Perahan jus limau kasturi bukan saja sedap jika ditambah dalam masakan dan minuman tapi keistimewaannya tidak terhenti setakat tu saja. Sebenarnya banyak lagi khasiat limau kasturi yang mungkin anda belum ketahui.
Bukan hanya jusnya, malah kulit limau kasturi juga boleh digunakan untuk mengurangkan sesetengah penyakit seperti lelah, sakit tekak, pening kepala dan mengatasi masalah badan berbau.
Jadi tak rugi jika anda menggunakan limau kasturi sebagai petua. Ini antara 10 khasiatnya.
BACA: 7 Makanan Terbaik Ini Bantu Bakar Lemak ‘Malas’ Secara Efektif & Jadikan Anda Kurus!
1. Hilangkan batuk
Limau+kicap+garam = Minum setiap pagi dan malam. Batuk akan beransur pulih.
2. Ubat demam
Ambil 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2-4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk tuam kepada pesakit yang demam. Caranya, basahkan kain pada air rebusan ini lalu tempelkan pada dahi pesakit.
3. Ubat ketiak
Sediakan limau nipis yang dicampur dengan kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
BACA: Makan Banyak Tapi Badan Masih Kurus. Hati-hati, Mungkin Ada Lemak Tersembunyi Di Organ Penting!
4. Ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5. Mengurangkan lelah
Ambil sesudu madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi. Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi. Anda boleh minum pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalami lelah. Amalkan seminggu sekali.
6. Cairkan Lemak
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu panas suam agar kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan Insya Allah perut yang buncit akan kempis dan kemas semula.
7. Hilangkan kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih. Lakukan seminggu sekali.
BACA: Coach Ini Kongsi 8 Teknik Nak Kecilkan Lengan Biar Mantap & Fit, Barulah Lemak Tak Bergayut!
8. Hilangkan kesan degil minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring. Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam. Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak. Lepas dah gosok, biarkannya selama 5-10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti. Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain seperti biasa.
9. Wangikan rambut
Hiris beberapa biji limau nipis. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.
10. Kilatkan cermin mata
Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata yang kabur. Cuci dan gosokkan sedikit limau nipis pada kacanya. Bilas bersih-bersih, kemudian lap dengan kain bersih atau tisu. Hasilnya, cermin mata nampak lebih jelas.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI