Selain Check Kondisi Rantai Motosikal, Ini 4 Bahagian Lain Wajib Periksa Bila Musim Panas

Share

Negara kita ketika ini mengalami keadaan cuaca yang tidak menentu. Sebelah pagi hingga tengah hari panas mencucuk, namun apabila menjelang petang hujan turun selebatnya.

Selain memberi kesan kepada manusia, ia juga memberi kesan kepada motosikal yang ditunggang setiap hari ketika penunggangnya menuju ke tempat kerja. Kadangkala pemeriksaan ini penunggang lupa untuk buat.

Bila sering terlupa kualiti tunggangan pasti terasa. Jadi, MASKULIN ingin kongsikan beberapa penyelenggaraan asas yang boleh anda buat.

1. Periksa tekanan angin tayar

Suhu panas pasti akan menyebabkan tekanan angina tayar berubah hingga menjejaskan keselesaan menunggang. Isu ini boleh diselesaikan dengan kerap melalui pemeriksaaan tayar sekurang-kurangnya sebelum menunggang.

2. Periksa keadaan tayar

Tayar yang sering terdedah kepada cuaca panas boleh menjejaskan kualiti getah. Anda past dapat melihat tayar motor ada kesan menggelupas, merekah dan hamper pecah. Atasi masalah ini dengan menukar tayar baru mengikut keadaan serta keperluan semasa. Jika terlalu teruk, lebih baik tukar. Selain itu, anda juga boleh memanjangkan hayat tayar dengan menyapukan tayar dengan lilin atau bahan kimia khas untuk menjaga kelembapan tayar.

3. Bersihkan & minyakkan rantai

Keadaan panas boleh membuatkan minyak rantai mongering dengan cepat hingga menjejaskan kualiti tunggangan. Anda dapat lihat bezanya ketika menukar gear. Uruskan masalah ini dengan lakukan servis serta pemeriksaan berkala seperti meletakkan minyak rantai dan laraskan semula ketegangan tayar.

4. Periksa bering roda

Bering boleh pecah sekiranya selalu melewati keadaan jalan raya yang teruk. Malahan, cuaca panas boleh membuatkan minyak dalam bering roda mongering serta pengedap akan mengeras serta reput. Anda dapat detect isu ini bila mendengar sebarang bunyi kasar pada tayar. Solusi mudah adalah gantikan seal atau tambahkan minyak bering.

5. Kerap cuci motor

Warna motor boleh pudar jika selalu terdedah kepada cahaya matahari. Sentiasa luangkan masa mencuci motorsikal anda dengan jadikan rutin mencuci dua kali seminggu. Jangan lupa guna sabun khas untuk jaga warna badan motorsikal.

Published by
arif.karim