Amalan mencuci wajah sebelum tidur tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan wajah korang kekal bersih dan sihat. Ini kerana setelah seharian berada di luar pasti wajah korang terdedah dengan kekotoran dan debu.
Jangan disebabkan sikap malas dan letih, korang mengabaikan hal yang penting ini. Jika wajah tidak dicuci, ia boleh mengundang pelbagai masalah kulit. Paling ketara adalah jerawat dan kulit berminyak. Ingat! Selewat mana pun korang pulang ke rumah, rutin mencuci kulit wajah perlu diberi perhatian.
Ini lima alasan kenapa korang perlu tahu cuci wajah sebelum tidur.
1. Antara bahagian yang paling kotor
Tanpa korang sedar dalam satu hari, pasti tangan korang banyak kali menyentuh kulit wajah. Ini menjadikan kulit wajah korang sebagai salah satu daripada bahagian yang paling kotor. Inilah pentingnya mencuci wajah sebelum tidur bagi mengelakkan penyebaran bakteria sekali gus menyebabkan jerawat dan cela pada keseluruhan wajah.
Ads
2. Elak kulit berjerawat dan berminyak
Jerawat terjadi disebabkan oleh liang-liang kulit wajah yang tersumbat akibat sel kulit mati yang tidak dibersihkan, ditambah dengan rembesan minyak dari dalam kulit. Apabila kuman dan bakteria melekat pada ruang tersebut, gumpalan akan terbentuk dan menutupi pori-pori kulit. Jika kulit wajah dicuci sebelum tidur, ini bermakna korang boleh mengelak munculnya jerawat dan kulit berminyak pada wajah.
3. Beri ruang untuk liang-liang kulit bernafas
Ads
Ketika tidur, kulit wajah akan melakukan proses pembaikpulih dengan sendirinya. Jadi adalah penting untuk wajah korang bersih agar kulit boleh bernafas dan membentuk tisu-tisu baru. Malah kulit wajah yang bersih mampu memberikan rasa yang nyaman dan ringan sehingga korang dapat tidur nyenyak.
4. Beri kesan anti-penuaan terbaik
Ads
Ketika tidur akan berlakunya proses regenerasi pada kulit wajah. Untuk kesan anti-penuaan terbaik, cuci wajah korang dengan pembersih wajah yang lembut dan bebas sulfat atau gel pembersih yang mengandungi AHA/BHA bersama serum atau pelembap berprestasi tinggi.
5. Kulit nampak segar setelah bangun tidur
Jika korang mencuci wajah sebelum tidur, keesokan harinya kulit korang akan halus, bersih dan tidak kusam. Malah minyak pada wajah korang juga akan berkurangan. Namun jika wajah tidak dicuci, kulit korang nampak tidak sihat dan kelihatan lebih tua daripada usia. Jadi, ingat cuci muka sebelum tidur!
Tip perlu ikut!
Terlalu letih ingin mencuci wajah setiap malam? Lakukan pada awal malam sekitar jam 7.00 atau 8.00 malam. Lebih awal, lebih baik daripada langsung tidak melakukannya. Namun jika korang malas untuk cuci wajah dengan pencuci muka, lapkan kulit wajah dengan tisu pelembap untuk mencuci kekotoran pada wajah.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Anda yakin apa yang anda makan setiap hari itu adalah makanan yang sihat dan berkhasiat? Kebanyakan rakyat Malaysia tidak sedar akan makanan yang dimakan oleh mereka itu sama ada bagus ataupun tidak. Tak boleh salahkan mereka jugak, pengusaha sentiasa mengeluarkan makanan yang kononnya sihat, tapi hakikatnya mempunyai ramuan tersembunyi yang boleh membuatkan anda susah untuk turun berat badan dan gemuk!
Ini antara makanan yang anda rasa ia sihat, hakikatnya, anda sendiri akan lihat
Smoothies
Bila anda dalam proses kurus, atau anda ingin mengamalkan pemakanan yang sihat, anda pasti akan terpedaya dengan minuman yang kononnya sihat ini kan? Tak apa jika anda buat sendiri di rumah kerana anda tahu tahap gula yang patut anda ambil. Tapi, jika anda minum di kedai, anda tidak tahu berapa kuantiti gula yang ada dalam minuman tersebut. Hati-hati ye.
Yogurt berperisa
Jangan mudah terpedaya dengan makanan sihat ini. Memang benar yogurt merupakan snek sihat yang boleh anda nikmati diantara makan utama, namun pemilihan yogurt itu haruslah betul. Dinasihatkan supaya anda beli yogurt tanpa gula seperti yogurt geek dan tambahlah buah-buahan mengikut kehendak anda.
