Ramai yang beranggapan melalui bantuan alat teknologi, ia sudah cukup untuk membibitkan rasa sayang dan juga emosi di antara pasangan.

Namun pada hakikatnya, alat teknologi seperti telefon dan media sosial belum cukup kuat untuk mempamerkan perasaan yang sebenar.

Melainkan ada wujudnya sesuatu sentuhan yang mesra. Ini kerana apabila berlaku sentuhan, segala rasa jujur dan kepercayaan itu dapat disemai semula jadi.

Selain itu, ini 6 fakta menarik tentang sentuhan daripada pasangan yang perlu anda alert kerana ia menceritakan tentang sesuatu yang subjektif :

IKLAN

Fakta 1

Sentuhan dapat memberikan lebih dari apa yang diberikan oleh kata-kata ketika anda berkomunikasi. Bahkan, jika mengirim pesan ‘aku cinta kamu’ 100 kali untuk pasangan anda, ini tidak mampu untuk memberikan kesan langsung ke atas dirinya, seperti apa yang diberikan oleh sentuhan, saat anda memeluknya.

Fakta 2

Banyak bancian menyatakan bahawa 70 peratus dari pasangan yang sering bertengkar, mereka jarang saling menyentuh satu sama lain secara teratur. Ketika hubungan dijalani tanpa sentuhan kasih sayang, ini akan menjadi buruk.

IKLAN

Fakta 3

Sentuhan adalah cara terbaik untuk anda berdua mengembangkan keintiman bersama pasangan. Bagaimana lagi anda memberitahu pasangan bahawa dirinya sangat bererti bagi anda tanpa melalui sentuhan?

IKLAN

Fakta 4

Bahkan ilmu pengetahuan sekalipun belum mampu untuk sepenuhnya menemukan, mengapa kita dapat merasa lebih baik dan tenang ketika orang yang kita cintai memberikan sentuhan pada kita. Bayangkan semua sensasi euforia yang anda alami ketika pasangan memeluk anda dengan lembut.

Fakta 5

Sentuhan juga mampu untuk menyembuhkan luka yang berbentuk emosional. Hal ini dapat memberikan keajaiban bagi fikiran, hati dan tubuh.

Fakta 6

Sentuhan dapat menyalurkan tenaga positif. Kesan dari sentuhan intim dapat bekerja selama berjam-jam dan mungkin setiap hari ketika anda bersama dengannya. Suasana ceria dalam hati akan meningkat dan anda boleh melihat dunia dengan cara yang lebih indah.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI