Jadi kita yang berbadan kurus ada kalanya sedikit merasakan cemburu. Kena pula kalau pasangan wanitanya itu masya’Allah.. cantik!
Namun demikian, ia adalah rezeki dan jodoh yang sebagai manusia, kita harus meraikan serta menghormati pilihan hati masing-masing.
Kalau dari segi kajian pula, ini 5 alasan popular kenapa lelaki chubby ini digilai wanita yang cantik dan comel antaranya :
Kajian telah dibuat dan ternyata mengapa lelaki berbadan besar sangat hebat ketika berasmara, 42 peratus wanita memilih jawapan, lelaki berbadan besar lebih mengutamakan keinginan wanita daripada apa yang mereka inginkan. Mereka lebih mengutamakan anda dan sentiasa memanjakan anda setiap kali melakukan hubungan bersama.
Kajian membuktikan, 42 peratus wanita mengakui lelaki berbadan besar lebih penyayang dan lemah lembut dengan pasangan nyaa. Mereka akan melayan anda dengan begitu baik dan akan menghormati anda sebagai seorang wanita.
Banyak kajian mendedahkan wanita tertarik pada lelaki kelakar dan selalunya lelaki gemuk bijak berjenaka. Mungkin tidak semua lelaki gemuk boleh berjenaka, namun mereka yang berbadan besar lebih suka melakukan perkara yang diluar jangkaan dan melucukan!
Kajian mendedahkan, 27 peratus wanita merasakan, lelaki berbadan besar kurang peka dengan badan wanita ketika berasmara. Ia sekaligus meningkatkan keyakinan diri seorang wanita. Ini mungkin salah satu mengapa wanita lebih suka lelaki yang berbadan besar mendekatinya dan dijadikan teman hidup.
Lelaki berbadan besar dianggap lebih setia. Disebabkan kurang keyakinan diri, lelaki berbadan besar tidak mempunyai keinginan untuk menduakan pasangan mereka. Jadi oleh sebab itu mereka memilih untuk setia bersama pasangan dan menjaga pasangannya dengan baik.
Sebenarnya tidak kisah lelaki itu berbadan kurus ataupun besar, yang pastinya wanita sangat menyukai lelaki yang pandai mengambil hati bahkan seorang yang memahami, jika rupa sahaja kacak tetapi tidak memahami hati wanita, boleh jadi hubungan itu tidak menjadi dan akhirnya mengakibatkan perpisahan.
Sumber: Hanasuva