Bila bercakap tentang kulit, semua orang berlumba-lumba nak makan vitamin C. Namun tahukah anda, vitamin C juga diperlukan ketika badan anda stres?

Ramai beranggapan bahawa semua vitamin C adalah sama. Rupa dan dos sahaja yang berbeza sama ada 1000mg atau 500mg. Tetapi sebenarnya tidak! Sama ada vitamin semula jadi, organik atau sintetik, ketiga-tiga jenis ini adalah berbeza sama sekali.

Umpama mengandaikan vitamin C semula jadi itu buah oren sebenar, vitamin C organik adalah perahan jus dengan penambahan gula dan perisa manakala vitamin C sintetik pula adalah buah plastik tiruan yang mana pembuatannya di makmal dan hanya sedikit khasiat vitamin C diambil, selebihnya adalah dicipta!

MANFAAT VITAMIN C

  • Ia memainkan peranan penting dalam pembentukan kolagen. Kolagen adalah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Oleh itu, ia mampu mengurangkan kedut dan menghalang otot menjadi lembik
  • Penting untuk pembinaan dan pemulihan tisu sel tubuh, salur darah, tulang dan gigi
  • Pemulihan luka akibat cedera dan pembedahan, kemalangan atau terbakar. Kekurangan vitamin c adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, pemulihan kecederaan yang lambat, kulit kering, ruam dan kulit kasar.
  • Membantu menurunkan paras kolesterol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghindarkan arteriosclerosis, thrombus, menghalang pendarahan dalaman, hidung berdarah, pendarahan serebral dan skurvi.
  • Membantu untuk mencegah pelbagai jenis jangkitan virus dan bakteria
  • Secara amnya, ia membantu meningkatkan imun sistem badan.
  • Membantu melindungi daripada pelbagai serangan kanser dengan cara menghalang pembentukan nitrosamines (sebatian yang menyebabkan kanser terjadi). Satu-satunya anti oksidan yang berkuasa, mampu meningkatkan interferon semula jadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel-sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh kita dengan berkesan. Ia juga mampu menghapuskan radikal bebas sebelum ia menyerang sel-sel kita.
  • Bertindak sebagai julap semula jadi. sapa yang ada sembelit bagus ambil vitamin C lebih.
  • Merendahkan risiko terkena darah beku dalam salur darah.
  • Membantu dalam pemulihan dan pencegahan demam biasa.
  • Meningkatkan kadar penyerapan iron
  • Mengurangkan alahan/ alergi.
  • Membantu mengurangkan tekanan darah tinggi.
  • Menghasilkan kulit yang halus, cantik berseri.

Selain Bermanfaat Untuk Kulit, Vitamin C Juga Diperlukan Ketika Badan Stres!

TIP MEMILIH VITAMIN C

#1 : Pilih Vitamin Semula Jadi

Ads

Vitamin C terbaik adalah apabila ia mengandungi C Complex yang lengkap dengan bioflavonoids, hesperidin dan rutin (garam sitrus). Bioflavanoid berperanan penting dalam membantu penyerapan vitamin C. Tanpa bioflavanoid, mungkin hanya berapa peratus sahaja kandungan yang dapat diserap oleh badan. Kebanyakan vitamin C dengan dos 1000mg adalah vitamin sintetik.

Selain Bermanfaat Untuk Kulit, Vitamin C Juga Diperlukan Ketika Badan Stres!

#2 : Pilih Vitamin C Yang Bersifat Sustained Release

Ads

Vitamin C adalah sejenis vitamin yang mempunyai sifat mudah larut air. Badan akan banyak menggunakan vitamin C sekiranya kita stres, merokok dan individu yang sudah berusia. Vitamin C hanya akan diserap pada waktu itu sahaja dan tidak disimpan di dalam badan. Oleh itu, amat penting mengambIl suplemen yang mempunyai teknologi sustained release.

Suatained release ialah satu proses di mana vitamin diformulasi agar dilepaskan mengikut paten istimewa yang menjamin menyerapan di antara 3-6 jam. Ia dilepaskan secara perlahan-lahan di dalam aliran darah mengikut masa yang tertentu.

Ads

Tanpa teknologi sustained release ini, vitamin larut air akan terus diresap ke dalam salur dalah dengan begitu cepat antara 2-3 jam sahaja tanpa mengira betapa besar dos vtamin C yang diambil.

Selain Bermanfaat Untuk Kulit, Vitamin C Juga Diperlukan Ketika Badan Stres!

#3 : Halal Dan Lulus KKM

Begitu banyak lambakan dan jenis vitamin C yang ada di pasaran. Oleh itu, anda haruslah bijak mencari vitamin C yang mempunyai sijil Halal sama ada Halal Malaysia atau pengiktirafan Halal oleh badan-badan yang diiktiraf oleh JAKIM. Pastikan pada label botol tertera hologram nombor kelulusan KKM.

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI