Selalunya apabila sudah masuk umur 60 tahun, ramai orang sudah mula menunjukkan reaksi yang perlahan, banyak masalah kesihatan dan macam-macam lagi apabila memasuki usia emas.

Namun tidak bagi Perdana Menteri Malaysia yang kembali menerajui kepimpinan Negara buat kali kedua iaitu, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang masih lagi kekal ‘tajam’ pemikirannya ketika usia meniti 94 tahun.

Walaupun begitu perwatakannya tidak sama seperti orang lain, di usia begini beliau masih lagi sihat, aktif dan mempunyai karisma yang menakjubkan. Pasti ramai yang ingin tahu apakah petua sihat yang diamalkan Tun M.

BACA: Sama Tapi Tak Serupa, Ketahui Cara Pilih Oat Untuk Kurus & Sihat Ikut Saranan Doktor Ini!

Ads

1. Berhenti makan sebelum kenyang

Beliau berkongsi nasihat ibunya iaitu berhenti sewaktu tengah sedap menjamah makanan. Bila difikirkan semula nampak mudah, tetapi untuk melaksanakannya tidak semudah yang disangka kerana habit kita bila sedap, lagi ditambah.

Walaupun begitu, tidak terlambat untuk kita mengubah gaya pemakanan untuk kekal sihat sepertimana Tun Dr. Mahathir Mohamad.

2. Sentiasa membaca buku

Selain menjaga kesihatan badan. Otak juga memerlukan ransangan yang sepatutnya. Dapat kita lihat Tun M apabila mempunyai masa yang senggang, seringkali membuka buku untuk membaca. Dia sentiasa mengambil masa untuk memastikan otaknya bergerak aktif.

Ads

3. Tidak merokok

Tun M sudah buktikan dengan gaya hidup bebas merokok dia berjaya mengekalkan kesihatan ketika usia golongan emas. Malahan kerajaan juga sedaya upaya melancarkan pelbagai kempen untuk memerangi gaya hidup yang tidak sihat ini.

BACA: 3 Cara Untuk Pastikan Badan Anda Kekal Sihat & Aktif Sepanjang Masa!

Ads

4. Tidak mengambil minuman keras

Sebagai pemimpin yang beragama islam. Tun M sudah pasti tidak meminum arak. Ia juga diakui mengandungi pelbagai nutrisi yang tidak sihat serta mengundang pelbagai masalah kesihatan.

 

 

Gentleman semua dah baca MASKULIN?
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.

KLIK DI SEENI