Memang ketika ini terdapat pelbagai jenis makanan yang sangat menyelerakan dan amat rugi jika kita tidak cuba merasanya satu per satu. Namun kebanyakan makanan tersebut tidak berkhasiat. Jika anda banyak makan makanan tak berkhasiat, maka mudah untuk anda mendapat penyakit yang kronik dan serius.
Selain itu, tahukah anda yang tidak semua makanan yang lazat itu berkhasiat? Malah ia mengandungi bahan-bahan yang boleh menjejaskan kesihatan anda.
Tetapi, jangan risau kerana MASKULIN sediakan senarai makanan yang patut anda ambil lebih dan kurangkan pengambilannya.
Makanan seperti daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung. Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
2. Terlalu banyak gula
Ads
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat. Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh. Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
3. Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok. Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 – 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Jika mahu membentuk otot dan sixpack, kena makan pisang setiap hari. Pengambilan pisang memang bagus untuk kesihatan tubuh badan. Selain membentuk otot dan sixpack, makan pisang sebanyak dua biji sebelum melakukan senaman berat menjadi pembekal tenaga yang baik dan membantu mengekalkan gula dalam darah.
Ia kerana pisang mengandungi banyak serat serta beberapa antioksidan. Buah ini juga diperkayakan dengan potasium, vitamin B6, vitamin C, magnesium, protein dan lemak.
Berikut adalah manfaat makan pisang seperti yang dipetik dari laman Boldsky.
1. Tidur lebih nyenyak
Harus diakui bahawa pisang juga mempunyai nutrisi yang baik untuk kesihatan. Malah, nutrisi dalam pisang boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan tidur anda jadi lebih nyenyak.
2. Membentuk & memulihkan otot
Kandungan kalium dalam pisang juga boleh membantu tubuh anda mengekalkan tahap pH yang tepat. Selain itu, kalium dalam pisang juga dapat membantu anda untuk membentuk otot dan memulihkan otot lebih cepat setelah sesi latihan.
3. Mencegah kemurungan
Menurut beberapa kajian, pengambilan pisang secara teratur dapat mencegah kemurungan. Kajian juga mendedahkan, rutin makan pisang juga boleh meningkatkan mood anda.
4. Mengecilkan pinggang
Bagi anda yang sedang berdiet, dapatkan manfaat daripada buah pisang. Buah pisang mengandungi kalori yang rendah dan kaya dengan nutrisi yang diperlukan tubuh sehingga menjadikannya ia sumber suplemen yang ideal bagi anda yang ingin mengecilkan pinggang.
5. Menguatkan tulang
Meskipun pisang tidak mengandungi kalsium, ia dapat membantu meningkatkan penyerapan mineral dengan bantuan fruktooligosakarida. Malah pisang juga membantu untuk meningkatkan kemampuan tubuh untuk menyerap kalsium.
6. Perut kenyang lebih lama
Pisang kaya akan pati yang melambatkan proses pencernaan. Oleh itu, makan sebiji pisang setiap hari mampu membuatkan perut anda kenyang lebih lama.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
MASKULIN yakin buat pengamal senaman dan aktviti kecergasan pasti sudah banyak teknik yang telah diamalkan.
Malah setiap anggota badan kini mempuyai teknik atau skil senaman yang cukup spesifik. Tapi pernahkah anda lakukan senaman di dalam kolam renang?
Melakukan senaman di dalam air boleh meningkatkan kekuatan, kelajuan dan kelincahan anda. Dan senaman yang MASKULIN kongsi kali ini tidak memerlukan anda melakukan renangan. Cukup sekadar bersenam di dalam air pada paras tidak terlalu dalam.
Sebenarnya senaman di dalam kolam renang bukanlah satu perkara baru. Ia sering diamalkan oleh atlet-atlet profesional terutamanya pemain bola sepak.
Digelar sebagai aqua training ia kini mula menjadi kegilaan ramai penggemar aktviti senaman. Terdapat banyak kajian telah dilakukan tentang kelebihannya.
Antara kelebihan aqua training:
Meningkatkan kestabilan teras badan
Memperbaiki keseimbangan badan
Mengurangkan kecederaan otot semasa senaman
Pergerakan lebih baik di bahagian pinggul, tulang belakang dan bahu
Merangsang kekuatan otot serta stamina
Baiki postur badan dengan baik
Berikut merupakan jenis-jenis senaman yang boleh di lakukan di dalam kolam renang:
PUSH PLATE CHEST PRESS
Pegang push plate di selarakan di bahagian dada. Begkokkan lutut dan lakukan pressing dari bawah ke dada dengan pergerakan laju dan pantas. Ini dapat meningkatkan kekuatan atas badan.
JUMP SQUATS
Dengan menggunakan push plate letakkan di bahagian hadapan badan. Tarik nafas kemudian tenggelamkan badan dengan kepala berada di atas paras air. Lakukan squats sebanyak beberapa kali. Senaman ini dapat menguatkan kaki dan bahagian bawah badan.
KETTLEBELL SWING
Usah risau, kettlebell selamat digunakan di dalam kolam renang. Berdiri tegak dengan labarkan kedudukan kaki. Lakukan kettlebell swing tradisional dengan menghayunkannya ke bawah kaki. Senaman ini dapat menguatkan teras badan dan menghasilkan postur lebih baik.
PUSH PLATE ROTATION
Ada dua cara senaman ini boleh dilakukan. Untuk gerakan lebih senang, pegang push plate ke bahagian hadapan dan pusing bahagian pinggang. Tenggelamkan plate ke dalam air dan ulang sebanyak beberapa kali.
Sumber: Mens Journal
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kopi tiga dalam satu atau ‘3 in 1’ sering dijadikan sebagai sumber minuman yang paling cepat sama ada di rumah atau pun pejabat. Namun ramai tak sedar semua orang tahu menyedari bahawa serbuk instant tersebut boleh mendatangkan bahaya kerana kandungan gula yang berlebihan.
Mana tidaknya, kandungan gula dalam setiap bungkusan serbuk minuman instant itu ialah 4.4 sudu teh gula atau kira-kira 80 kilo kalori.
Selain kononnya minuman tersebut dapat membantu untuk membuatkan kita lebih bertenaga pada awal pagi di hujung minggu, ini risiko lain yang perlu anda hadapi :
1. Beri tenaga palsu
Ramai yang menganggap minuman ini mampu memberi lebih tenaga padahal kesan placebomya cuma untuk sementara. Untuk mendapatkan tenaga yang sebenar, anda perlu dapatkannya dari sumber makanan. Bukannya menerusi minuman 3-in-1 yang penuh dengan gula semata-mata.
2. Menghisap darah
Sebarang kebaikan zat-zat besi tidak akan dapat diserap oleh badan. Minuman ini menyah segala bentuk zat besi yang diperlukan oleh badan. Tubuh yang kurang zat besi boleh membawa kepada masalah anemia atau kekurangan sel darah merah.
3. Perosak organ penting
Bahan oxalates penyebab utama si tegar 3-in-1 kerap ke tandas. Buah pinggang anda pun tidak dapat bertahan dengan pelbagai kandungan ‘perosak’ dalam minuman tersebut. Jaga-jaga ia juga boleh penyebab masalah batu karang.
4. Penghidup kanser
Kebanyakan makanan, minuman segera atau dalam tin akan mengandugi bahan kimia acrylamide. Menurut dari kajian kesihatan negara Belanda, toksik acrylamide dalam darah perlahan-lahan meningkatkan risiko kanser ovari dan kanser rahim. Acrylamide toksik yang sama ada dalam rokok!
5. Jangan tertipu
Kebaikan kopi dalam setiap hirupan? Lupakan sahaja kerana kadar kopi dalam setiap bungkusan sangat sedikit dan tidak berkualiti. Kandungan minyak sayur hidrogenisasi faktor utama pengumpulan asid lemak tepu yang membahayakan kesihatan terus kepada obesiti. Begitu juga dengan bahan makanan polifosfat merosakkan tulang dengan kadar asid yang tinggi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.