Lelaki adalah golongan yang paling susah nak tukar wallet. Selagi wallet tersebut masih boleh digunakan atau belum koyak teruk, selagi itulah wallet tersebut akan berjasa.

Berbeza dengan wanita yang gemar mencari purse baharu. Asalkan nampak cantik, pasti akan grab satu untuk simpanan atau digunakan.

Maka tidak hairanlah kenapa wanita memiliki begitu banyak purse berbanding lelaki. Kalau lelaki, itulah sahaja wallet yang dibawa ke hulu dan ke hilir.

Namun demikian, ramai yang tidak tahu bahawa personaliti lelaki yang menggunakan satu wallet ini sebenarnya amat menarik.

Jom kita semak.

IKLAN

BACA: Wallet Anda Tercicir & Hilang Terus? Ini 5 Langkah Segera Perlu Anda Lakukan!

1. Setia

Lelaki yang susah nak tukar wallet ini dikatakan jenis seseorang yang setia. Sebagaimana dia susah nak tukar wallet, sesusah itulah dia nak tukar pasangan.

2. Tak suka fikir hal remeh

Lelaki yang tak suka tukar wallet ini selalunya tak suka fikir sesuatu yang remeh-temeh. Baginya kalau ada sesuatu keperluan yang penting, barulah dia akan campur tangan.

IKLAN

3. Boleh survive

Seperti mana walletnya boleh bertahan lama, seperti itulah lelaki akan menganggap dirinya sebagai seseorang yang mampu bertahan atau survive dalam apa-apa keadaan sekali pun.

Selain Dianggap Romantik, Ini 6 Sebab Kenapa Lelaki Pakai Wallet Sampai Lunyai!

BACA: Kalau Nak Tebalkan Dompet, Amalkan Doa Murah Rezeki & Cepat Kaya Ini!

IKLAN

4. Pandai berjimat

Lelaki yang jenis malas tukar wallet ini mungkin kelihatan agak kedekut namun pada hakikatnya, mereka adalah antara kumpulan manusia yang pandai menguruskan soal kewangan. Langkah berjimat-cermat menjadi keutamaan dalam hidupnya.

5. Jujur

Bagi yang sudah kenal lama dengan lelaki yang memiliki wallet buruk dan lunyai ini, pasti mereka menyedari lelaki tersebut seseorang yang jujur dan akan bercakap direct depan-depan. Dalam erti kata lain, dia adalah dirinya dan bukan propa.

6. Pandai selesaikan masalah

Ia berkait dengan pendirian. Lelaki jenis ini bersifat tegas dan amat diperlukan untuk menyelesaikan masalah kerana kepakarannya adalah untuk menyatakan hala tuju untuk difikirkan lalu boleh diikuti.

7. Romantik

Lelaki yang gemar tukar wallet dianggap kurang romantik kerana lebih mengutamakan barangan berbanding kekasih sendiri. Tidak semua tetapi lelaki yang jenis simpan wallet sampai lunyai ini dikatakan sangat romantik dan mampu mencairkan hati wanita dengan ayat-ayat manisnya.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI