Keadaan ekonomi sekarang memang diakui agak menyukarkan hingga kita sanggup lakukan apa sahaja untuk berjimat. Ada antara kita yang sanggup berlapar hingga menyakitkan diri dan sebagainya.
Kalau beli barang rumah kita boleh berjimat, inikan pula untuk membuat servis kepada kereta. Berjimat ketika selenggara kereta ada kala boleh buat gaduh antara pelanggan serta pemilik bengkel, mungkin kos upahnya terlebih hingga membebankan pengguna atau sebaliknya.
Bila tempoh servis bersama pengeluar kereta sudah tamat, pemilik kereta pasti akan mencari bengkel lain yang membuat perkhidmatan yang sama. Namun ada isu yang bangkit iaitu, pengguna suka beli alat ganti sendiri & bawa ke bengkel. Langkah ini memang menjimatkan, tetapi ia ada kesan negatifnya yang tersendiri.
Sebuah laman web automotif telah membuat perkongsian kesan buruk beli sendiri alat ganti & bawa ke bengkel.
BACA: Aiman Hadir Majlis Konvo Naik Skateboard, Dia Buktikan Status OKU Bukan Penghalang!
Disebabkan barang tersebut dibeli sendiri oleh anda, pihak bengkel tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan pada barang tersebut dan tiada jaminan dari pihak bengkel. Dari pandangan seorang mekanik di bengkel, anda boleh membeli barang ini daripada pelbagai sumber seperti individu lain (terpakai) atau barang yang murah tetapi tidak berkualiti.
Ini sering terjadi bagi mereka yang tidak berpengalaman atau sekadar mempunyai pengetahuan asas sahaja. Anda boleh menjangka apa masalah kenderaan anda, kemudiannya membeli barang yang dirasa perlu ditukar. Tetapi apa akan terjadi apabila masalah sebenarnya bukan datang dari alat yang anda beli itu? Apatah lagi, kenderaan moden sekarang mempunyai sistem canggih dan bengkel mempunyai alat diagnosis untuk mengesan sebarang masalah.
Apabila berlaku situasi seperti di atas, anda perlu membawa barang itu kembali ke kedai alat ganti dan menukarnya. Jika anda membelinya dari seseorang, ia perlu dipulangkan kembali dengan harapan mereka akan menerimanya dan memulangkan wang. Jika dibeli secara ‘online’?
Untuk membeli barang sendiri anda juga perlu tahu yang mana satu adalah berkualiti baik dan sebaliknya. Disebabkan ingin mengurangkan kos, anda mungkin berakhir dengan alat yang tidak berkualiti. Mekanik di bengkel sudah berpengalaman dalam perkara ini dan berdasarkan hubungan perniagaan yang baik dengan pengedar alat ganti, mereka boleh membuat permintaan untuk barang yang baik.
BACA: Elak Tukar Aksesori Aftermarket Ini Untuk Pastikan Kereta Anda Tidak Susut Nilai
Memang, bengkel mempunyai nisbah keuntungan tertentu daripada alat ganti. Tetapi, harga yang mereka dapat daripada pengedar alat ganti adalah lebih rendah berbanding harga yang kita sendiri beli kerana mereka adalah klien tetap kepada pengedar alat ganti tersebut.
Sumber: CARETA