Senaman jumping jack atau lompat bintang merupakan antara senaman yang popular digunakan sebagai senaman alternatif.
Senaman lompat bintang antara senaman yang penting kerana ia mampu meningkatkan daya tahan kardiovaskular pada tubuh badan.
Meskipun senaman ini kelihatan mudah tetapi ia juga sangat efektif untuk dilakukan. Berikut disertakan 8 kelebihan senaman lompat bintang.
BACA: 5 Senaman Tekan Tubi Ini Rahsia Lelaki Nampak Segak Bila Miliki Dada Bidang!
1. Baik untuk jantung
Dengan senaman ini ia mampu untuk meningkatkan kesihatan jantung. Ia juga bertindak sebagai agen yang mampu mencegah penyakit kardiovaskular seperti diabetes dan obesiti.
2. Meningkatkan kekuatan dan daya tahan tubuh badan
Senaman jenis ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan stamina dan daya tahan. Ia juga membantu untuk meningkatkan fleksibiliti pada tubuh.
BACA: Hilangkan Lemak Degil & Miliki Badan Fit Hanya 15 Minit Sehari Dengan 7 Senaman Ini!
3. Menguatkan tulang
Ia juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis apabila anda melakukan jumping jack dengan menggunakan beban kerana ia mampu menguatkan tulang.
4. Membakar kalori
Membantu dalam proses membakar kalori dengan cara yang paling efisien dan efektif. Ia juga mampu untuk membakar lemak dan membolehkan seseorang itu mengekalkan berat yang ideal terutamanya jika ia dilakukan dengan konsisten.
5. Melatih otot
Jumping jack bagus untuk melatih dan menguatkan otot pada abdomen, deltoids dan calves.
BACA: Senaman Mudah Guna Sofa Agar Perut Pejal & Berotot, Hanya 15 Minit Sehari!
6. Meningkatkan metabolisme
Senaman yang paling bagus untuk meningkatkan kadar metabolisme. Ia juga mampu memberikan ton terhadap tubuh badan anda.
7. Mengurangkan berat badan
Jumping jack juga mampu untuk mengurangkan berat badan kerana senaman ini dapat meningkatkan kadar denyutan jantung, selain mempercepatkan pembakaran kalori dan lemak.
8. Mengekalkan tubuh badan yang ideal
Senaman ini juga dapat membantu anda mendapatkan dan mengekalkan tubuh badan yang ideal.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Waktu Makan Malam Yang Baik Adalah Sekitar 6.30 Petang Sehingga 8.30 Malam Sahaja
Pengambilan makanan harian boleh dibahagikan kepada beberapa hidangan dalam sehari termasuk makan malam.
Makan malam yang sihat dan tidak melebihi keperluan kalori harian tidak akan menyumbang kepada obesiti.
FAKTOR MAKAN MALAM DIKAITKAN DENGAN MASALAH KEGEMUKAN TERMASUK:
- Makan malam beramai-ramai terutama keluarga akan mempengaruhi saiz hidangan dan seseorang makan lebih banyak berbanding makan sendirian.
- Sikap melangkau waktu makan pada siang hari menyebabkan kelaparan tidak terkawal sekali gus membuatkan seseorang makan berlebihan ketika malam.
- Tindakan menjadikan makan malam sebagai satu cara melepaskan tekanan turut mendorong masalah obesiti.
- Kecenderungan mengambil makanan tinggi lemak dan kalori seperti ais krim, coklat, kerepek ketika menonton televisyen waktu malam turut dikaitkan dengan masalah kegemukan.
PANDUAN MAKAN MALAM YANG SIHAT:
- Utamakan makanan seimbang mengikut saranan Piramid Makanan Malaysia.
- Hadkan pengambilan makanan bergoreng, berlemak dan berminyak.
- Ketahui saiz hidangan makan malam seharusnya membekalkan anda 400 hingga 500 kalori.
- Waktu makan malam paling sesuai 6.30 petang hingga 8.30 malam. Sekiranya berasa lapar dan tidur lewat, pilih buahan, roti, biskut atau susu suam sebagai snek.
- Tidak digalakkan ambil makanan lewat malam.
- Elak makan malam sambil menonton televisyen.
- Elakkan teh atau kopi selepas makan malam kerana ia boleh mengakibatkan gangguan tidur.
