Bayangkan anda memandu kereta dengan tingkap terbuka. Kemudian tidak semena-mena hujan lebat turun. Anda pun bergegas tekan butang power window untuk menurunkan tingkap kereta.
Namun malangnya ia tidak memberikan sebarang reaksi! Itulah antara situasi yang bukan sahaja menyakitkan hati tetapi menyusahkan hidup kita. Masalah power window ini sebenarnya bukanlah satu perkara asing lagi terutama buat kereta yang sudah berusia lima tahu ke atas.
Cuba tanya diri sendiri bila kali terakhir anda periksa kondisi sebenar power window? Sebelum ni tahu tekan turun dan naik sahaja, bukan?
Usah risau anda hanya perlu kenal pasti kenapa tingkap kereta tak dapat diturunkan seperti biasa. Anda peru memeriksa beberapa komponen power window dan melihat apakah kerosakan yang berlaku.
Pertama sekali anda boleh periksa kondisi fius. Cuba tukar fius yang lain dan periksa sama ada adakah ia betul-betuk disebabkan oleh faktor itu. Jika ia masih bermasalah, cuba periksa bahagian lain. Antara kemungkinan lain yang berlaku adalah litar pintas.
Penting untuk anda tahu bahawa peranan utama fius adalah untuk memutuskan arus elektrik untuk mengelakkan kesan litar pintas atau pun terbakar. Jika ia rosak, seluruh tingkap kuasa tidak dapat berfungsi.
Jika fius sudah ditukar yang baharu, namun tingkap kereta anda masih tidak boleh berfungsi, cuba periksa bahagian sistem elektrik tingkap kuasa.
Kalau arusnya tidak normal, tetapi voltan bateri dalam keadaan elok, terdapat kemungkinan bahawa suis tersebut mesti diganti baru. Mungkin kerosakan suis berlaku disebabkan litar pintas yang membuatkan suis tingkap kereta terbakar.
Jika sudah memeriksa arus elektrik dan suis tetapi masih lagi ada masalah, besar kemungkinan ia berpunca daripada motor atau regulator tingkap kereta anda. Antara faktor lain adalah disebabkan alat tersebut mengalami masalah kehausan dan tidak dapat berfungsi dengan baik.
Alat yang lemah mesti diganti baharu. Regulator berfungsi untuk menggerakkan cermin tingkap yang dihubungkan menerusi motor tingkap kuasa. Masa yang sama, gigi regulator yang haus membuatkan tingkap kuasa tidak dapat dinaik atau diturunkan dengan sempurna.
Semoga perkongsian ini sedikti sebanyak dapat membantu dan memberikan manfaat untuk anda!