Tidak dinafikan ramai daripada kita lebih selesa menggayakan seluar jean dalam kehidupan seharian. Selain versatail dengan bermacam gaya serta padanan baju, seluar jean juga sangat tahan lasak serta tidak mudah berbau busuk.
Jadi tidak hairanlah ada pemilik seluar jean premium tidak membasuh seluar selama berbulan-bulan lamanya. Tapi harus diakui juga tidak semua tempat atau majlis sesuai untuk kita gayakan dengan seluar jean.
Apatah lagi jika seluar jean kesayangan anda itu jenis yang lusuh dan mungkin ada sedikit gaya koyak di bahagian lutut. Sebenarnya ada banyak lagi jenis seluar yang boleh menjadi item rotation gaya anda untuk hari-hari berbeza.
Kali ini MASKULIN ingin kongsikan beberapa jenis seluar yang harus ada dalam koleksi di dalam almari anda. Pasti gaya makin kacak dan menyerlah.
Peminat streetwear khususnya pasti meminati seluar jenis ini. Ia bukan sahaja memberikan keselasaan, malah menepati gaya yang mereka cari. Gayakan sahaja dengan sneakers putih, anda pasti tampil bergaya.
Suatu ketika dahulu, seluar cargo dikaitkan dengan lelaki yang tidak pandai berfesyen. Namun zaman sudah berubah, kini ia dianggap antara seluar yang memberikan dinamik berbeza buat penampilan seorang lelaki. Jika ingin menggayakannya, elakkan memakai cargo yang mempunyai poket sisi terlalu besar supaya penampilan anda tidak nampak lebar.
Seluar yang sering dianggap basic dan mudah digayakan dengan apa jua jenis baju. Untuk chinos, pemilihan warna adalah sangat penting. Yang lebih gelap sesuai untuk ke majlis lebih formal, manakala untuk majlis santai pula sesuai menggunakan warna yang lebih cerah seperti kelabu atau coklat.
Material yang sangat popular terutamanya ketika era 70-an hingga 90-an. Menggayakan corduroy sebenarnya tidak mudah. Ini kerana fabrik agak unik dan mudah untuk dikenali. Namun, ia sesuai dipakai dengan t-shirt berwarna gelap atau sweatshirt longgar.
Artikel berkaitan: Maksud Warna Di Sebalik Gaya Pakaian, Bukan Ikut Trend Fesyen Semata
Dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, populariti drawstring trouser telah kembali. Selain selesa dipakai, ia juga mudah dipadankan dengan pelbagai pakaian. Malah, ia juga senang digayakan dengan sneakers.
Ia sedikit berbeza dengan skinny jean kerana seluar jenis ini diperbuat daripada bahan yang berlainan. Namun secara teknikalnya, ia memberikan gaya yang lebih kurang sama. Cuma, seluar ini boleh anda tampilkan lebih formal dan sesuai digayakan dengan kot juga kemeja.
Bagi anda yang tidak sesuai atau tidak gemar menggayakan seluar cutting skinny atau slim, ini adalah pilihan tepat. Potongannya lebih longgar dan memberikan keselesaan kepada pemakai. Namun, seluar jenis ini lebih sesuai digayakan dengan potongan kaki yang lebih singkat.
Subscribe dan tonton video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN