Selain Duit Boleh Melayang Sebab Lewat Tukar Minyak Hitam, Ini 3 Kesan Buruk Lain

Share

Motosikal merupakan kenderaan yang amat penting di tengah Bandar. Ia selalu digunakan warga kota untuk mengelakkan kesesakan jalan raya yang boleh melambatkan perjalanan dari rumah ke pejabat.

Selain itu, ia juga membantu orang Bandar untuk menjimatkan kos petrol bulanan. Namun, ramai orang mengambil mudah urusan penyelenggaraan atau servis yang sepatutnya dilakukan apabila mencecah jarak perbatuan sebanyak 1500-4000KM.

Penunggang motosikal harus tahu bahawa setiap pengeluar mencadangkan tempoh selamat untuk menukar minyak enjin apabila mencapai jarak perbatuan 1500-4000KM. Jika melebihi jarak tersebut, motosikal anda perlu segera ditukarkan minyak enjin baharu.
Kesan pengabaian tukar minyak adalah:

BACA: Lelaki Ini Kongsi 3 Jenis Baik Pulih Model Motor Yamaha RX-Z, Peminat Motor Mesti Suka!

1. Membuatkan komponen dalaman rosak teruk

Anda terpaksa membuka enjin motor untuk dibaik pulih atau overhaul dan ia melibatkan kos yang jauh lebih mahal.

2. Prestasi enjin akan merosot

Anda akan mengalami tunggangan yang tidak selesa serta merasakan daya kilas enjin yang lemah.

3. Menggunakan banyak petrol

Anda akan rasa rugi sebab minyak motor cepat habis namun prestadi motor tidak berada pada tahap yang optimum.

4. Enjin mudah panas

Anda berisiko menyebabkan situasi piston bengkok yang menyebabkan motosikal perlu di Overhaul.

Setelah meneliti 4 kesan buruk ini, pasti anda merasakan satu kerugian yang teramat besar apabila sengaja melambatkan penukaran minyak hitam.

BACA: Lelaki Boleh Sakit Pinggang Jika Guna Absorber Rosak, Ini 4 Cara Nak Check, Mudah Je!

Masa yang sama anda tiada pilihan lain melainkan tukar sahaja minyak enjin motosikal mengikut kitaran yang sepatutnya. Pastikan untuk menggunakan minyak enjin yang berkualiti tinggi, sama ada mengikut gred yang ditetapkan atau direkomenkan oleh pengeluar.

Akhir sekali, hati-hati dengan minyak enjin tiruan di pasaran.

Published by
arif.karim