Selain Masalah Bateri ‘Kong’, Ini Beberapa Punca Lain Mengapa Kereta Gagal Dihidupkan

Share

Bayangkan anda sedang bergegas ingin pergi pejabat pada waktu pagi. Sudah lambat untuk hadiri mesyuarat bersama bos, tiba-tiba enjin kereta tak nak hidup. Memang menyumpah seranah dalam hati.

Masalah kereta tidak dapat dihidupkan ini bukanlah satu masalah besar sebenarnya. Tapi ia lebih kepada situasi yang menyusahkan kita. Namun ia berlaku akibat kecuaian kita sendiri yang mungkin tidak menjaga servis atau mengesan petanda awal kerosakan sesetengah komponen kereta lebih awal.

Jadi untuk elakkan diri anda berdepan situasi menyakitkan hati seperti kami nyatakan di atas, berikut MASKULIN senaraikan beberapa masalah utama yang menyebabkan enjin kereta tak dapat dihidupkan. Jika berdepan masalah seperti ini, anda boleh periksa komponen seperti berikut.

KONDISI BATERI SUDAH SANGAT LEMAH

Kenderaan yang ditinggalkan dan tidak dihidupkan pada tempoh seminggu ke atas boleh alami kemerosotan kuasa bateri. Ia berlaku sedikit demi sedikit sehinggalah bateri hilang kuasa sepenuhnya.

Masalah ini dapat diperbaiki seeloknya hanya dengan menukarkan bateri tersebut kepada yang lain atau baru.Kebarangkalian enjin kereta untuk hidup dan kembali pulih semula menggunakan kereta adalah kira-kira 20% sahaja dengan mengandaikan tiada kerosakan komponen lain berlaku.

TERDAPAT LUMUT PADA RADIATOR

Ini juga salah satu masalah yang boleh berlaku. Air yang terdapat dalam radiator bercampur dan berlumut lalu membentuk kotoran. Apabila enjin dapat dihidupkan sistem penyejukan termasuk thermostat dan pam air bekerja dengan baik adalah hanya 70 % dari asalnya.

Enjin pula akan menjadi sedikit panas. Oleh itu air dalam radiator perlu dibuang dan diganti coolant dan air yang baru.

KEGAGALAM FUEL PUMP BERFUNGSI

Bila lama tidak digunakan ini boleh menyebabkan semua minyak yang terdapat pada injector atau berkumpul pada fuel filter.

Minyak ini memerlukan kuasa yang kuat dari fuel pump untuk naik semula bagi memulakan pembakaran enjin dan biasanya fuel pump akan tersentak apabila kuasanya digunakan menyeluruh dan motor dalamannya pula telah menjadi ketat setelah dibiarkan sekian lama tidak digunakan.

Jangan lupa subscribe YouTube MASKULIN untuk video menarik seperti di bawah!

Published by
Farizul Izwany Ibrahim