
Minum teh untuk diet. Ya, memang betul kerana ia membantu anda untuk kurus. Teh juga amat sinonim dengan masyarakat kita, ia selalu dihidangkan pada waktu pagi ataupun waktu petang. Ia dihasilkan daripada daun serta diketahui banyak memberi manfaat kepada tubuh badan selain dikenali sebagai minuman diet.
Lebih menarik lagi, teh juga mampu mengurangkan lemak pada perut sekaligus membantu diet seseorang. Berikut adalah 6 jenis teh yang anda boleh amalkan sebagai minuman seharian untuk menurunkan berat badan.
MASKULIN dah buat research untuk anda, tinggal nak gunapakai sahaja.
BACA: Kalau Lelaki Tahu 5 Khasiat Hebat Teh Hijau, Pasti Nak Minum Setiap Hari
Teh hijau
Ini antara teh yang amat popular serta mempunyai pelbagai khasiat. Kandungan catechin yang tinggi merupakan antioksidan semulajadi yang baik untuk meningkatkan metabolisme dan memudahkan pembakaran lemak terutama di bahagian perut.
Teh hitam
Ia kaya dengan flavonoids yang menyumbang kepada pengurangan berat badan. Ia juga memberi kesan dalam menjaga tahap gula dalam darah.
Teh oolong
Ini adalah teh tradisi Cina yang mempunyai aroma wangi. Ia mengandungi polyphenols yang bertanggungjawab dalam usaha menurunkan berat badan. Ia juga merangsang pembakaran lemak serta mempercepatkan metabolisme.
Teh rooibos
Ini pula teh herba yang berasal daripada Afrika Selatan. Ia terkenal dengan kemanisan tetapi rendah kalori serta mampuu menurunkan berat badan. Ia juga baik untuk kesihatan anda.
Teh matcha
Teh ini mampu membuang toksin yang ada dalam badan, membaiki sistem imun dan menghalang kenaikan berat badan.
BACA: Cara Buat Teh Hijau Untuk Hilangkan Bau Badan & Ratakan Perut, Hanya Guna 3 Bahan!
Teh pu erh
Ia adalah jenis teh yang berasal dari keluarga Chinese Black Tea. Ia sangat efektif jika diminum selepas makan serta mengelakkan daripada lemak berkumpul. Ia juga teh yang mampu menenangkan peminumnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Air Mani Boleh Ubati Masalah Diabetes Dan Depresi, Benarkah?

Mitos mengatakan air mani lelaki boleh digunakan sebagai masker untuk wajah perempuan yang ingin mengatasi masalah jerawat dan kelihatan awet muda namun oleh sebab kajian saintifik membuktikan air mani mengandungi gula, protein dan asam amino, mineral, vitamin, hormon, asam laktat, urea, asam urat dan nitrogen, ia dikatakan turut mampu mengubati diabetes dan depresi.
Dalam sebuah buku yang bertajuk Essential Reproduction yang ditulis Johnson dan Everitt pada tahun 2000, mereka mengatakan setiap ejakulasi akan menghasilkan kira-kira satu senduk teh air mani yang mengandungi 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 persennya kalium serta tembaga.
Jika dirujuk pada sejarah lama iaitu pada zaman Mesir Kuno Mesir Kuno (5000 SM), air mani dikatakan mempunyai vitamin C serta vitamin B12 dan secara teorinya, kandungan ini mempunyai khasiat yang sangat tinggi.
Hal ini kerana vitamin C akan memicu pertumbuhan rantai protein dalam kolagen iaitu bahan utama dalam jaringan serat selain berfungsi sebagai antioksidan yang dapat mendetoksifikasi atau membuang racun serta kotoran yang ada pada permukaan kulit.
Adapun hadirnya kandungan vitamin C dalam air mani dipastikan guna melindungi sperma dari radikal bebas serta meningkatkan keberlangsungan hidup sel sperma.
Selain itu, antioksidan berperanan untuk memastikan bahawa sperma bebas dari radikal bebas yang menyebabkan kulit kusa. Manfaat yang sama dapat ditemukan dalam berbagai produk jerawat dan perawatan antipenuaan.
Jadi dengan teori ini, fungsi air mani bukan sahaja membolehkan wanita yang sudah berkahwin dan menghidap diabetes akan kelihatan cantik serta awet muda malah golongan tersebut juga diharap tidak akan depresi lagi selepas ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Buah Betik Bukan Hanya Untuk Menyembuhkan Sembelit Malah Ia Memberi Banyak Kebaikan Pada Tubuh. Jom Baca!

Siapa kata buah betik hanyalah baik untuk mengubati sembelit dan buasir? Sebenarnya, banyak kebaikan yang dapat diperoleh dari pemakanan buah betik ini. Kami kongsikan kebaikannya!
1. Mengubati sembelit dan buasir
Jika mengalami sembelit cubalah memakan betik. Ia murah lagi selamat. Betik juga penawar yang ideal bagi penyakit buasir berdarah, Malah menurut para doktor dengan mengamalkan memakan beberapa potong buah betik selepas makan, bukan saja dapat membantu penghadaman makanan serta membekalkan berbagai-bagai vitamin, zat galian dan serat yang kita perlukan, bahkan dapat menjauhkan kita daripada cacing pita dan kerawit di dalam perut. Ini kerana betik mengandungi unsur yang disebut ‘ anthelmintic’ yang dapat membunuh kuman.
2. Mencegah batu karang
Sebahagian doktor dan pakar pemakanan mengatakan bahawa buah betik ranum jika dicampur dengan madu asli adalah baik bagi sesiapa yang tidak lawas kencing dan menghidap berbagai-bagai masalah pada sistem kencingnya. Dengan membuang air kecil secara baik, dapat menghindarkan kita dari mendapat masalah batu pada pundi kencing kita.
3. Sebagai tonik tambahan
Memakan buah betik setiap hari dapat menambahkan tenaga badan dan menjadi sumber pembersih perut yang amat berkesan. Ia amat mujarab bagi menyembuhkan berbagai-bagai gangguan perut dan penghadaman makanan. Jus buah betik ranum, jika dicampur dengan susu dan madu boleh menjadi tonik yang tinggi khasiatnya bagi kanak-kanak yang sedang membesar, wanita yang sedang hamil, wanita yang menyusukan dan kepada mereka yang lemah tenaga kerana sakit.
4. Mengubati sakit-sakit otot
Daun betik yang dilayur di atas api dapat mengubati sakit-sakit otot apabila dilekapkan pada bahagian yang sakit. Bagi mengubati sakit sendi pula, meminum air perahan dari daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan dengan sedikit perahan limau nipis boleh membantu.
5. Merawat masalah kulit
Bagi merawat masalah kulit seperti jerawat dan masalah kedutan, hancurkan buah betik tersebut. Kemudian tampalkan di tempat yang bermasalah setengah jam sebelum mandi.
6. Mengubati tumit pecah-pecah
Betik juga boleh digunakan untuk mengubati tumit pecah-pecah yang boleh menyebabkan kaki terasa sakit. Salah satu daripada rawatan tradisional bagi mengubati masalah ini ialah dengan menggunakan buah betik muda yang dibelah dua kemudian diambil getahnya dan sapu dibahagian tumit yang pecah.
7. Ulam-ulaman
Daun betik terutama pucuknya yang muda sering direbus untuk dijadikan ulam. Selain itu, air rebusan daun betik dapat melegakan perut dengan mengeluarkan segala angin. Buah betik mentah (yang masih hijau) enak jika dibuat kerabu.
8. Merawat Hemoroid
Buah betik yang masak selain kaya dengan vitamin C, ia berkesan merawat hemoroid atau buasir dan sembelit. Makan buah betik boleh memudahkan proses penghadaman dan mengelakkan sembelit.
9. Kaya dengan vitamin C
Buah betik yang ranum kaya dengan vitamin C, mempunyai kandungan serat yang tinggi. Selain itu, ia juga mengandungi air, protein, lemak, serat, zat besi, fosforus, kalium, kalsium, natrium, niasin, riboflavin, tiamin, karpain, karposid, mirosin, papain dan pektin.
10. Kaya dengan vitamin A
Buah betik kaya dengan vitamin A (kulitnya) dan juga kalium. Nutrien -nutrien penting yang terkandung dalam betik, menjadikan tumbuhan ini mempunyai nilai-nilai perubatan yang tersendiri.
11. Melembutkan daging
Daun betik pula mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat, serat dan kalsium. Jika memanggang daging yang dibalut dengan daun betik, ia dapat melembutkan daging tersebut.
12. Mengubati ketumbuhan dan hipertensi
Di Ghana ia juga digunakan untuk mengubati ketumbuhan manakala pucuknya boleh mengubati penyakit tekanan darah tinggi.
13. Kurangkan berat badan
Khasiat buah betik selalu dikaitkan dengan pengawalan dan pengurangan berat badan disamping menghaluskan kulit dan mampu menjadikan wajah sentiasa awet muda.
14. Merawat denggi
Daun betik tua, dikatakan boleh dibuat jus untuk mengubati penyakit denggi. Dengar khabarnya, platelet pesakit denggi akan segera bertambah jika meminum jus daun betik. Sejauh mana kebenaran ini, tidaklah diketahui.
15. Menyingkirkan cacing kerawit
Biji betik pula boleh digunakan untuk menyingkirkan cacing gelang dan cacing kerawit pada kanak-kanak. Caranya ialah dengan mengambil segengam biji betik dan tumbuk hingga hancur kemudian direbus dan diminum oleh kanak-kanak tersebut, tetapi awas, ia dipercayai tidak berapa sesuai untuk wanita yang sedang mengandung.
16. Legakan sakit gigi
Getah betik juga berguna bagi melegakan kesakitan gigi yang berlubang dengan cara menitikkan getah pada lubang gigi tersebut atau boleh juga menggunakan kapas.
17. Menghentikan pendarahan
Daun betik yang ditumbuk lumat kemudian dicampurkan dengan sedikit garam dan kemudian dilekapkan pada tempat yang luka dan dibalut dapat menghentikan pendarahan.
18. Mencegah penyakit kandung hempedu
Selain mengandungi vitamin C yang tinggi, iaitu dua kali ganda kandungan vitamin C di dalam buah limau, betik juga boleh mencegah penyakit yang mendera kandung hempedu. Ini merupakan hasil kajian pakar pemakanan dari University of California, San Francisco terhadap lebih daripada 13 ribu orang. Setelah menganalisis kadar darah sukarelawan, para pengkaji mendapati bahawa mereka yang mempunyai kadar vitamin C yang rendah, akan mengalami risiko menderita penyakit kandung hempedu yang tinggi. Walaupun sumber vitamin C boleh didapati daripada pelbagai jenis buah dan sayuran, tetapi sebiji buah betik dalam ukuran sederhana (±280 gram) mengandungi 88 mg vitamin C dan 500 kj kalori. Ini ialah jumlah yang amat besar. Penyakit kandung hempedu lebih banyak menyerang wanita berbanding lelaki, oleh itu amalan makan betik amat baik untuk kaum wanita.
19. Mengurangkan keradangan
Betik mempunyai beberapa enzim protein pencernaan unik termasuklah papain dan chymopapain. Dipercayai enzim ini mampu membantu mengurangkan keradangan dan dapat merangsang penyembuhan akibat kesan terbakar. Sebagai tambahan, khasiat antioksida di dalam betik termasuklah vitamin C, E dan beta karotena juga amat baik dalam mengurangkan keradangan. Papain di dalam betik muda juga dikatakan amat berguna dalam masalah kekurangan jus gastric, mucus tidak elok yang berlebihan di dalam perut, dyspepsia dan keradangan usus. Buah yang masak pula jika dimakan selalu, mampu mengurangkan masalah sembelit, hemoroid atau buasir, najis yang berdarah dan kronik. Jus yang dihasilkan daripada biji betik juga dikatakan berguna dalam merawat dyspepsia dan najis berdarah.
20. Membantu peredaran haid yang teratur
Buah yang belum masak dikatakan elok dimakan oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak teratur. Ia juga mampu mengecutkan struktur otot rahim dan sekaligus memastikan peredaran haid yang teratur.
21. Merawat sirosis hati
Biji betik pula dikatakan amat bernilai tinggi dalam merawat sirosis hati yang disebabkan oleh alkoholisme, kekurangan zat dan pelbagai sebab lain. Satu sudu jus biji betik yang dikisar dan dicampurkan dengan 10 titis jus limau dikatakan boleh diambil sekali atau dua kali sehari selama kira-kira sebulan sebagai ubat bagi penyakit ini.
22. Merawat penyakit tekak
Jus betik yang dicampurkan dengan madu pula dikatakan boleh digunakan dalam merawat tonsil yang kemerahan akibat difteria dan penyakit tekak yang lain. Ramuan ini dikatakan mampu mencairkan membran dan menghalang jangkitan daripada merebak.
23. Penawar masalah limpa
Buah betik masak pula dikatakan amat berguna dalam merawat masalah limpa yang mengalami pembesaran. Buah yang telah dibuang kulit dipotong dan direndam di dalam cuka selama seminggu. Kira-kira 20g betik yang telah dijeruk ini, boleh diambil dua kali sehari bagi merawat masalah ini. Hirisan buah betik yang telah dicampurkan dengan biji jintan putih dan lada hitam pula dikatakan elok dimakan sekali sehari untuk merawat pembesaran limpa yang disebabkan penyakit malaria.
sumber: diarikurus.com
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Bagaimana Pil Pelangsingan Berfungsi Namun Tetap Bahaya!

Ubat pelangsing badan sama ada daripada jenis drug atau produk herba ialah ubat yang dapat mengurangkan berat badan atau mengatasi masalah kegemukan. Ia boleh dibahagikan kepada 5 kategori mengikut cara ia berfungsi iaitu:
1. Menghilangkan selera makan
Otak manusia mengandungi pelbagai jenis bahan kimia semula jadi yang mengawal pemikiran, pergerakan dan fungsi organ-organ lain. Sesetengah ubat pelangsing badan bertindak dengan meningkatkan paras kimia ini terutama serotonin dan dopamine yang merencat selera makan. Ini akan mengakibatkan seseorang itu kurang makan dan akhirnya berat badan akan susut.
Contoh-contoh ubat adalah: Bagi jangkamasa pendek: fendimetrazin tartrate, metamfetamin, fentermin, fenfluramin, deksfenfluramin, dietilpropion, mazindol, benzfetamin dan fenil propanolamin.
Bahaya: Secara amnya; insomnia, mengalami mimpi ngeri, keresahan, lekas marah, keletihan, kemurungan, mulut kering, anoreksia, kekejangan pada kawasan perut, gangguan gastro, pening, gementar, masalah koordinasi, berpeluh, palpitasi, degupan jantung kencang, tekanan darah menjadi tinggi atau menurun, gangguan libido, impoten, kerosakan hati, jantung, penggantungan atau ketagihan dan tindakbalas psikotik termasuk skizofenia.
Selain dari dadah terdapat juga peptid hormon yang mampu merencat selera makan. Contohnya leptin, neuropeptid-Y, kolesistokinin, glukagon dan melanokortin. Walau bagaimanapun hormon-hormon ini masih dalam peringkat kajian.
2. Mengubah metabolisma lemak badan
Enzim lipase dari pancreas bertindak memecahkan lemak dalam makanan dan menjadikannya molekul yang lebih kecil iaitu asid lemak dan gliserol dan seterusnya menyerap ke dalam usus kecil. Terdapat ubat pelangsing badan yang dapat menghalang sebahagian enzim ini daripada bertindak memecahkan lemak dan seterusnya ia akan keluar dari badan melalui najis. Dengan ini hanya sedikit kalori terhasil dan berat badan dapat dikawal.
Contoh: ubat ini adalah orlistat (XenicalÒ) atau tetrahidrolipstatin.
Bahaya: kekejangan pada bahagian perut, cirit birit, gangguan usus, tidak dapat mengawal pembuangan najis atau lelehan najis berminyak.
3. Menghasilkan haba (thermogenesis)
Termogenesis merupakan proses penghasilan haba melalui pembakaran kalori daripada lemak. Ia biasanya berlaku apabila menggunakan kit bersenam. Namun demikian terdapat ubat pelangsing yang mampu merangsang thermogenesis dengan cara menukar lemak yang terkumpul kepada bentuk lemak yang terlarut dan melalui edaran darah akan di bawa ke tisu adipos (brtown adipose tissues) di mana ia akan “dibakar”.
Contoh: Efedrin dan terbiatan efedrin yang biasa diguna dalam merawat selsema dan asma tetapi juga boleh merangsang thermogenesis. Kesan efedrin akan bertambah dengan kehadiran kafein atau salisilat.
Bahaya: Meningkatkan tekanan darah, mempercepatkan denyutan jantung, insomnia, tremor dan ketegangan.
4. Membuang air kecil (diuretics)
Sesetengah ubat pelangsing badan mampu menyebabkan diuresis. Ubat diuretik bertindak dengan cara mengeluarkan air dengan banyak dari badan melalui kencing. Kehilangan air sebanyak 1 liter berkadaran dengan kehilangan berat sebanyak 1 kilogram. Oleh itu berat badan dapat dikurangkan dalam masa yang singkat.
Contoh: Furosemid, asid etakrinik, hidrokloroiazid, amilorid, acetazolamid, bumetanid dan lain-lain biasanya diguna dalam merawat tekanan darah tinggi. Penggunaan ubat diuretik dikesan bagi tujuan mengawal berat badan ahli sukan seperti tinju dan juga sebagai bahan “doping”.
Bahaya: Secara amnya menyebabkan kehilangan air yang banyak, dehidrasi dan ketidakseimbangan elektrolit dan seterusnya akan menyebabkan pula kelesuan, lemah otot, pening, loya anoreksia, impoten, penglihatan berwarna kuning, degupan jantung yang laju dan tidak normal, tekanan darah yang rendah, mulut kering, gangguan mental dan pendarahan dalam perut.
5. Ubat pelawas (laxatives)
Ubat jenis ini merangsang sistem penghadaman dan “mengosongkan” perut dan usus. Biasanya diguna bagi melawas pembuangan najis. Walau bagaimanpun ia boleh menyebabkan cirit birit. Kebanyakan ubat pelangsing jenis herba termasuk dalam kategori ini.
Contoh: Bisacodil, laktulos.
Bahaya: Secara amnya menyebabkan sakit dan kekejangan di bahagian perut, cirit birit yang berpanjangan akan menyebabkan kehilangan air. Vitamin dan garam galian yang banyak dari badan serta memberi kesan bahaya sama seperti diuretik.
Fentermin, orlistat dan diuretik dikategorikan sebagai ubat kawalan di mana penggunaannya memerlukan preskripsi daripada doktor. Ubat pelawas pula boleh dibeli dengan bebas di Farmasi. Lain-lain jenis ubat dan hormon tidak diluluskan oleh kerajaan dan tidak diperolehi di pasaran Malaysia. Walau bagaimanapun anda perlu berhati-hati dengan produk herba atau tradisional yang mungkin dicampur dengan bahan-bahan ini seperti yang telah dikesan di dalam produk herba, Slim 10 dan Bestrim baru-baru ini.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI