Selain Minum Jus Oren, Elok Ambil 5 Makanan Sihat Ini Untuk Kurangkan Kolesterol!

Share

Salah satu petanda badan anda ada banyak kolesterol adalah apabila terdapat banyak biji kecil yang tumbuh di bawah mata dan sekitar leher.

Selain menjaga pemakanan, anda juga boleh menghakis kolesterol ini dengan bersenam.

Jika gagal untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat, anda telah membuka pintu yang luas kepada kolesterol untuk terus berkampung di dalam badan dan menjejaskan kesihatan anda.

Bila kolesterol tinggi, anda mudah untuk terkena penyakit seperti sakit jantung, sesak nafas dan pelbagai lagi penyakit yang merbahaya.

Di bawah ini MASKULIN senaraikan 5 jenis makanan yang mampu mengurangkan pengumpulan kolesterol di dalam badan.

BACA: Lelaki Sihat Sentiasa Ambil 3 Makanan Ini Dalam Diet, Makan Bayam & Ikan Salah Satunya

1. Bawang merah

Terdapat kajian menyatakan bahawa bawang merah boleh membantu mengurangkan kolesterol. Selain mencampurkannya di dalam makanan, anda juga boleh jadikan minuman. Anda boleh campurkan bawang merah, halia dan bawang putih dalam menu diet. Selain itu, campurkan jus bawang merah ini bersama madu setiap hari. Ia memang pahit untuk ditelan tetapi baik untuk badan.

2. Buah pokok Melaka

Buah jenis ini memiliki agen hypolopidemic semula jadi yang boleh menurunkan kolesterol yang tidak diperlukan badan. Caranya, anda boleh dapatkan buah-buahan ini dalam bentuk serbuk. Masukkan satu sudu serbuk ke dalam segelas air suam dan minum setiap pagi sewaktu perut kosong.

3. Biji ketumbar

Biji ketumbar bukan sahaja membantu mengurangkan jumlah kolesterol di dalam badan malah dapat merawat penyakit kencing manis. Caranya, masukkan dua sudu biji ketumbar di dalam satu cawan air dan rebus. Tapis airnya dan minum dua kali sehari. Untuk lebih enak, tambah gula atau susu.

BACA: Untunglah Lelaki Yang Ada ‘Bumper’ Mantap, Mereka Selalu Buat 5 Senaman Ini

4. Jus oren tanpa gula

Minum jus oren selalu kerana ia mengandungi vitamin C, folate dan flavanoids yang membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. Namun, pastikan jus anda bebas kandungan gula, kalau tidak sama sahaja ia akan memudaratkan badan anda. Caranya, minum jus oren segar dua kali sehari.

5. Cuka epal

Cuka epal boleh mengurangkan jumlah kolesterol level triglyceride iaitu kandungan lemak dalam darah. Ia juga baik untuk merawat penyakit darah tinggi, gout dan acid refluks.
Caranya, campurkan satu sudu cuka di dalam segelas air. Minum dua hingga tiga kali sehari setiap hari. Untuk lebih enak, boleh gantikan air suam dengan jus oren, jus epal atau jus kegemaran.

Published by
arif.karim