Dijangka bermula hari ini, bertebaranlah di sana-sini ada jemputan rumah terbuka bagi sambutan Hari Raya Aidilfitri dari pagi hinggalah ke malam.

Iyalah.. seminggu berhari raya ramai masih di kampung bersama keluarga. Rumah terbuka ini biasanya khas untuk rakan-rakan lama serta rakan sekerja.

Namun begitu kalau andalah jadi tuan rumah, tolong berhati-hati sebab time macam inilah pencuri suka ambil kesempatan untuk selongkar rumah apabila :

Ads

1. Buka khemah dekat luar rumah

Apabila tuan rumah buka khemah di luar rumah, mesti ada seorang dua akan masuk ke dalam untuk guna tandas. Pastikan ada orang dalam rumah dan anda kenal siapa yang masuk ke dalam rumah.

2. Simpan barang berharga

Jangan sesekali letak beg atau cas telefon bimbit di tempat terbuka tanpa ada yang menjaga. Nak mencuri tak perlukan satu jam pun, satu saat pun sudah boleh lesap.

Ads

3. Kunci bilik

Kalau ada yang kata nak tumpang bilik untuk solat, bagitahu dekat hujung simpang tu ada surau atau masjid. Bukan untuk sombong, niat orang kita tak tahu.

Ads

4. Tengok muka setiap orang

Tengok muka setiap orang yang datang. Memang biasanya anda jemput orang lain, orang lain pun join datang sekali. Kalau tak cam siapa dia, cam dengan siapa dia datang bersama.

Dalam meraikan kemeriahan Syawal ini, berhati-hatilah.. Jaga syok sangat sampai menangis apabila semua tetamu dah balik. Sebabnya, ada banyak barang yang hilang!

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI