Selain Kuatkan Tenaga Dalaman, Ini Khasiat Telur Ayam Kampung Lelaki Harus Buru!

1184

Telur ayam kampung dikatakan memiliki protein yang agak tinggi untuk tubuh badan manusia.

Ini kerana dalam setiap 100 gram telur ayam kampung, ia mengandungi 174 kalori, 10,8 gram protein, 4,9 mg zat besi dan 61,5 g retinol atau vitamin A.

Selain banyak sumber kalori dan protein haiwan yang cukup baik sekali gus mudah diserap usus dalam jumlah yang banyak, telur ayam kampung memiliki khasiat seperti berikut :

1. Sembuhkan penyakit

Telur ayam kampung dapat menyembuhkan penyakit jantung koroner, kencing manis atau usus besar.

2. Mengandungi protein yang tinggi

Selain mengandungi sumber tenaga, telur ayam kampung mengandungi sumber protein yang cukup tinggi. Tenaga yang dipakai untuk mengganti tenaga yang digunakan aktiviti seharian. Manakala proteinnya pula diperlukan untuk mengganti bahagian organ yang rosak.

3. Miliki kolestrol semula jadi

Pada bahagian kuning telurnya, ia mengandungi jumlah kolesterol yang cukup tinggi. Jika anda mempunyai hipertensi atau hiperkolesterolemia (kandungan kolesterol dalam darah yang tinggi), baik berhati–hati dalam mengatur pemakanannya.

4. Atasi masalah lelah

Membantu mengatasi kelelahan dan kelesuan tubuh, namun tidak dapat mengatasi seluruhnya karana badan masih memerlukan waktu untuk merehatkan organ tubuh badan.

Semoga bermanfaat!