Selain Darah Jadi Pekat, Kurang Air Dalam Badan Buatkan Lelaki Alami 22 Masalah Ini

Share

Jika kita mengambil air kurang dari 8 gelas sehari, kesannya secara keseluruhan memang tidak begitu terasa.

Namun sebagai penyelesaiannya, tubuh akan menyeimbangkan diri dengan mengambil sumber dari komponen tubuh sendiri seperti dari darah.

Kekurangan air bagi darah amat berbahaya bagi tubuh kerana darah akan menjadi likat dan pekat. Akibatnya, perjalanan darah sebagai alat pengangkutan oksigen dan zat-zat makanan pun akan terganggu.

Kesan Kekurangan Air Dalam Badan

Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan :

  1. Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
  2. Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
  3. Sukar memberi tumpuan terhadap perkara yang dilakukan terutamanya pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
  4. Tekanan darah menurun
  5. Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurangan menyebabkan mudah rasa mengantuk
  6. Lesu pada waktu siang
  7. Sakit belakang
  8. Dehidrasi
  9. Sakit kepala
  10. Memperlahankan kadar metabolisma badan
  11. Meningkatkan risiko kanser usus, kanser pundi kencing dan kanser payudara
  12. Sendi dan otot mengalami kekeringan cecair
  13. Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
  14. Meningkatkan keinginan untuk makan
  15. Mudah keliru
  16. Degupan jantung semakin meningkat
  17. Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
  18. Tubuh akan mengalami dehidrasi
  19. Dehidrasi ini menyebabkan cairan di otak akan menurun, pengangkutan oksigen yang seharusnya mengalir ke otak pun berkurang
  20. Akibatnya, sel-sel otak menjadi tidak aktif dan berkembang
  21. Gangguan fungsi kognitif (kepandaian) otak
  22. Mengganggu fungsi ginjal

Jika kita kekurangan air putih, otak tidak mampu menjalankan fungsi normalnya lagi terutama fungsi kognitif yang akhirnya membuat kita menjadi senang lupa dan kurang konsentrasi.

Ini kerana air sangat penting untuk mencegah penyakit batu karang dan dengan cukupnya air dalam badan, maka komponen pembentukan batu karang menjadi lebih mudah luruh bersama air kencing.

Pelbagai gejala ringan dan berat akan timbul. Kekurangan air yang dialami oleh tubuh akan menyebabkan gejala ringan dan sedang seperti lelah, haus, batuk kering, badan panas, sakit kepala, air kencing pekat, denyut nadi cepat, hingga gejala berat seperti halusinasi dan kematian.

Selain itu, infeksi juga mudah berlaku kerana bakteria tidak mampu keluar akibat kurang minum. Gejalanya seperti suhu badan yang sedikit meningkat, rasa ngilu terutamanya saat akhir buang air kecil, perasaan ingin buang air kecil yang tidak dapat ditahan-tahan, dan lain-lain.

Ini kerana kurang minum air menyebabkan aliran darah dalam kapilari di kulit juga tidak maksimal.

Published by
Akyem Samad