Selain Jadikan Diri Lebih Punctual, Ini 5 Sebab Lelaki Perlu Pakai Jam Tangan!

Share

Adakah anda masih memakai jam tangan dan sentiasa melihat waktu pada jam tangan anda atau pun mengharapkan telefon bimbit untuk ingatkan tentang waktu-waktu penting?

Rata-rata orang kita lebih memilih untuk mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar semata-mata untuk melihat masa dan tarikh.

Percaya atau tidak, memakai jam tangan memberi banyak manfaat. Bukan hanya sekadar memudahkan anda untuk melihat masa, tetapi ia juga boleh menukar gaya hidup anda ke arah yang lebih berkualiti.

Hasil bacaan MASKULIN, 5 sebab ini menunjukkan bahawa jam tangan lebih bagus dari telefon bimbit kamu. Jadi, tak perlu tanggalkannya,

1. JAM TANGAN MENJADIKAN KAMU LEBIH PUNCTUAL

Ada beberapa kajian dilakukan terhadap dua kumpulan iaitu kumpulan yang memakai jam tangan dan kumpulan yang tidak memakai jam tangan.

Ujian ini dilakukan selama sebulan dan hasil keputusannya, kumpulan yang memakai jam tangan lebih punctual daripada kumpulan yang tidak memakai jam tangan.

Jadi sudah terbukti bahawa, sains mengatakan orang yang memakai jam tangan akan lebih waras dan bertanggungjawab.

2. A REMINDER ON YOUR WRIST

Kami akui arus permodenan masa kini menjadikan kita lebih manja dengan kecanggihan teknologi yang sedia ada, terutamanya telefon pintar.

Tetapi kenapa harus bergantung seratus peratus kepada telefon pintar kamu? Takkanlah nak keluar dating pun harus set kan di reminder dalam telefon pintar kamu?

Ayuh tukar sikap itu dengan menggunakan jam tangan. Percaya atau tidak, dengan melihat jam tangan di pergelangan tangan, secara tidak langsung, ia mengaktifkan otak untuk berfikir tentang jadual harian kamu.

Dalam masa yang sama, ia menjadikan otak sentiasa peka dengan masa dan membuatkan kita sentiasa mengikut jadual harian yang sudah ditetapkan.

3. BAHAN KOMUNIKASI

Jangan terkejut bila orang menilai kamu hanya dari pemilihan jam tangan kamu. Jujurnya, bukan gaya fesyen saja yang orang akan menilai, bahkan jam tangan juga antara pembuka bicara antara kamu dan orang lain.

Terutamanya jika kamu lelaki, sudah tentu pemilihan jam tangan yang tepat membuatkan kamu lebih gentleman. Secara tidak langsung, jam tangan adalah bahan komunikasi kamu dengan orang lain.

Mungkin mereka akan bertanya di mana kamu membeli jam tangan kamu. Ataupun jenama apa yang pilih untuk spesifikasi jam tangan. Jadi, pakailah jam tangan kamu dengan penuh bangga!

4. MENJADIKAN KEHIDUPAN LEBIH SENANG

Pernah tak kamu alami pengalaman seperti kamu di dalam train yang sesak dengan orang ramai dan kamu mahu mengeluarkan telefon bimbit kamu semata-mata untuk lihat masa ketika itu.

Kamu terpaksa bersusah payah untuk mengambil sedikit ruang memasukkan tangan kamu dan keluarkannya. Sudahlah sesak, berhimpit lagi. Stress!

Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan yang sememangnya memudahkan kamu dengan lihat di pergelangan tangan kamu sahaja?

Mungkin 2 saat saja masa diambil daripada kamu mahu keluarkan telefon bimbit kamu. Mungkin memakan masa dalam 5 atau 8 minit? Itupun kalau tidak terjatuh.

5. JAM KAMU, STAIL KAMU, DIRI KAMU

Walau apa jua pemilihan rekaan jam tangan kamu,  ia membanu kamu lebih dari apa yang kamu sangkakan. Penggunaan jam tangan mampu memberi impak besar ke dalam hidup kamu.

Apa yang penting, jam tangan menjadikan kamu lebih berdisiplin dan bertanggungjawab, setiap masa. Jadi apa alasan kamu untuk tidak memakai jam tangan?

Published by
arif.karim