Apakah yang dimaksudkan dengan hidung berdarah? Hidung berdarah atau (epistaksis) biasa berlaku apabila salur darah kecil kapilari di rongga hidung pecah.
Apakah punca hidung berdarah?
- Kecederaan di hidung
- Udara yang terlampau sejuk atau kering
- Menghembus hidung dengan kuat
- Terlalu kerap bersin
- Ketumbuhan dalam rongga hidung
Apakah yang perlu dilakukan? Jangan panik sekiranya hidung berdarah.
Rawatan segera:
- Duduk dan tunduk ke hadapan
- Bernafas melalui mulut dan picit hidung di bahagian yang keras selama 10 minit
- Terus picit hidung dan letakkan pek ais di bahagian hidung antara mata
- Selepas 10 minit, berhenti picit hidung dan periksa sama ada darah telah berhenti
- Elak dari bersin, menghembus atau mengorek hidung
- Pergi ke klinik atau hospital yang berdekatan untuk pemeriksaan lanjut oleh doktor
Sumber: myhealth.gov.my