Selain Boleh Bantu Kurangkan Berat Badan, Ini Khasiat Lain Air Barli

Share

Barli (Hordeum vulgare) merupakan makanan manusia dan makanan ternakan yang penting, tergolong dalam keluarga rumput Poaceae. Tumbuhan ini sebenarnya berlainan genus dengan barli asli, namun ia seringkali dijual di pasaran dengan nama “barli” atau “barli mutiara Cina”.

Ia juga turut terkenal kerana mempunyai pelbagai jenis khasiat untuk kesihatan kita. Nak tahu apa kelebihan barli? Jom ikuti senarai di bawah.

MERAWAT UTI

UTI merujuk kepada urinary tract infections atau jangkitan saluran kencing. Dengan mengamalkan minum air barli, anda boleh merawat atau mencegah masalah kesihatan ini.

Beras barli adalah diuretik, ia meningkatkan kadar penghasilan air kencing untuk membantu memperbanyakkan kadar pengeluaran toksik dan bakteria yang menyebabkan jangkitan dari badan.

Pada masa yang sama, air barli juga boleh membantu mencuci buah pinggang dan bertindak sebagai satu bahan anti-keradangan untuk sistem urinari. Oleh sebab itu, air barli ini sesuai untuk merawat penyakit seperti cystitis, batu karang dan tahap kreatinin yang tinggi. Ia juga berperanan untuk mengurangkan bau air kencing.

BACA: 5 Kesilapan Utama Anda Lakukan Ketika Berlari Di Atas Treadmill

MEMBANTU MENGURANGKAN BERAT BADAN

Air barli adalah satu sumber minuman kesihatan yang sangat baik bagi orang yang ingin mengurangkan berat badan. Ianya tinggi dalam serat, terutama beta-glucan. Ia boleh memberikan anda rasa kenyang dalam jangka masa yang lama, mengelakkan anda daripada makan berlebihan (dan tidak perlu).

Tambahan lagi, air barli ini sangat baik untuk sistem penghadaman badan dan meningkatkan metabolisma lemak. Untuk mendapatkan hasil yang memuaskan, minum 3 cawan air barli setiap hari.

MERENDAHKAN TAHAP KOLESTROL

Air barli ini dikatakan sebagai satu minuman yang baik untuk mengurangkan kadar kolesterol dalam darah, lantas mengurangkan risiko masalah sakit jangtung. Serat yang terdapat di dalam beras barli juga tinggi dalam beta-glucan yang mana boleh mengelakkan penyerapan kolesterol dari makanan ke perut dan usus.

Beta-glucan yang terdapati di dalam beras barli dipercayai boleh mengurangkan kadr kolestrol, lipoprotein berketumpatan rendah (LDL atau ‘kolesterol buruk’) dan trigliserida.

JANTUNG YANG LEBIH SIHAT

Selain berperanan merendahkan kadar kolesterol di dalam badan, air barli turut mencegah anda daripada mendapat atherosclerosis, iaitu satu condisi di mana dinding saluran arteri (saluran darah) disekat dengan gumpalan lemak – condisi ini boleh membawa kepada pelbagai penyakit kardiovaskular dan boleh membawa maut.

Air barli mempunyai banyak vitamin B (niacin) yang dipercayai boleh melambatkan proses berlakunya atherosclerosis. Hal ini kerana sifatnya yang anti-keradangan dan lipid-altering effects. Tambahan lagi, air barli boleh mengurangkan kadar tekanan darah, salah satu lagi faktor kepada masalah jantung dan stok.

MEMBANTU SISTEM PENGHADAMAN

Air barli boleh membantu dan memudahkan perut/usus kita mencerna makanan. Hal ini kerana air barli datang dalam keadaan beralkali dan dipenuhi dengan serat. Oleh itu ia boleh mencepatkan proses penghadaman nutrisi makanan, pada masa yang sama mengekalkan kesihatan usus.

Anda juga boleh mengamalkan air barli semasa anda mengalami cirit-birit untuk menstabilkan kembali bendalir dan elektolit anda.

MENGAWAL KENCING MANIS (DIABETES)

Air barli adalah minuman yang sesuai diamalkan oleh orang yang menghidap kencing manis. Ini kerana ia boleh menstabilkan kadar gula dalam darah. Beta-glucan yang terdapat di dalam beras barli dapat membantu mengurangkan kadar penyerapan glukosa selepas makan dan mengurangkan peningkatan glukosa dan insulin dalam badan.

Terdapat banyak kajian telah menjumpai bahwa beta-glucan boleh memperelok pengawalan kadar gluosa darah dan insulin. Ianya juga boleh mengurangkan risiko untuk obesiti (berat badan berlebihan) – penyumbang utama kepada kencing manis tahap 2.

Tambahan lagi, beras barli dianggap sebagai salah satu makanan yang mengandungi kadarglycemic yang rendah. Ini secara tidak langsung membantu anda mengawal kadar glukosa di dalam darah. Manakala, phytochemicals yang terdapat di dalam beras barli pula bermanfaat untuk mengawal diabetes, penyakit jantung dan kanser.

KULIT YANG LEBIH SIHAT DAN CERAH

Air barli boleh membantu anda mengeluarkan toksik dari badan – ini boleh memberikan anda kulit yang lebih sihat dan cerah. Lagipun, beras barli mengandungi satu bahan yang dikenali sebagai asid azelaic yang digunakan untuk merawat jerawat.

Pada masa yang sama, ia juga boleh mengurangkan keradangan pada kulit, mengelakkan daripada liang pori kulit tersumbat.

Tambahan lagi, antioksida yang terdapat di dalam air barli boleh melawan radikal bebas. Ini boleh melambatkan proses penuaan dan mengekalkan awet mudah untuk jangka masa yang lebih lama.

Selain daripada minum air barli, anda juga boleh menyapunya pada permukaan muka, biarkan selama 10 minit dan kemudian bilas dengan air yang bersih. Anda boleh mengamalkan kaedah ini untuk beberapa kali seminggu.

MENYEJUKKAN TUBUH

Air barli adalah satu air yang terbaik untuk anda menghilangkan rasa haus dan menyejukkan badan, terutama pada cuaca yang panas terik. Selain hidratkan badan anda, ia juga boleh mengurangkan haba di dalam badan.

Daripada anda minum air berkarbonat, apa kata mulai hari ini anda bertukar kepada air barli – ia lebih menyihatkan dan dapat meningkatkan kadar saluran darah.

Anda boleh menjadikan air barli anda lebih menyegarkan dengan menambah perahan limau/lemon dan sedikit gula. Anda boleh hidangkannya dalam keadaan suam ataupun sejuk. Kesan sejuk pada badan selepas anda nikmatinya bukanlah pada suhu air tersebut, tetapi pada ciri-cirinya yang boleh menyejukkan badan.

 

Published by
Farizul Izwany