Selain Jadikan Otot Lebih Tegap, Makan Pisang Sebelum Bersenam Juga Boleh Elak Otot Kejang. Ini 5 Kebaikannya!

Share

Buah pisang merupakan sejenis buah ‘sakti’ yang sememangnya baik untuk kesihatan tubuh badan. Selain membantu menurunkan berat badan, ia juga dapat meningkatkan tenaga dan mencegah otot kejang.

Campuran unik vitamin, mineral dan karbohidrat glisemik rendah menjadikan pisang sebagai buah kegemaran terutama para atlet sebagai makanan untuk membina otot lebih tegap dan mencegah otot kejang.

Ini kerana, buah pisang terbukti mengandungi kandungan potassium yang tinggi dan kekejangan otot sering kali berlaku kerana kekurangan potassium.

Buah pisang yang semakin masak (ranum) mempunyai lebih banyak nutrien di dalamnya.

Ini antara kebaikan makan pisang sebagai snack harian yang dapat membantu anda kekal dalam kondisi yang baik.

1. Cegah otot kejang atau cramp

Kalium yang terkandung dalam buah pisang sangat baik untuk otot, malah penting bagi para atlet. Tubuh yang mendapat kandungan kalium yang cukup dapat menghindari dari otot kejang atau cramp. Saat melakukan workout, tubuh akan kehilangan kalium melalui peluh. Menurut kajian yang dilakukan oleh Linus Pauling Institure, makan pisang akan memberi jumlah kalium sebanyak 10% dari yang diperlukan oleh tubuh.

2. Menjaga stamina

Buah pisang mempunyai kandungan khasiat yang lengkap sehingga dapat memenuhi keperluan untuk tubuh badan. Serat, nutrisi, antioksidan dan glukosa terkandung dalam tiap buah pisang. Kandungan glukosa dalam pisang membuatkan ia lebih cepat dicerna oleh tubuh. Dalam prosesnya, glukosa akan diubah menjadi glikogen yang dapat digunakan sebagai bahan bakar otot ketika anda workout. Jadi jika anda makan pisang sebelum workout, dapat membuatkan tubuh anda kekal bertenaga dan rasa segar.

3. Menjaga fungsi dan kekebalan tubuh

Pisang mengandungi protein yang berguna untuk menjaga fungsi dan kekebalan tubuh, serta menjaga kesihatan sistem saraf. Selain itu, kandungan asam amino yang ada pada buah pisang juga dapat membantu meningkatkan metabolisme dalam tubuh badan.

4. Jadikan otot lebih tegap

Pisang merupakan sumber magnesium yang baik kerana ia boleh membantu penguncupan dan kelonggaran otot serta melakukan proses sintesis protein yang seterusnya meningkatkan jisim otot.

5. Perut lebih mudah kenyang

Pisang kaya dengan kanji penahan yang boleh menentang proses pencernaan. Buah ini memberi makan bakteria yang sihat dan membantutkan selera, malah menjadikan proses pengoksidaan lemak berlaku dengan lebih cekap.

Published by
RY