Berenang adalah sukan akuatik. Ia adalah sukan yang menggunakan banyak otot dan mudah untuk membakar kalori serta menyihatkan.

Itu sebab badan seorang atlet renang sangat berotot kerana latihannya sangat keras. Setiap kali seorang manusia masuk ke dalam kolam dan membuat latihan berenang, ia akan membakar kalori dalam jumlah yang sangat banyak.

Di bawah ini MASKULIN sediakan beberapa kebaikan kepada mereka yang seringkali membuat senaman secara berenang.

1. Senaman paling murah

Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini.

Ia sama seperti berjogging, tidak perlukan belanja yang tinggi, cuma hanya perlu berlari dan jaga tempo larian. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.

2. Bakar kalori dengan banyak

Aktiviti ini dalam masa sejam boleh bantu bakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.

IKLAN

Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.

BACA: Sakit Perut Boleh Ganggu Prestasi kerja Bila Di Pejabat, Guna Bahan Ini Untuk Redakan Kesakitan

3. Bantu pesakit asma

Ia juga bantu tingkatkan prestasi paru-paru anda. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.

Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.

IKLAN

4. Kawal diabetis

Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.

Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.

5. Bantu tingkatkan kesihatan mental

Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.

IKLAN

Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.

 

 

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI