Selain Keluar Peluh Main Ping Pong, Begnya Pula Buatkan Anda Nampak Kaya!

Share

Ping pong adalah sukan sihat yang boleh keluarkan peluh dan menguji ketangkasan pemain melantunkan bola selain buatkan anda nampak kaya.

Namun pernah tak anda terbayang, set paddle dan bola ping pong anda itu memiliki beg secara eksklusif untuk ditayangkan?

Idea gila dari LV

Lebih rare lagi, Louis Vuitton (LV) tampil dengan koleksi ping pong tersebut dan penggemar jenama mewah ini pasti akan teruja untuk membeli satu set koleksi ini.

Menariknya, set ping pong ini tersedia dengan 4 biji bola ping pong dan pada bola tersebut diletakkan logo ikonik Louis Vuitton.

Selain itu, sarung untuk paddle diperbuat menggunakan kulit dan corak monogram logo ikonik Louis Vuitton juga diletakkan.

Harga hampir RM10,000

Set ping pong ini sudah boleh dibeli secara atas talian dan untuk memilikinya, anda harus sediakan $2,210 (sekitar RM9,244.43) untuk nampak kaya di meja ping pong.

Selepas membeli set ping pong ini, agak-agak pihak lawan boleh fokus lagi tak untuk meneruskan permainan sehingga tamat?

Published by
Akyem Samad