Selain Diet, Lelaki Ini Kongsi Cara ‘Melawan Malas Bersenam’ Sehingga Berjaya Turun Sebanyak 78kg!

Share

Perjalanan untuk menurunkan berat badan merupakan cabaran yang berbentuk sangat peribadi kepada setiap orang. Cabaran yang dihadapi dari segi fizikal dan mental merupakan bentuk ujian yang sangat besar.

Apatah lagi jika seseorang itu mengalami masalah berat badan yang agak serius. Untuk memulakan perubahan memang senang untuk dituturkan dengan kata-kata. Namun untuk dilakukan secara konsisten memerlukan bukan sahaja kekuatan jati diri malah disiplin yang sangat tinggi.

MASKULIN tertarik dengan satu perkongsuan dari seorang lelaki yang kami anggap cukup hebat kerana mampu merealisasikan sesuatu yang diidamkan ramai.

Perbezaan ketara dahulu dan sekarang. Cukup mengagumkan!

Pernah mencapai berat badan sehingga 151 kg, Ahmad Anwar berkongsi bagaimana dia melawan rasa malas untuk bersenam. Menerusi perkongsiannya, dia mengambil dua strategi utama untuk sentiasa aktif iaitu meingkatkan NEAT (non exercise activity thermogenesis) dan juga melakukan aktiviti kegemaran dengan kerap.

Ingin tahu bagaimana dia melakukannya dengan berjaya? Ikuti perkongsiannya di bawah.

————————————————————————-

Dulu, tiap hari aku mengeluh bila fikir esok pagi nak kena buat senaman. Badan berat 120kg. Walaupun waktu ni dah turun 31kg tanpa senaman, aku tak rasa happy.

Sebab?

Badan rasa berat. Tak rasa ringan pun walaupun dah hilang 31kg. Badan rasa lemah dan tak bermaya. Gelebeh tak payah cerita. Perut londeh sampai ke peha.
Even badan dah susut tapi orang tak kata pun aku kurus. Orang tegur aku nampak macam sakit!

Aah memang sakit sebenarnya!

Crash Diet buat aku sakit. Gastrik, kurang nutrisi, low blood pressure
Ha! Sebab tu aku selalu pesan.
Tak rugi belajar pasal pemakanan. Sebab kunci kejayaan diet ni ada pada ilmu. Kau buat betul, kau dapat hasil yang betul, simple!

STRATEGI SENTIASA AKTIF

So, bagaimana aku hadap malas bersenam ni?

Ada 2 strategi:
1. Tingkatkan NEAT
2. Buat aktiviti yang aku suka, pada kadar yang aku suka dengan mind set ansur maju (bapak panjang tajuk)

1st aku tingkatkan NEAT atau nama panjangnya non exercise activity thermogenesis.
Bahasa melayu mudah cerita ialah aktifkan dirimu jangan duduk tak buat menda. Dalam nak tingkatkan neat ni, aku guna 2 pendekatan:

1. Aku akan pastikan dalam setiap jam akan ada peruntukan masa atleast 5-10 minit bangun dan bergerak (regangan, jalan setempat etc etc)

2. Aku akan selitkan peluang untuk bersenam dalam aktiviti harian biasa.
Untuk no 1, simple je. Aku make sure dalam setiap sejam hidup aku ( kecuali time tido la) akan ada 5-10 min aku bergerak. Contoh macam sekarang ni, aku tengah taip post ni sambil berdiri dan berjalan tau.

Untuk no 2? Aku cipta apa sahaja benda biasa rutin dalam kehidupan aku kepada peluang untuk bersenam. Contoh nak pergi kedai biasa naik kereta? Aku tukar kepada jalan kaki. Parking kereta dekat? Aku tukar jauh supaya dapat berjalan. Ada lif? Aku naik tangga.

LATIH DIRI UNTUK AKTIF

Benda benda ni nampak simple tapi kesan dia besar sebenarnya. Kita latih diri kita untuk lebih berdisiplin dan biasa hidup aktif. Dapat tingkatkan stamina dan regangkan otot otot yang dah keras lama kerana tak aktif.

Lama kelamaan kita sudah rasa biasa aktif dan tidak lagi rasa berat untuk bersenam sebab otot dah mula biasa bergerak dan kita juga dah mula ada keinginan dan rasa mudah dalam pergerakkan. Dah tak rasa sakit sakit bila mula buat senaman.

Sekarang bila berat aku tinggal 73kg, aku suka buat aktiviti lagi pelik sebagai motivasi untuk kekal aktif. Antaranya, aku suka sarapan kat atas bukit jugra . Naik semata mata nak duduk dan sarapan lepastu turun.

Well buat masa sekarang aku rasa itu yang menyeronokkan kan? So aku buatlah. Korang carilah cara yang bersesuaian dengan korang asalkan matlamat utama untuk kekal aktif tercapai.

Jom hidup aktif!

——————————————————–

Syabas MASKULIN ucapkan kepada Ahmad Anwar. Semoga perkongsian fit journey yang dilalui mampu memberikan inspirasi buat anda yang turut ingin menurunkan berat badan.

*artikel dan perkongsian MASKULIN ini telah mendapatkan kebenaran dari Ahmad Anwar

Kredit: Ahmad Anwar

Published by
Farizul Izwany Ibrahim