Penyakit bengkak cantik atau penyakit beguk terjadi disebabkan oleh virus Paramyxovirus. Penyakit beguk ini menyebabkan berlakunya pembengkakan dan timbul rasa sakit pada kelenjar parotid.
Penyakit ini mudah berjangkit, malah virus penyakit beguk boleh merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila orang yang dijangkiti penyakit beguk mengalami batuk atau bersin.
Sebagai lelaki, jangan anda ingat penyakit beguk ini sebagai penyakit bengkak biasa. Jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan masalah pada biji zakar (testis) sehingga membawa pada masalah yang lebih serius iaitu kemandulan.
Dato’ Dr Rushdan Noor berkongsi di laman Facebooknya komplikasi penyakit beguk kepada kesihatan lelaki ataupun wanita. Cegah lebih awal adalah lebih baik sebelum ia menjejaskan kesihatan anda di kemudian hari.
Penyakit begok (mump) disebabkan oleh jangkitan virus (paramyxovirus). Penyakit begok ataupun mump tidak boleh diambil ringan kerana dua sebab iaitu (1) Ia sangat mudah berjangkit dan (2) walaupun jarang, ia boleh menyebabkan komplikasi lain yang serius. Di samping berlaku keradangan kelenjar air liur parotid (pada dagu), jangkitan virus mump ini juga boleh menyebabkan:
a. Keradangan testis (biji zakar) lelaki, jika serius boleh menyebabkan KEMANDULAN.
b. Keradangan ovari wanita menyebabkan kemandulan dan MENOPAUS pramatang.
Ads
c. Keradangan dan kerosakan saraf pendengaran menyebabkan PEKAK.
d Ibu hamil yang dijangkiti virus mump juga boleh menjangkiti anak di dalam kandungan menyebabkan KEGUGURAN.
e. Keradangan pankreas (“pancreatitis”)
f. Keradangan otak dan selaput otak, boleh menyebabkan KEMATIAN.
Tidak ada rawatan khusus untuk merawat jangkitan virus mump, maksudnya tidak ada ubat antiviral yang berkesan membunuh virus ini, walaupun majoriti pesakit akan sembuh dengan sendiri. Jadi pencegahan adalah kaedah terbaik untuk dilakukan.
Vaksin mencegah jangkitan virus mump terkandung di dalam vaksin MMR yang diberikan kepada anak-anak berusia 9 dan 12 bulan. Orang yang menerima vaksin masih boleh dijangkiti virus mump tetapi jangkitan tidak menyebabkan komplikasi serius berbanding dengan individu yang tidak menerima vaksin. Seseorang juga boleh menjadi kebal jika pernah dijangkiti oleh virus ini dahulu. Tetapi golongan kedua ini mungkin sudah mengalami salah satu komplikasi yang disebutkan di atas. Jadi langkah terbaik yang patut dilakukan adalah mengambil vaksin MMR untuk mencegah jangkitan virus mump dan penyakit beguk.
DDr Rushdan Noor
26hb Okt 2018
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepada anda yang sudah merancang bakal mendirikan rumah tangga tetapi masih memiliki habit yang kurang elok, adalah wajar untuk anda berusaha membuangnya jauh-jauh.
Menerusi entri ini, perkara yang ingin difokuskan adalah isu rokok. Jika anda berjaya membuang tabiat merokok, anda perlu berbangga dengan diri sendiri.
Bukan apa.. apabila anda sudah berhenti merokok, ia bukan sahaja memberikan kesihatan yang baik untuk anda malah melahirkan suasana yang positif di sekeliling anda.
Selain itu, anda juga digalakkan untuk berpegang dengan 5 sebab ini kenapa anda perlu berhenti merokok jika ingin membina rumah tangga yang baik :
1. Menjejaskan kesihatan diri
Sudah banyak kali diberitahu, rokok boleh membahayakan kesihatan seseorang itu kerana kandungan dalam rokok itu, ada terkandung bahan kimia yang boleh merosakkan tubuh dari dalam. Jika anda sudah berkahwin dan meninggal dunia akibat rokok, tidak kasihankah terhadap pasangan anda?
2. Menjejaskan kesihatan keluarga
Bayangkan anda perokok tegar dan jenis kalau tak bubuh rokok dekat bibir, satu kerja pun tak boleh jalan. Dan bayangkan pula isteri anda nanti sedang sarat hamilkan zuriat anda. Anda masih berbangga menghisap rokok dan menghembus asapnya. Apakah anda yakin asap rokok anda itu tidak dihidu oleh ibunya dan membawa ke janin? Jauhilah rokok untuk elakkan risiko anak anda lahir secara pra-matang.
3. Membazir
Pernah tak anda kira berapa banyak modal yang telah anda habiskan semata-mata untuk membeli rokok dalam masa sebulan? Cuba kalau nilai itu anda gunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah termasuk untuk bajet perbelanjaan majlis perkahwinan nanti. Bukankah ia mampu jadi sesuatu yang lebih bermakna?
4. Teladan yang kurang elok
Nanti apabila anda ada anak dan anak anda sudah besar. Kalau anda jenis kaki hisap rokok, apakah anda yakin mereka tidak terpengaruh? Lagi pun, anak-anak jenis senang kagum dengan perbuatan bapa. Kalau molek yang dipamerkan, insya’Allah jadi baiklah anak tersebut. Jika kuat hisap rokok, jangan terkejut kalau cikgu di sekolah kantoikan anak anda pula nanti.
5. Pandangan Islam
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah sebulat suara menyatakan perbuatan merokok adalah haram di sisi padangan Islam kerana ia menjejaskan kesihatan tubuh. Jadi, kalau pendapat mufti pun anda dah tak nak dengar, nak dengar cakap siapa lagi?
Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Selalu kita dengan orang pitam dan kena strok di tanda mahu pun bilik air kan? Tapi pernah tak korang terfikir kenapa insiden ini berlaku di bilik air secara tiba-tiba?
Sebenarnya kalau korang nak tahu ada dua sebab utama mengapa perkara ini terjadi iaitu cara mandi yang salah dan tentulah bilik air atau tandas adalah tempat yang paling disukai dan dihuni syaitan. Oleh sebab itu kita sebagai umat islam disarankan membaca doa sebelum masuk ke bilik air.
Strok adalah “serangan otak”. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja pada bila-bila masa. Ia berlaku apabila aliran darah ke kawasan otak dipotong atau terhenti. Apabila ini berlaku, sel-sel otak hilang oksigen dan mula mati. Apabila sel-sel otak mati semasa strok, keupayaan yang dikawal oleh kawasan otak seperti memori dan kawalan otot hilang. Pengetahuan dalam kehidupan tentang cara mencegah strok amat penting supaya anda dapat bertindak awal dalam apa jua kebarangkalian yang mungkin berlaku.
Kerana cara mandian yang salah!
Menurut sumber seorang penceramah professor uitm yang juga terlibat dengan majlis sukan negara menasihatkan supaya semasa mandi jangan basahkan kepala dulu,basahkan bahagian badan. Ini kerana apabila kepala basah dan sejuk, darah semua akan mengalir ke kepala untuk memanaskan kepala , logik ‘warm blooded human’ dan jika ada saluran darah sempit, mungkin boleh menyebabkan saluran darah pecah. Ini kerapkali berlaku di bilik mandi.
Bermula dari segayung siramkan di telapak kaki.
Segayung di betis.
Segayung di paha.
Segayung di perut.
Segayung di bahu.
Berhentilah sejenak 5-10 saat.
Cara mandi ini baik bagi semua peringkat umur terutama yang mempunyai sakit diabetes, darah tinggi, kolesterol dan migrain/sakit kepala sebelah.
Ini Cara Mandi Yang Betul
Baca doa atau sekurang-kurangnya baca bismillah sebelum masuk bilik air bagi orang islam.
Jangan tergesa-gesa dan berhati-hati.
Mulakan dengan bahagian kaki, siram tapak kaki.
Kemudian, barulah siram betis diikuti peha dan perut.
Selepas itu, barulah siram dibahagian bahu anda.
Berhenti sekejap, pada waktu ini kita akan dapat rasakan wap atau angin keluar dari ubun-ubun.
Akhir sekali barulah basahkan kepala.
BAGAIMANA CARA MENCEGAH STROK?
Mengetahui faktor risiko strok anda, mengikuti cadangan doktor anda dan mengamalkan gaya hidup yang sihat adalah langkah terbaik yang anda boleh ambil untuk mencegah strok. Langkah-langkah ini boleh membantu anda mengelak strok lain. Penjagaan lanjut yang anda terima di hospital juga memainkan peranan. Strategi pencegahan strok adalah sama seperti strategi untuk mencegah penyakit jantung. Antara cara mencegah strok adalah:-
1. MENGAWAL TEKANAN DARAH TINGGI ATAU HIPERTENSI
Salah satu perkara yang paling penting yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan risiko strok anda adalah dengan mengekalkan tekanan darah anda. Jika anda mempunyai strok, menurunkan tekanan darah anda boleh membantu mencegah serangan iskemia sementara atau strok. Selain mencadangkan perubahan gaya hidup, doktor anda mungkin memberi ubat untuk merawat darah tinggi tekanan. Ia merupakan cara mencegah strok yang mudah.
2. MENURUNKAN JUMLAH KOLESTEROL DAN LEMAK TEPU
Makan kurang kolesterol dan lemak, terutamanya lemak tepu dan lemak trans, boleh mengurangkan lemak atau plak di arteri anda. Jika anda tidak dapat mengawal kolesterol anda melalui perubahan diet sahaja, doktor anda boleh menetapkan ubat penurun kolesterol. Ia merupakan cara mencegah strok yang bagus kerana bukan sahaja ia memberikan manfaat kepada pesakit strok, ia juga dapat mencegah peningkatan berat badan atau diabetes.
3. BERHENTI MEROKOK
Merokok dapat menimbulkan risiko strok untuk perokok. Perokok bukan sahaja membahayakan kesihatan diri mereka, malah ia juga merbahaya kepada orang lain. Menggantikan penggunaan tembakau dapat mengurangkan risiko angin ahmar. Cara mencegah strok ini bukan sahaja dapat mencegah penyakit angin ahmar, tetapi ia juga dapat memberikan manfaat yang besar kepada kesihatan anda terutamanya dalam mencegah penyakit yang kronik.
4. MENJAGA BERAT BADAN ANDA
Anda boleh menguruskan diabetes dengan diet, senaman, kawalan berat badan. Hal ini kerana, pesakit strok mempunyai kaitan dengan masalah berat badan yang berlebihan ataupun ia dikenali sebagai diabetes. Ia juga menyumbang kepada faktor risiko strok lain, seperti tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular dan diabetes. Cara mencegah strok adalah dengan menjaga berat badan anda sebaik yang mungkin samada anda berjumpa dengan doktor ataupun sebagainya.
5. LAKUKAN SENAMAN DENGAN LEBIH KERAP
Latihan aerobik atau kardio dapat mengurangkan risiko strok anda. Latihan yang kerap boleh menurunkan tekanan darah anda dan meningkatkan tahap kesihatan keseluruhan saluran darah dan jantung anda. Ia juga membantu anda mengurangkan berat badan, mengawal diabetes dan mengurangkan tekanan. Secara beransur-ansur lakukan sehingga 30 minit. Aktiviti seperti berjalan, berjoging, berenang atau berbasikal dapat membantu anda dengan cara mencegah strok yang betul.
