Tidak dinafikan penyakit gout begitu menyeksakan. Gout merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh asid urik berlebihan di dalam badan.
Penyakit gout lazimnya akan menyerang bahagian sendi-sendi badan. Kebiasaannya makanan laut menjadi antara makanan yang paling ditakuti oleh pesakit gout.
Menurut Dr Suri Roowi menerusi laman Facebooknya, selain makanan laut rupanya ada lagi jenis-jenis makanan yang seharusnya anda elak dan kurangkan.
Pastikan senarai makanan ini anda jadikan panduan agar anda boleh mengawal terjadinya penyakit gout.
Semoga perkongsiannya ini bermanfaat.
MAKANAN dan GOUT
Kajian ke atas 270 jenis makanan menunjukkan HATI AYAM, BILIS dan supplement SPIRULINA adalah antara yang TINGGI bahan PURINE
Kepada yang ada masalah GOUT, PURINE boleh sebabkan GOUT jika diambil berlebihan
Hati ayam : 312 mg/100g
Bilis : 1108 mg/100g
Spirulina : 1269 mg/100g
(supplement)
PURINE juga banyak dalam ORGAN DALAMAN lain
Daging merah juga tinggi PURINE berbanding daging putih.
Daging eloknya DI BASUH sebelum dimasak untuk kurangkan kandungan PURINE
KURANGKAN ambil kuah sup daging kerana bahan PURINE banyak dalam kuah
Elakkan ambil MADU TIRUAN dan produk makanan / minuman yang menggunakan HIGH FRUCTOSE CORN SYRUP (HFCS)
Kurangkan ambil sayur ASPARAGUS, BAYAM dan KOBIS BUNGA
Kajian melibatkan lebih 50,000 orang di Singapura – mendapati bahawa, mereka yang ambil SOYA lebih rendah risiko gout, berbanding mereka yang kurang ambil SOYA
a. PERIA
b. BUNGA KRYSANTHEMUM
c. KULIT KAYU MANIS
d. CEKUR
e. MENGKUDU HUTAN
f. DAUN BETIK
g. EMPULUR NANAS
Selamat mencuba, dapatkan nasihat Dr anda.
Rujukan:
a. Biol. Pharm Bull 37(5) 709-721
b. Asia Pac. J Clin Nutr 20(3): 347-358
c. Int Food Rec 19(1) 159-165
d. Frontiers in Pharma vol 9
e. Anna Ellington B. Sc Thesis
#DrSuriRoowi
Principal Scientist