Desas-desus adakah Huawei akan menaik taraf peranti keluaran mereka dengan Adroid Q kini akhirnya terjawab.
Perkara ini dapat dilihat menerusi tindakan Huawei yang menerbitkan sebuah halaman khas pada laman rasmi Huawei UK.
Tindakan tersebut sekaligus menjawab pertanyaan yang sering diajukan pengguna tentang status serta halu tuju jenama telefon pintar berkenaan.
Melalui laman soal-jawab yang disediakan Huawei, mereka menyatakan Huawei Mate 20 Pro telah menerima pengesahan untuk menerima Android Q.
Selain itu, Huawei turut mengesahkan bahawa siri Huawei P30 tidak terlepas untuk menerima kemaskini Android Q.
Selain daripadanya, Huawei menyatakan sekitar 17 peranti kini telah mula diuji secara teknikal untuk menerima kemaskini Android Q dan antaranya adalah:
Meskipun berdepan dengan pelbagai stigma, Huawei menegaskan para pengguna masih boleh menggunakan peranti mereka seperti biasa selain menikmati sokongan khidmat pelanggan dan jaminan seperti biasa.
Sumber : Huawei UK