Sekarang boleh dikatakan hampir semua aktiviti sosial telah dibuka dan dibenarkan. Salah satu aktiviti yang ramai orang ternanti-natikan untuk melakukannya semula ialah aktiviti renang.
Selain pusat-pusat akuatik, lokasi seperti pulau peranginan, pantai, sungai, ari terjun dan juga taman tema menjadi pilihan. Namun untuk aktiviti renang yang dalam bentuk senaman anda perlulah melakukannya di lokasi sesuai seperti di kolam rosang atau pusat akuatik komuniti.
Renang merupakan satu bentuk aktiviti kecergasan yang cukup hebat. Lihat sahajalah atlet-atlet renang yang memiliki bentuk badan cukup mantap dan kuat. Malah stamina yang dimiliki mereka juga luar biasa.
Bagi anda yang baru ingin berjinak-jinak dengan aktiviti renang, berikut MASKULIN kongsikan beberapa kebaikan dan kelebihannya kepada anda.
TAK PERLU KOS TINGGI
Seperti larian, melakukan aktiviti renang tidak memerlukan kos yang tinggi. Tidak kisahlah di mana anda berenang, sama ada di air terjun, tasik, atau kolam renang awam, anda tidak perlu berbelanja dengan tinggi untuk aktiviti ini. Sama juga seperti berenang, hanya terjun dalam kolam, dan berenang mengikut tempo yang sesuai dengan diri anda.
Ads
BAKAR KALORI DENGAN EFISIEN
Tahukah anda melakukan renangan selama kira-kira satu jam mampu membakar sebanyak 500 kalori. Ini kerana ketika berenang, anda menggunakan otot seluruh badan untuk melakukan aktiviti ini.
Senaman ini tidak perlu fokus kepada sesuatu bahagian tubuh, ia akan guna semua otot yang ada di badan. Kajian juga menunjukkan sukan berenang adalah sukan yang berisiko kecederaan sangat rendah berbanding sukan berlari, angkat berat dan lain-lain.
Aktiviti renang juga boleh membantu melatih dan meningkatkan prestasi paru-paru. Kena ingat, bukan badan sahaja yang perlukan senaman. Paru-paru juga perlukan senaman yang sesuai. Untuk buatkan paru-paru anda dapat senaman yang diperlukan, berenang adalah jawapannya.
Ads
Ini kerana apabila berenang, paru-paru anda perlu bekerja keras untuk menghantar oksigen yang mencukupi di seluruh badan. Ini membuatkan paru-paru anda lebih kuat serta tingkatkan sistem pernafasan.
KAWAL DIABETES
Sukan ini juga mampu bantu pesakit diabetis. Ia bantu mengawal tahap glukosa darah dan sangat sesuai untuk pesakit diabetis tahap 2. Masa yang sama ia bantu kuatkan jantung yang mana penyakit ini seringkali memberi kesan pada jantung.
Jika senaman lain agak keras dan membuatkan pengamalnya stress, berenang adalah jawapannya. Sukan renang memberikan anda ketenangan kerana apabila berada dalam air, anda tidak akan dengar suara orang lain.
Seperti yang dinyatakan tadi, sukan renang bantu anda untuk lebih tenang. Tiada suara orang menjerit anda akan dengar, kerana di dalam air, ia lebih tumpat daripada permukaan kerana terdapat udara.
Setiap strok renangan yang anda buat, pasti akan bantu otak anda melepaskan segala stress yang pernah anda hadapi. Ia juga dikenali sebagai salah satu bentuk meditasi dalam air.
Kepada anda yang ingin aktif berenang, semoga perkongsian ini boleh memberikan anda suntikan semangat untuk terus melakukannya!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tak kiralah anda sedang berdiet ataupun anda hanya ingin menjaga kesihatan tubuh badan anda, makanan yang baik amat diperlukan setiap hari. Anda pasti tahu kandungan MSG dan minyak dalam kandungan makanan harian anda bukan? Bukan setakat anda, kami juga menghadapi masalah untuk makan secara sihat setiap hari. Namun, jika anda tahu pemakanan anda, dan sedikit sebanyak ambil makanan ini, maka sedikit sebanyak anda terhindar daripada ancaman penyakit.
AVOKADO
Ramai yang beranggapan bahawa Avocado ini merupakan makanan yang mengandungi lemak, namun tahukah anda bahawa lemak yang terkandung dalam Avokado adalah lemak yang sihat. Anda pasti tahu kan, untuk mendapatkan badan yang cerdas dan terhindar dari penyakit anda perlu ambil sedikit lemak? Baru seimbang kan? Jadi ambil lemak ini.
MENTEGA
Dengar saja mentega, mulalah takut, sebab mentega mempunyai lemak. Mentega kaya dengan vitamin larut lemak dan asid lemak. Ini sangat bagus untuk anda yang mengamalkan kesihatan secara terperinci. Jadi jangan tolak mentega, selagi boleh makan, makanlah!
KOPI
Siapa yang ketagih dengan kopi pasti akan suka dengan fakta ini! Adakah anda tahu bahawa pengambila kopi setiap hari mungkin boleh meningkatkan umur anda? Kopi tinggi dalam antioksidan. Nanum, jangan terlalu obses dengan kopi. Dinasihatkan supaya ambil 1 cawan 1 hari untuk mengelakkan penyakit tak diingini.