Minyak kelapa
Walaupun minyak kelapa diminati oleh ramai orang, namun ia bukanlah sihat seperti yang anda sangkakan. Walaupun 15 peratus lemak dalam minyak kelapa adalah trigliserida rantaian sederhana-sejenis lemak yang digunakan untuk tenaga dan bukan penyimpanan yang lain 85 peratus lemak tepu. Banyak kajian menunjukkan bahawa jika lemak tepu menggantikan lemak tak tepu dalam diet, ia boleh meningkatkan kolesterol. Walaupun sangat baik untuk menggunakannya namun biarlah ia secara sederhana, jangan pula diambil hari-hari. Sebaliknya, pilih sayuran atau minyak zaitun, yang kedua-duanya dikaitkan dengan kesihatan jantung dan diet Mediterranean.
Madu
Ye ia bersifat semua jadi, namun jika anda mengambilnya secara banyak dalam masa sehari, ia juga akan menjadi kalori buat anda. Sebaliknya, campurkan madu ke dalam minuman bagi menggantikan gula.
Pre-Made Protein Shakes
Ini banyak diambil oleh abang-abang sado. Katanya untuk memulihkan muscle terkoyak, hakikatnya, ia sedikit sebanyak mengandungi kalori yang sangat banyak dan tinggi jika mengambilannya tidak dikawal. Jika anda tidak berhati-hati, mudah untuk mengambil minuman protein yang mengandungi dua kali gula yang disyorkan untuk sepanjang hari. Shake protein boleh menjadi pilihan yang sangat baik jika dibuat di rumah di mana anda mengawal bahan-bahan. Senarai bahan bacaan adalah kunci! Pilih serbuk protein berasaskan tumbuhan dengan senarai yang bersih untuk membantu mengurangkan ramuan buatan dan tambah. Keluarkan jenama yang mengandungi bahan-bahan berbahaya seperti carrageenan, pemanis buatan seperti kalium acesulfame dan sucralose, rasa tiruan, warna buatan, sirap jagung fruktosa tinggi, dan minyak hidrogenasi.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda mengalami masalah kerenggangan pada otot? Lelaki ni nampak saja kuat pada luaran, namun hakikatnya badan seseorang mempunyai hadnya yang tersendiri dan boleh juga sakit-sakit jika tidak dijaga dengan betul dan baik. Ini antara beberapa senaman yang seringkali diamalkan oleh orang lama untuk menguatkan kembalil otot-otot yang dah keras tu. Bukan saja bagus untuk aktiviti harian anda, malam juga akan lebih kuat.
Jika anda terlalu lama duduk di atas kerusi ketika sedang bekerja, mungkin anda boleh mengamalkan senaman ini kerana ia bagus untuk kuatkan peha, pinggang dan lutut anda.
Pastinya bila anda berada di dalam sesebuah seminar ataupun sedang bekerja, anda pasti akan mengalami masalah mengantuk dan berasa badan seperti tidak segar. Apa kata anda lakukan senaman ini sebelum tidur, atau bangun dari tidur. Barulah badan anda akan sentiasa segar sepanjang hari.
Jika anda mengalami masalah sakit betis lengan atau bahagian pelipat, lakukan renggangan badan ini. tak susah pun sebenarnya. Selain daripada ia boleh membantu otot-otot anda, ia juga bagus untuk fleksibel kan tubuh badan anda. Barulah anda akan berasa segar.
Kadang-kadang tak perlu ke gym untuk mendapatkan kekuatan lengan dan bahu. Anda hanya perlu angkat badan anda dengan hayunkan tangan anda begini. Jika anda mampu, push up menggunakan tangan dalam posisi ini. Jika anda lakukan setiap hari, mungkin anda akan berpotensi mendapatkan lengan sado? Siapa tahu kan.
Kehadapankan badan anda seperti dalam gambar ini dan tahan selama beberapa saat. Senaman seperti ini seringkali kita lihat apabila kita dalam proses warm up atau cool down. Sebenarnya posisi ini membantu untuk membuka saluran saraf di bawah pelipat dan menguatkan pinggang anda. Ia juga bagus untuk aliran ke tengkuk dan kepala.
Temukan kedua-dua kaki anda dalam posisi bersila namun jangan silangkan kaki anda, kemudian tunduk dan luruskan tangan kehadapan. Jangan angkat pinggul anda dan tahan seketika. Renggangan ini bagus untuk menguatkan pinggang dan organ dalaman lelaki.
Jika anda seorang yang flaksibel dan boleh lakukan seperti senaman di atas, apa kata anda cuba kerana senaman ini membantu anda untuk aktifkan saraf lelaki, peha dan lengan.
Imbangkan badan seperti ini, ia membantu anda untuk menguatkan otot kaki, menguatkan saraf tapak kaki dan lutut.
Ini selalu dilakukan oleh anak kecil. Apa kata anda lakukan senaman ini jika anda mahukan kekuatan pada saraf peha dan pinggang.
Selalu buatkan senaman ni? Ini membantu anda untuk rapatkan tulang belakang dan cegah dari sakit belikat.
Semoga senaman-senaman ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Tak ambil masa lama pun. Sekejap je. Bagus untuk lelaki tak kira tua ke muda. Malam anda pun akan lebih lancar! Selamat mencuba.
Kredit: Tokwan
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nak kurus sebenarnya senang, tapi nak maintain kurus tu sangat susah. Jika anda seorang yang gemuk, pasti bila anda dah kurus, anda paling takut untuk kembali ke ‘laut’ dalam bukan? Ini antara perkara yang membuatkan anda hanyut kembali ke dunia lama.
Kurang faham tentang kalori makan
Sebelum ini apabila anda ber diet, anda akan mengikut semua meal plan yang diberikan di internet dan juga orang sekeliling. Jika mereka membantah anda makan nasi, anda pasti tidak menyentuhnya beberapa bulan kerana keinginan anda untuk mengecilkan badan. Setelah anda kurus, pengambilan nasi pasti seperti biasa kan? Nak nak bila lama tak makan, sekali makan, memang selamat tinggallah. Anda perlu faham diet anda, dapatkan nasihat daripada pakar-pakar fitness dan doktor anda. Barulah anda tidak kembali ke dunia lama.
Kawalan makanan terlalu ketat
Nak kurus ni memerlukan masa yang sangat lama. Jangan terlalu rushing untuk mendapat bentuk badan yang cantik. Jika anda craving untuk menikmati makanan berlemak dan tidak sihat, anda boleh mengambil makanan tersebut. Namun janganlah selalu. Takut anda akan terbabas? Apa kata anda kongsi makanan anda itu dengan orang lain. Kuantiti yang anda ambil pun tidaklah begitu banyak.
Tidak lagi bersenam
“Ah, dah kurus buat apa senam” ini minda yang sentiasa ada dalam fikiran manusia. Dalam artikel sebelum-sebelum ini, kami ada menyentuh isu bahawa untuk diet kawalan pemakanan haruslah 80% manakala senaman hanya berkesan sebanyak 20% sahaja. Anda tidak perlu senam selama sejam pun jika anda tidak punya masa yang banyak. Bersenam selama 20 minit saja sudah membantu anda untuk keluar peluh agar anda tidak begitu terbabas jauh.
Ajakan rakan-rakan
Biasalah kalau dah zaman berkerja ni, anda pasti akan dapat rakan-rakan yang sungguh pemurah dengan belanja anda makan hampir setiap hari. Anda pula jenis gemar dengan makan free, jadi ia membuatkan anda akan terbabas. Ini kerana setelah kurus, anda tidak lagi membawa bekal makanan sihat ke pejabat. Mulalah makan makanan yang penuh dengan minyak dan tidak berkhasiat. Walaupun anda tidak lagi bersungguh-sungguh dalam diet, namun untuk maintain, anda harus faham kalori makan, seperti yang disebut pada awalan tadi. Jadi, bila anda faham tentang kalori makanan, tak ada masalah kalau kawan nak belanja anda makan, anda dah tahu nak ambil makanan apa.
Sakit badan
Pastinya anda akan merasa sengal-sengal badan sepanjang anda ber diet kan. “Kurus ni susahlah, sakit badan. Dah kurus ni,tak payah senam lah, nanti lagi sakit badan”. Ini terjadi kerana anda tidak melakukan senama secara betul. Kerana itu potensi untuk anda sakit-sakit badan sangat tinggi. Lulut merupakan bahagian yang paling selalu anda dapat ketika anda sedang ber diet. Disini anda harus bertanya sekeliling tentang teknik yang betul, supaya anda tidak sakit badan dikemudian hari. Jadi tak ada alasan lagilah lepas ni untuk kekal maintain.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.