Tip ini ditulis bukan hanya untuk pasangan yang sudah lama berkahwin. Pengantin baru pun boleh malah lagi digalakkan. Ini kerana kita sesama manusia tidak tahu bilakah ungkapan ‘I love you’ itu masih lagi bermakna untuk diucapkan.
Maka, antara lain cara yang anda boleh buat seperti apa yang disenaraikan di bawah. Jika kerap kali diucapkan perkataan yang sama pasti pasangan akan merasa bosan.
Jadi, inilah masanya untuk anda sebagai suami untuk cuba menyemarakkan lagi rasa kasih & saying bersama pasangan yang tercinta.
BACA: Isteri Pasti Suka Kalau Suami Mahir Beli Makanan Laut Tanpa Masalah, Ini 5 Tip Mudah
1. Bersalaman sebelum pergi kerja
Selain dapat pahala free, dosa juga gugur. Selain itu, ia juga menunjukkan sebuah penghormatan & penghargaan isteri kepada suami. Ini kerana tangan tersebut adalah tangan yang berusaha mencari rezeki untuk keluarga.
2. Suami mencium dahi & peluk isteri
Ini adalah sebagai tanda penghargaan suami kepada isteri. Ketika ini suami mencurahkan segala kasih & sayangnya kepada isteri. Masa yang sama, isteri merasakan yang dialah wanita yang disayangi suami.
3. Selalukan mandi bersama
Dah halal, nak malu apa. Ketika ini anda bebas untuk bergurau sesama sendiri. Aktiviti ini sebenarnya mengeratkan rasa cinta antara keduanya. Kalau masih belum ada anak, lagi kena kerap, nanti bila dah ada, susah, line tak clear.
4. Tak perlu malu kentut depan pasangan
Untuk ini, selalunya kaum lelaki tanpa segan silu kentut merata, apatah lagi depan isteri. Kaum wanita suka untuk cover dan lepaskan angina di tempat lain. Tahukah anda, kentut sebenarnya adalah lawak yang paling mudah. Selalu lepas kentut pasti diselangi gelak & tawa.
5. Selalu usik/ buat cubitan manja serta mendukung isteri
Usik-mengusik suami isteri ini memang asam garam. Selain aktiviti atas katil, ada banyak cara nak menyemai rasa cinta bersama pasangan. Kadang-kadang cubitan manja itulah yang akan mendorong ke ‘aktiviti’ seterusnya. Kalau isteri anda ringan, cuba sekali-sekala dukung dia, percayalah mesti dia segan masa sendiri.
BACA: Lelaki Berfikiran Terbuka & Optimis Lebih Mudah Menambat Hati Wanita, Ini 5 Sebabnya
6. Saling bermaafan sebelum tidur
Sebelum tidur jangan dibawa amarah ke atas katil kerana ia mengundang pelbagai sengketa dalam rumah tangga. Waktu macam ni, lebih baik bincang elok-elok dan minta maaf sesama pasangan. Suami bila tengok isteri sudah tidur, tatapilah wajahnya dengan penuh perasaan cinta.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI