Rupanya ada cara nak makan kurma. Walaupun kurma banyak khasiat dan kerap dimakan ketika berbuka atau bersahur, namun kalau makan tak kena dengan caranya, manfaatnya kurang berkesan untuk tubuh badan.
Jadi sebelum nak makan kurma tak kiralah pada waktu bila sekali pun pastikan anda makan mengikut saranan Dr Zubaidi Hj Ahmad
ini. Barulah anda akan rasai kesannya.BACA: Selain Lawaskan Perut, Air Chia Seed & Kurma Ini Boleh Buat Badan Kurus, Kulit Sihat & Awet Muda!
1. Makan dengan cara tersendiri, terutama ketika berbuka puasa atau ketika betul-betul lapar. Ia memberikan tenaga.
2. Jangan ketika masih kenyang.
3. Jangan makan kurma lepas makan nasi atau lepas minum teh tarik.
4. Saya cadangkan awal pagi, dikisar dengan minyak zaitun atau minyak kelapa. Letak sedikit air. Ia akan menjadi sarapan yg terbaik bagi orang yang sibuk dan tidak mahu membuang masa dengan mengunyah di kedai makan. Ia memberikan tenaga dan membekalkan nutrien yang banyak.
5. Bagi pesakit diabetis, ambil satu atau dua biji untuk satu hidangan. Jangan ambil dengan teh tarik atau minuman/makanan yang manis. Ambil dengan air kosong (atau zam-zam). Makan bila betul-betul lapar atau ketika berbuka puasa.
BACA: Selain Turunkan Berat, Air Nabeez Juga Bagus Diamalkan Lelaki Untuk Prostat & Gout!