Peanut Butter
Post sebelum ini pun kami ada menyatakan bahawa peanut butter sangat bagus untuk anda yang ingin menurunkan berat badan. Ia mempunyai protein yang bagus untuk menghindarkan anda dari terkena penyakit hati. Bergantung kepada pemilihan anda juga, jangan pula ambil yang penuh dengan gula, pilih yang bagus sikit. Mahal sedikit apa salahnya.
ROTI
Takut sangat nak makan nasi kerana percaya yang kanji akan membahayakan nyawa anda? Apa kata anda ambil roti. Ia juga merupakan karbohidrat yang boleh mengundang kegemukan jika diambil secara berlebihan. Namun, daripada mengambil roti biasa, apa kata cari high fiber. Ia membantu anda untuk tidak cepat berasa lapar.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Ketika melakukan plank, mungkin tanpa sedar anda telah melakukan kesalahan yang boleh mengundang kecederaan pada tubuh badan.
Jangan biarkan senaman anda menjadi sia-sia. Jadi, pastikan anda buat senaman plank ini dengan postur yang betul untuk mendapatkan kesan yang maksimum.
Tidak dinafikan plank adalah antara senaman efektif dalam melatih bahagian core badan terutamanya di bahagian perut, lengan atas, punggung dan kaki.
Agar anda tidak mengulanginya, ikuti 7 kesalahan ketika melakukan plank ini sebagaimana yang dikongsikan dalam Youtube Kevin Zahri.
Jika anda menahan nafas, anda akan menyekat oksigen ke dalam badan dan ini tidak akan memberi apa-apa manfaat. Jadi, jangan tahan nafas dan bernafaslah seperti biasa.
2. Jangan pandang ke depan
Foto: Youtube Kevin Zahri
Posisi mendongakkan kepala akan memberikan stres dan sakit pada bahagian leher. Jadi, pandang ke bawah biar leher anda berada pada posisi atau kedudukan yang neutral dan relaks.
3. Suka tonggekkan punggung ke atas
Foto: Youtube Kevin Zahri
Kesalahan ini sering dilakukan oleh ramai orang ketika melakukan senaman plank. Walaupun cara ini lebih mudah untuk buat plank tapi ia tidak berkualiti. Jadi, pastikan punggung anda tidak dinaikkan dan berada paras yang lurus dan sama dengan badan.
4. Jangan turunkan punggung ke bawah
Foto: Youtube Kevin Zahri
Walaupun posisi menurunkan atau melengkungkan punggung ini akan memudahkan plank, namun posisi ini adalah salah.
5. Jangan baringkan badan ke depan
Foto: Youtube Kevin Zahri
Posisi membaringkan badan ke depan juga perlu anda elakkan ketika melakukan plank.
6. Pastikan posisi bahu tidak melebihi siku
Foto: Youtube Kevin Zahri
Posisi bahu hendaklah berada di atas siku agar kedua-dua bahagian ini dapat merasai ketegangan yang sama. Tiada masalah jika anda ingin merapatkan tangan kerana ia akan memudahkan terutamanya buat mereka yang baharu memulakan plank.
7. Jangan rehatkan dahi di atas tangan
Foto: Youtube Kevin Zahri
Jangan baringkan badan dan letakkan dahi di atas tangan untuk berehat. Lakukan plank mengikut tahap kemampuan diri anda. Lebar kaki boleh diubahsuai. Kalau cara yang biasa lebar kaki adalah pada paras bahu. Anda boleh melebarkan atau merapatkan kaki untuk mempelbagaikan cara mengikut keselesaan.
Foto: Youtube Kevin Zahri
Anda juga boleh pelbagaikan plank tersebut misalnya dengan mengangkat tangan sebelah, angkat kaki sebelah, mungkin angkat tangan atau kaki yang berlawanan, boleh buat plank rotation. Carilah senaman plank yang pelbagai yang mana ia boleh mencabar bahagian core diri anda. Dan paling penting, pastikan buat senaman ini dengan berkualiti.
Untuk lebih jelas, anda boleh tonton perkongsian dari Youtube Kevin Zahri ini.
Sukan bowling di Malaysia agak terkenal hinggakan kita mempunyai juara dunia yang tersendiri iaitu Rafiq Ismail. Selain itu, kita juga banyak melihat di mana-mana pusat membeli belah utama di Malaysia pasti mempunyai pusat bowling yang disediakan untuk orang ramai.
Sukan ini banyak menggunakan otot dari bahu hingga pergelangan tangan kerana anda perlu menggenggam bola seberat dari 6 hingga 16 paun.
Apabila anda menyertai sesuatu pertandingan, anda perlu kekal bertenaga seharian untuk kekal bertanding tanpa membuatkan badan rasa penat.
Disebabkan itu, MASKULIN mengumpulkan beberapa workout serta regangan yang anda boleh buat untuk pastikan anda terus steady melontar bola untuk menjatuhkan pin dan mendapat skor bowling yang tinggi.
Senamannya terbahagi kepada dua iaitu regangan serta senaman biasa yang harus anda buat sebelum menyertai sesuatu oertandingan bowling.
1. Senaman kardio
Senaman ini penting untuk membina stamina anda. Walaupun hakikatnya anda hanya menggunakan tangan. Namun ketika membaling bola, anda turut menggunakan otot lain seperti kaki serta hayunan bola bersama nafas yang betul untuk pastikan bola tersebut meluncur laju dan lurus ke arah pin. Anda boleh buat jogging serta berenang untuk membina stamina.