6. BERHENTI ATAU KURANGKAN MINUM ALKOHOL
Alkohol boleh menjadi faktor risiko untuk mendapat strok. Pengambilan alkohol berlebihan dapat meningkatkan risiko tekanan darah tinggi, strok iskemia dan strok hemoragik. Alkohol juga boleh memberikan tindak balas dengan ubat lain yang anda ambil. berjumpa dengan doktor anda tentang apa yang sesuai untuk anda lakukan. Ia merupakan satu cara mencegah strok yang wajar anda lakukan kerana tidak banyak manfaat dengan minuman seperti ini.
7. ELAKKAN PENGAMBILAN DADAH HARAM
Ubat-ubat yang tertentu, seperti kokain dan methamphetamines, dibuat atas faktor untuk strok iskemia sementara atau strok sepenuhnya. Dadah jenis kokain dapat mengurangkan aliran darah tetapi ia juga boleh menyebabkan penyempitan arteri. Cara mencegah strok adalah dengan mengelakkan pengambilan bahan yang terlarang ini kerana ia hanya membinasa diri anda sahaja.
Sumber : Viral Muafakat Johor
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Bila sakit kepala menyerang semua kerja tak jalan. Segalanya jadi serba tak kena. Rasa sakit yang berpusing-pusing dan berdenyut-denyut.
Waktu sakit kepala inilah kita nak makan ubat untuk meredakannya. Sebenarnya tak elok jika anda sering bergantung kepada ubat-ubatan, takut memberi kesan dalam jangka masa yang panjang.
Nak hilangkan sakit kepala dengan berkesan dan cepat? Anda boleh lakukan teknik akutekanan (acupressure) iaitu cara saintifik yang boleh meredakan sakit kepala.
Teknik ini merupakan cara urutan yang telah disahkan oleh beberapa pakar dan turut disokong oleh kajian saintifik. Urutan ini adalah satu cara lain bagi akupuntur dan refleksoterapi tetapi ia tidak memerlukan pengetahuan perubatan yang khusus.
1. Duduk dalam keadaan yang selesa dan tenang. Pastikan posisi kedudukan tidak menyukarkan anda untuk melakukan urutan ini.
2. Urutan ini hanya mengambil masa yang singkat iaitu dari 30 saat hingga 1 minit secara purata.
3. Urut pada satu titik dengan tekanan yang lembut atau dalam pergerakan membulat.
Kebiasaannya, sakit kepala akan hilang ketika diurut atau selang 5 hingga 10 minit selepas melakukan urutan.
Terdapat 6 titik utama untuk menghilangkan sakit kepala
1. Titik Yintang
Titik mata tiga atau Yintang terletak di antara kedua-dua kening sejajar dengan laluan hidung melintasi dahi. Titik ini boleh menghilangkan keletihan pada mata.
Titik semetri ini terletak di dalam kawasan kening. Dengan mengurut di bahagian ini, anda dapat melegakan hidung berair dan meningkatkan ketajaman mata. Urut selama 60 saat dengan pergerakan secara membulat.
3. Titik YingXiang
Titik ini terletak di kedua-dua sisi lubang hidung yang sebaris dengan mata. Untuk mencari titik ini, rasakan lekuk di bawah tulang pipi. Ia dapat membantu membuka sinus (ruang pada tulang di muka, belakang dan atas hidung), mengurangkan sakit kepala, sakit gigi dan melegakan stres.
Titik ini terletak di belakang kepala di bahagian tengah antara telinga dan permulaan tulang belakang. Urutan pada bahagaian ini dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat, sakit pada mata dan telinga, sakit kepala yang teruk dan migrain.
5. Titik Shuai Gu
Titik Shuai Gu terletak 2cm hingga 3cm daripada permulaan garisan rambut anda. Rasakan lekuk kecil di titik ini. Urutan pada titik ini dapat melegakan sakit di bahagian tepi kepala dan menghilangkan keletihan pada mata.
Titik simetri ini terletak di belakang tangan antara ibu jari dan jari telunjuk. Mengurut pada bahagian ini dapat melegakan sakit belakang, sakit gigi dan tekanan pada otot leher.
Selamat mencuba!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.