- Jika menghadiri jamuan makan malam, makan secara sederhana dengan saiz hidangan kecil, pilihan makanan sihat, utamakan buah-buahan dan air kosong.
TOKSIN TERDIRI DARIPADA DUA JENIS
1.TOKSIN DARI LUAR (EKSOTOKSIN)
Disebabkan oleh makanan yang diproses seperti burger,makanan yang mengandungi pengawet, makanan yang dipanggang dan racun kimia atau racun serangga. Selain itu, penggunaan kosmetik juga turut menyumbang kepada toksin luaran ini, selain bahan kimia untuk penggunaan domestik seperti sabun basuh, bahan peluntur, bahan pewarna dan sebagainya.
2.TOKSIN DALAMAN (ENDOTOKSIN)
Berpunca daripada gangguan emosi, stres, dan kotoran yang tersumbat dalam usus.
Secara umumnya masalah- masalah seperti jerawat, alahan, selesema, bau badan, mulut bau dan banyak lagi terjadi kerana fungsi pembuangan toksin yang sepatutnya berlaku terjadi sebaliknya. Jadi, toksin itu tetap keluar namun dalam bentuk cela pada kulit manusia.
Simptom di atas hanya yang boleh dilihat pada wajah, sedangkan, di dalam organ tubuh yang tidak pernah dibuang toksin akan menyebabkan kesan yang lebih teruk.
Kepentingan membuang toksin dalam badan
Kajian menunjukkan kandungan toksin yang banyak dalam badan akan mengurangkan kemampuan untuk mengimbangkan gula dan metabolisme kolesterol. Ini adalah perkara yang serius apabila ingin mengurangkan berat badan dan kesihatan badan secara menyeluruh yang tidak diambil penting oleh ramai orang. Jika anda ingin membakar lebih lemak dan mengurangkan risiko mendapat diabetes, adalah lebih baik untuk anda membuang toksin di dalam badan terlebih dahulu.
Dalam dunia moden yang penuh dengan toksin kini, adalah sangat mustahil untuk bebas toksin sepenuhnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
Tak Perlu Jogging Di Luar Kalau Boleh Buat Dalam Rumah!
Buat runner dan kaki larian, sekrang pastinya tempoh yang mencabar buat anda semua. Sebelum Perintah Kawalan Pergerakan anda bebas untuk berlari di mana saja. Namun dengan kondisi terkini ia bukanlah satu langkah yang bijak untuk berlari di kawasan terbuka.
Tapi sebenarnya anda boleh saja berlari di rumah. Yang penting perlu ada treadmill! Akan tetapi ramai yang sebenarnya mempunyai treadmill tapi tak tahu menggunakannya dengan baik.
Cara betul gunakan treadmill
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
Terus membakar lebih banyak kalori
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
Pengaruh kelajuan treadmill
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
Jadikan treadmill rutin harian
1. Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2. Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3. Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI
5 Penyakit Paling Digeruni Di Malaysia. Jom Baca!
SAKIT JANTUNG
Jantung merupakan organ yang sangat penting bagi manusia, kerana ia diperlukan untuk mengepam darah ke seluruh tubuh manusia sehingga tubuh mendapatkan oksigen dan sari makanan yang diperlukan untuk metabolisme tubuh. Oleh itu, jantung perlu dijaga supayadapat menjalankan fungsinya dengan baik.
Penyakit jantung ialah penyakit yang menyerang jantung manusia dan urat-urat darah. Penyakit-penyakit dapat mempengaruhi bahagian badan mana-mana pun dari jantung. Contoh penyakit adalah seperti penyakit jantung koroner, serangan jantung, tekanan darah tinggi, stroke, sakit di dada dan penyakit jantung rematik. Penyakit yang paling umum adalah penyakit kronis pada arteria koroner. Penyakit jantung koroner merupakan penyakit yang paling tertinggi diderita. Penyakit ini sering menyebabkan serangan jantung pada seseorang manusia sehingga terjadinya pembuluh arteri yang berfungsi untuk menyediakan darah ke otot jantung menjadi tersumbat dan melambatkan penyaluran oksigen dan nutrisi ke jantung dan akhirnya menyebabkan kematian.
OBESITI
TALASEMIA
KENCING MANIS
BATUK KERING(TIBI)
HIV/AIDS
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI