Selain Berkumur, Mouthwash Juga Boleh Mengatasi Masalah Jerawat!

Share

Mouthwash adalah jenis cecair cairan antiseptik yang berguna untuk membersihkan seluruh area rongga mulut dan digunakan dengan cara dikumur.  Biasanya mouthwash ini digunakan setelah kita menggosok gigi.

Namun tahukan anda, mouthwash ini ada kegunaan lainnya yang orang ramai tidak tahu. Antaranya menhilangkan masalah bau ketiak yang sangat ketara serta ia bisa menghilangkan bakteria di mangkuk tandas.

Nah MASKULIN bawakan 4 kegunaan mouthwash selain dari kegunaan oral pada kulit anda.

#1: Hilangkan masalah bau badan terutamanya di bahagian ketiak

Cara-caranya tuangkan sedikit mouthwash ke atas bebola kapas atau kain bersih lalu sental ke bahagian bermasalah terutamanya di ketiak. Hilangan bau tengik dan bilas dengan air yang bersih. Cara ini akan daoat memberikan bau yang lebih segar.

#2: Menangani masalah kelemumur

Basahkan rambut dengan sedikit air kemudian tuangkan mouthwash ke atas kulit kepala. Urut perlahan ke seluruh bahagian rambut sehingga rasa kedinginan. Balut kepala menggunakan tuala selama 20 minit. Lalu bilas rambut anda dengan menggunakan air bersih.

#3: Mengatasi masalah jerawat

Sapukan sedikit mouthwash ke seluruh muka setiap pagi dan malam sehingga jerawat anda mengecut dan hilang. Tidak perlu sental dengan apa-apa bahan atau berus.

#4: Hilangkan gatal-gatal akibat digigit serangga

Sapukan sedikt mouthwash di kawasan yang terkena gigitan serangga seperti nyamuk atau semut . Ia membantu melegakan kegatalan dan mengelakkan kesan gigitan tadi dari berbekas.

Published by
lany