Perlu diakui kita sebagai lelaki dalam tempoh sehari sejak pagi hingga ke petang pasti akan pakai kasut. Tak kiralah anda bekerja dalam profesion apa, penggunaan kasut pasti menjadi antara pelengkap pakaian kerja.
Jadi kasut memang penting dalam kehidupam seharian. Oleh sebab itu kita perlu pandai memilih dan memakai kasut yang benar-benar selesa dan muat dengan bentuk kaki.
Setiap orang mempunyai bentuk kaki yang berbeza. Sebab itulah tidak semua orang boleh pakai kasut yang sama.
Perlu diakui sesetengah orang kadangkala sangat memandang remeh akan kondisi dan kesihatan kaki. Cuba tanya diri sendiri sejauh manakah anda tahu dan peka dengan kesihatan kaki?
Seorang doktor yang sering memuat naik perkongsian menerusinya posting Facebook, Dr Khairul Faizie telah membuat satu sharing yang menarik tentang simptom kaki ‘bunian’.
Sebenarnya ia bukanlah bernama ‘bunian’ tetapi bunion.
Menerusi perkongsian itu seorang pesakit telah menemuinya dan berkata dia memiliki simptom kaki ‘bunian’. Namu ia diperbetulkan oleh Dr Khairul yang menyatakan nama sebenarnya simptom tersebut ialah bunion.
BACA: 7 Petanda Penyakit Yang Kita Boleh Kesan Melalui Tapak Tangan
Jadi apakah itu sebenarnya bunion?
Bunion merupakan kondisi di mana terdapat benjolan yang menyakitkan berlaku di bahagian dalam kaki terutamanya di sendi jari. Ia juga dirujuk sebagai hallux valgus.
Ramai yang menyangka mereka bebas daripada kondisi ini namun apa yang perlu anda tahu ialah ia berlaku serta berkembang dengan perlahan-lahan. Tekanan yang dikenankan terhadap sendi menyebabkan ia terhimpit dan membenjol.
Ikuti perkongsian lanjut tentang bunion daripada Dr Khairul Faizie di bawah:
Sebaik sahaja duduk di kerusi patient, lelaki ini pun bagitau aku:
“Doktor, saya dah check kat internet…kaki saya ni ada bunian..sakit doktor”
Haaaaa? Aku terperanjat. Dan aku risau jugak nak periksa kakinya, kang aku pulak hilang kena kidnap dek bunian.
Bila aku check….Laaaaaa…..
” Ini namanya B – U – N – I – O – N “
BUNION atau nama medical nya HALLUX VALGUS ialah keadaan di mana tulang pada sendi jari Metatarsophalangeal joint ( MTP joint) di ibu jari kaki anda, menyenget ke dalam ( lari alignment nya ), dan lama kelamaan membentuk bengkak pada sendi itu. ( Rujuk anatomi kaki yang disertakan dalam post ini).
Disebabkan sendi MTP ini punya alignment dah lari ke dalam ( masuk ke sisi jari kaki ke- 2), maka dari luar kita nampak ibu jari kaki bentuknya abnormal. Dan kedudukan abnormal ibu jari kaki ini akan menyebabkan simptom sakit, terutamanya ketika berjalan. Ini kerana sendi MTP itu bersifat flexible, masa kita berjalan ianya bergerak. So bila ia dalam susunan anatomi yang tak normal, dengan setiap gerakan ianya sakit.
Wanita lebih ramai kena Bunion berbanding lelaki,
Why?
A) Rawatan bukan pembedahan
1) Tukar kasut kalau pakai kasut yang muncung nya ketat. Kalau Bunion dah terbentuk, boleh cari kasut yang di reka khas untuk masalah kaki seperti Bunion.
2) Menggunakan “Bunion Correctors”. Secara umum ada 3 jenis bunion correctors.
3) Penggunaan alatan Orthotics ke dalam kasut / waktu malam, seperti bunion night splint ( rujuk gambar)
4) Ice compression — tuam dengan ais pada bahagian Bunion yang sakit membantu meredakan bengkak.
5) Penggunaan pain killer, jika perlu (sakit kuat)
B) Rawatan Pembedahan.
Surgeri mungkin diperlukan jika keadaan Bunion makin teruk, dan segala usaha guna kasut khas / bunion correctors tak beri kesan yang dingini. Pembedahan bunion akan meluruskan balik tulang, tendon & ligamen kembali ke posisi asal.
Perlu difahami, pembedahan Bunion dilakukan bukan atas sebab kosmetik, yakni bukan semata mata buat surgeri untuk cantik kan semula bentuk ibujari kaki tu. Surgeri hanya perlu kalau:
Ada banyak teknik pembedahan seperti mengikis bahagian Bunion yang terbonjol ( pembedahan Exostectomy ), pembedahan meluruskan tulang ibujari dengan memasukkan pin / skru ( pembedahan Osteotomy), pembedahan membuang sendi yang dah rosak teruk dan tulang yang senget diluruskan dengan ikatan skru / pin / plate ( pembedahan Arthrodesis).
Terima kasih Dr Khairul di atas perkongsian yang cukup berguna ini. Semoga anda pembaca MASKULIN dapat memanfaatkan perkongsian beliau untuk membendungnya di masa akan datang.
Perkongsian asal beliau di Facebook;