Jadi anda nak tahu apa khasiat jus timun ini? Jom baca entri di bawah yang MASKULIN sediakan untuk para pembaca :
1. Bantu cegah kanser
Kajian menunjukkan timun mengandungi polifenol dipanggil lignan yang membantu tubuh untuk merendahkan risiko kanser. Penelitian yang dijalankan penyelidik di Pusat Kanser Amerika Syarikat, Robert H. Lurie menyatakan timun juga boleh membunuh berbagai jenis sel kanser, mengecilkan tumor dan merangsang sistem kekebalan tubuh.
Ads
2. Boleh turunkan berat badan
Timun adalah sejenis sayur-sayuran yang banyak air, kaya serat dan boleh dimakan begitu saja untuk menambah kandungan air dalam badan termasuk dengan menjadikannya jus timun yang enak serta rendah kalori. Kandungan seratnya akan membuatkan anda rasa cepat kenyang dan lambat lapar sekali gus membantu untuk menurunkan berat badan.
Ads
3. Mencegah tekanan darah naik
Bagi penderita hipertensi, biasanya dalam tubuh mereka mempunyai kandungan sodium (garam) yang tinggi. Pengambilan garam berlebihan tidak elok untuk kesihatan kerana ia boleh meningkatkan tekanan darah meningkat. Timun mengandungi kalium yang membantu menyeimbangkan kadar sodium dalam badan dan menstabilkan tekanan darah.
4. Mencegah penuaan dan melawan radikal bebas
Timun kaya antioksidan yang mampu mencegah kerosakan sel dalam tubuh disebabkan oleh radikal bebas. Selain itu, kandungan beta karoten, vitamin C dan mineral dapat mencegah proses penuaan semula jadi. Semoga bermanfaat!
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Masalah sakit belakang di kalangan lelaki merupakan satu perkara yang tidak asing lagi. Ini kerana lelaki sering terdedah dengan aktiviti-aktiviti melibatkan fizikal dan menggunakan pergerakan yang banyak.
Tidak kiralah sama ada melakukan tugasa kerja, bersenam atau menyiapkan kerja-kerja rumah risiko berdepan masalah sakit belakang pasti ada.
Selain itu ramai di antara anda tak tahu bahawa beberapa perbuatan yang dianggap rutin harian boleh menjadi penyebab sakit belakang. Kadangkala aktviti yang dianggap sebagai rutin rehat mendatangkan risiko tersebut!
Antara simptom umum sakit belakang ialah sakit, kejang otot, kebas kaki, sakit yang menjalar dari belakang turun ke kaki kiri atau kanan. Perlu diingatkan bahawa tulang belakang menyimpan pelbagai saraf penting dan menyokong 33 tulang vertebrae iaitu dari lima bahagian leher, dada, pinggang, punggung dan ekor. Sebab itu pentingnya dalam menjaga postur dan pergerakan badan kerana itu semua boleh mempengaruhi kesihatan tulang belakang. Walaupun sakitnya tampak biasa dan sekejap, namun percayalah ia boleh menjadi lebih serius.
Ini 3 rutin yang biasa boleh menjejaskan kesihatan tulang belakang.
1. Duduk terlalu lama
Mereka yang menghabiskan masa bekerja di pejabat terutamanya akan menghadapi masalah ini. Duduk boleh memberi tekanan pada ‘disc’ atau piring tulang belakang. Bukan itu sahaja, jika duduk terlalu dengan postur yang salah boleh melumpuhkan tulang belakang dengan cepat. Jika inginkan tulang belakang sihat, ubahlah posisi duduk dan rajinkan mengambil masa untuk berdiri atau berjalan sebentar setelah duduk lama.
Kita menghabiskan masa yang lama ketika tidur. Tilam yang tidak menyokong bukan sahaja menjejaskan kualiti tidur malah memberi kesan pada tulang belakang. Pilihlah tilam yang menampung badan anda secara natural dan tidak terlalu keras. Tilam yang baik turut memperbaiki peredaran darah, melegakan otot dan pernafasan yang teratur.
3. Tak banyak bergerak
Pergerakan seperti berjalan kaki atau berlari sebenarnya boleh mengurangkan rasa sakit belakang. Anda tidak perlu melakukan senaman secara ekstrem, cukuplah dengan mengambil masa 20 minit hingga 30 minit meluangkan masa untuk berjalan atau bersenam. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita.
Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Tulang belakang juga seperti organ terpenting yang lain-lain. Ia membawa banyak perkara berkaitan kesihatan tubuh badan secara luaran dan dalaman. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.
Semoga anda terus menjaga kesihatan dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan cergas.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Kepada yang belum familiar dengan virtual run, ia sebenarnya adalah cabaran atau aktiviti larian yang boleh anda lakukan di mana sahaja lokasi yang dipilih. Dan anda boleh melakukan larian ini di mana-mana permukaan jalan, trail, trek atau di atas treadmill.
Apa yang anda perlukan ialah mencatatkan segala data larian yang diperlukan oleh pihak penganjuran kerana ia akan dijadikan sebagai bukti yang anda telah melakukannya. Senang bukan?
Di negara kita sendiri kini pelbagai pertandingan dan cabaran virtual run semakin mendapat sambutan di kalangan penggemar aktviti larian. Ia dilakukan sama ada secara solo atau berkumpulan.
And we have great news for you guys!
Buat pelari yang aktif berlari secara solo atau berkumpulan, MASKULIN bakal mengandakan cabaran virtual run anjuran kami, MASKULIN DARE!
APA ITU MASKULIN DARE
Mungkin dan tertanya, apakah yang membezakan MASKULIN DARE dengan virtual run yang lain. Pertama sekali, ini merupakan penganjuran sulung virtual run oleh MASKULIN.
Sebagai sebuah jenama media lelaki sofistikated, MASKULIN merupakan antara pelopor gaya hidup lelaki di Malaysia. Semestinya penganjuran pertama ini bakal memberikan pendedahan lebih besar kepada anda sebagai peserta.
Jika segalanya berjalan lancar penganjuran ini akan dilangsungkan bukan hanya sekali tetapi terbahagi kepada empat siri yang setiap satunya mempunyai cabaran yang semakin sukar sepanjang tahun 2019.
2. Peserta mestilah melengkapkan butiran peribadi dan membuat pembayaran sebelum memulakan larian.
3. Pembayaran boleh dilakukan dengan kaedah online transfer.
4. Peserta boleh memulakan berjalan/larian mereka semasa tempoh larian (peserta tidak perlu melengkapkan larian dalam hanya satu hari sahaja) tidak kira jarak berapa sekalipun (contohnya 1km atau 2km sehari) pada bila-bila masa antara tempoh larian bermula sehingga tarikh akhir larian.
5. Peserta harus melengkapkan jarak larian dan hantarkan bukti melalui snapshot jarak treadmill atau keputusan daripada apps larian seperti NIKE+, STRAVA, GARMIN atau RUNTASTIC (berupaya merekod jarak & masa larian).
6. Penghantaran medal dan t-shirt ‘finisher’ akan dilakukan selepas tamat tempoh larian dalam tempoh 30 hari bekerja dan nombor tracking akan diberi di dalam email anda.
7. Pihak penganjur berhak untuk membatalkan, menangguhkan atau meminda acara pada bila-bila masa tanpa notis terlebih dahulu kepada peserta, dalam hal ini pihak penganjur akan berusaha untuk memberitahu peserta sebelum tarikh acara. Sekiranya peristiwa itu telah dibatalkan atau ditangguhkan, bayaran balik akan dikenakan untuk yuran pendaftaran yang dibayar dan penganjur tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan atau kesulitan yang lain.
8. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kecederaan atau kematian semasa larian berlangsung jika perkara tersebut berlaku disebabkan kecuaian para peserta sendiri.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Tidur adalah sebahagian perkara penting dalam kehidupan setiap orang. Lagipun, manusia menghabiskan masa hampir sepertiga untuk tidur. Namun, kaki sejuk boleh menyebabkan waktu tidur malam anda terganggu.
Apabila kaki sejuk, ia akan menyekat saluran darah dan menyebabkan peredaran darah berkurang. Menurut Yayasan Tidur Kebangsaan, pemanasan kaki sebelum tidur membantu otak anda memberi isyarat waktu tidur dengan jelas.
Kebanyakan orang mungkin mengalami kesukaran untuk tidur dari semasa ke semasa. Satu helah yang mereka tidak pernah cuba adalah tidur dengan memakai stokin.
Stokin membantu anda tidur
Memakai stokin semasa tidur mungkin kelihatan menyebabkan kekeringan kaki. Tetapi pada hakikatnya, rutin ini boleh membantu mengawal suhu dalaman tubuh.
Kajian 2007 melaporkan bahawa orang dewasa yang memakai stokin normal atau panas akan tidur lebih cepat.
Ini kerana suhu badan teras seseorang jatuh pada waktu malam. Ia mencapai suhu terendah pada sekitar 4 pagi. Suhu purata adalah 98.6 darjah Fahrenheit, tetapi ini berbeza dengan 1 hingga 2 darjah selama 24 jam.
Tidur dan suhu badan
Suhu badan teras seseorang terjejas disebabkan jam biologi yang juga dikenali sebagai ritma sirkadian (circadian rhythm). Ritma sirkadian mengawal masa tidur, membuatkan seseorang berasa mengantuk pada waktu malam dan terjaga pada waktu pagi.
Suhu badan secara beransur-ansur meningkat pada siang hari, memuncak pada waktu petang ketika orang merasa terjaga dan berwaspada. Kemudiannya menurun pada waktu malam, menyebabkan seseorang berasa mengantuk.
Apabila seseorang mula tidur, suhu badan akan berkurangan sebanyak 1 hingga 2 darjah. Ini mungkin kerana badan memelihara tenaga untuk fungsi lain.
Jika seseorang tidur dengan memakai stokin, ini boleh membantu kitaran suhu tubuh mereka. Kitaran suhu badan yang baik adalah antara 60 dan 67 ° F.
Manfaat lain tidur memakai stokin
Selain membantu mengekalkan suhu badan, memakai stokin pada waktu malam juga mempunyai faedah tambahan:
Mencegah rasa panas: Sesetengah wanita memakai stokin untuk menyejukkan suhu badan teras mereka.
Merawat tumit retak: Memakai stokin selepas menyapu pelembap membantu menjaga tumit daripada kering.
Meningkatkan potensi orgasma: Menurut BBC, para penyelidik secara tidak sengaja mendapati bahawa memakai stokin meningkatkan keupayaan mencapai orgasma sebanyak 30 peratus.
Mengurangkan peluang serangan Raynaud: Penyakit Raynaud adalah apabila bahagian-bahagian kulit yang terjejas, biasanya kaki dan jari, kehilangan sirkulasi dan mula berdenyut atau membengkak. Memakai stokin pada waktu malam dapat membantu mencegah serangan dengan menjaga kaki hangat dan peredaran darah.