Gaya Hidup

Bukti ‘Geng Satu Kepala’, Inilah 10 Sebab Lelaki Berkawan Lama Dengan Lelaki!

Share

Biasa kita lihat persahabatan di antara lelaki dan lelaki adalah kekal lebih lama berbanding wanita. Ada kalanya, sampai tua pun masih bersabahat lagi.

Wanita sering tertanya-tanya apakah tip yang dimiliki kaum lelaki yang mudah diramal ini. Jawapannya cukup mudah iaitu jalani kehidupan tanpa emosi yang melampau :

1. Sanggup tolong waktu susah

Kalau motorsikal atau kereta tiba-tiba rosak tengah highway pada waktu malam, call GF, kebanyakannya cuma akan cakap, “Take care, ya!” Tetapi kalau call member lelaki, “Bro, bagitahu aku kau ada dekat mana. Kejap lagi aku datang.”

2. Tak gaduh benda remeh

Takkan bergaduh pasal perempuan macam dalam drama TV yang sampai buat kerja gila. Sampai masa, move on. Mulakan hidup baharu dan kalau terjumpa kaki sailang pun, masih boleh lepak dan gelak sama-sama sebab awek yang kena sailang tu pun, kena sailang dengan orang lain pula.

3. Sanggup kongsi makan

Selalu terjadi pada yang duduk serumah. Kalau kena time tak ada duit, sebungkus Maggi tu boleh kongsi enam orang makan. Kalau kena dengan GF yang tak memahami, anda tak ada duit pun apa dia peduli, yang penting ajak dia makan dekat luar.

4. Fokus pada sesuatu

Kalau nak beli sesuatu barang tanpa membazir, suruhlah lelaki yang pergi beli. Sebabnya kepala otaknya hanya akan tertumpu kepada barangan yang hendak dibeli sahaja. Menariknya lagi, lelaki pandai mencari harga yang murah. Kalau suruh perempuan, dari rumah cadang nak beli sardin aje, balik rumah siap ada bawang, TV plasma, mesin basuh dan hampir membeli sebuah kereta.

5. Mudah dipujuk

Lelaki senang mengalah dan mudah dipujuk. Sebabnya lelaki tahu masih ada banyak kerja yang perlu dibuat dan kalau merajuk lama-lama pun, hati jadi makin sakit dan boleh akibatkan prestasi kerja pun jadi terganggu. Lainlah kalau merajuk lama-lama boleh naikkan gaji, mesti lelaki suka merajuk hari-hari.

6. Rakan back up terbaik

Pernah tak kalau ada kawan buat salah, lelaki akan hebahkan satu dunia macam mak cik bawang dari hutan belantara yang baru keluar gua? Jarang bukan? Sebabnya, lelaki suka menjaga aib seseorang itu melainkan anda ada buat hal. Insya’Allah, rahsia 50 tahun lepas pun akan diungkitnya. Tetapi jika OK, kalau anda pergi dating pun, rakan anda akan kata anda pergi mengaji. Yang ini bahaya sikit. Jangan sokong kononnya ‘penipuan sunnah’.

7. Boleh dipercayai

Cuba bersembang satu rahsia yang anda tak kisah kalau ia tersebar. Kalaulah rahsia yang anda ceritakan kepada rakan lelaki itu tidak diceritakan semula oleh mulut bawang-bawang yang lain, maka lelaki itu clear dan boleh dipercayai.

8. Bijak dan boleh survive

Kalau menghadapi masalah, kebanyakan lelaki otaknya mampu jdi bijak secara praktikal dan boleh survive dalam apa cara sekali pun. Tak ada istilah ‘tak ada benda yang tak boleh settle’ dalam diri seorang lelaki. Melainkan dia memang bersikap tidak bertanggungjawab atau suka lepas tangan.

9. Jadi pemimpin yang baik

Kalau ada bertemu dengan lelaki yang bertindak sebagai ketua dan sanggup turun padang dalam membuat sesuatu kerja, dia adalah pemimpin yang baik tetapi kalau terjumpa orang yang suka mengarah tetapi duduk di kerusi empuk, dia adalah sekadar seorang bos. Namun antara kedua-dua orang teratas ini, jika anda ketua yang baik, percayalah semua anak buah akan menghormati anda.

10. Seronok untuk aktiviti mencabar

Main paintball, layan ATV, redah off-road dan bermacam-macam lagi. Semua aktiviti yang mencabar adrenalin ini seronok dilakukan bersama kawan-kawan lelaki. Cuba ajak gadis-gadis yang lawa main semua ini, mana mahunya. Silap-silap anda cuma duduk tepi teman awek lawa tengok kawan-kakwan sedang berseronok main tembak-tembak.

Published by
Akyem Samad