8 Manfaat Jika Amalkan Senaman Plank Setiap Hari, Antaranya Boleh Bentuk Sixpack!

Share

Sememangnya senaman plank ini banyak manfaatnya. Ia menjadi antara jenis senaman yang berkesan dalam memberi anda kesan positif jangka pendek.

Tanpa perlu ruang yang besar, senaman plank ini anda boleh lakukan dalam waktu yang singkat. Anda hanya perlukan 5-10 minit untuk menikmati pelbagai manfaat daripada senaman plank ini.

Dengan mengamalkan senaman ini setiap hari, anda akan menikmati 8 manfaat ini.

BACA: 10 Senaman Plank Ini Sesuai Untuk Yang Nak Kurus Tapi Malas Bergerak Banyak!

1. Tingkatkan kelenturan tubuh

Tubuh fleksibel merupakan manfaat utama dalam plank. Bagi memastikan anda mampu bergerak tanpa risiko kecederaan, kaki kram, sakit punggung dan cepat penat ketika bersenam, penting untuk anda miliki otot tubuh yang mudah lentur dan fleksibel. Selain menjadikan otot lebih stabil dan kuat, senaman ini juga mampu menstabilkan koordinasi tubuh dan membuatkan pergerakan lebih efisien.

2. Membaiki postur tubuh badan

Plank dapat membaiki postur tubuh menjadi lebih baik dan stabil. Malah postur yang baik membuatkan anda tampak lebih tinggi dan ramping. Ia juga membuatkan anda mampu duduk lebih lama tanpa rasa penat.

BACA: Sambil Baring Pun Boleh Buang Perut Buncit. Caranya, Dengan 5 Senaman Mudah Ini!

3. Mantapkan keseimbangan tubuh

Senaman ini juga dapat melatih anda menahan satu posisi dalam waktu yang lama. Ini akan menguatkan otot bahagian tengah tubuh, punggung bahagian atas dan bahu serta daerah pinggul. Apabila otot tubuh kuat, ia akan membantu mencipta pusat graviti tubuh yang lebih stabil sehingga keseimbangan tubuh anda lebih mantap. Hasilnya anda tidak mudah jatuh ketika berjalan ataupun cedera ketika bersenam.

4. Kurangkan risiko kecederaan

Bukan itu sahaja, senaman ini dapat membentuk otot dengan cara yang sederhana dan tak memaksa pinggul anda untuk bekerja dengan lebih keras. Berdasarkan kajian dari American Council on Exercise, seseorang yang melakukan senaman plank secara konsisten akan menguatkan otot dan tulang punggung.

BACA: Tak Perlu Ke Gym, 6 Alat Olahraga Ini Pun Boleh Kecilkan Perut & Buang Lemak!

5. Kencangkan perut

Sekitar 10 peratus dari lemak tubuh berkumpul di perut. Lemak perut (lemak viseral) adalah jenis lemak tubuh yang paling berbahaya. Pengumpulan lemak di bahagian ini berkait rapat dengan pelbagai masalah kesihatan. Dengan melakukan senaman ini, anda juga boleh mendapat perut rata dan kencang. Ia akan membantu anda mengoptimumkan proses metabolisme tubuh untuk membersihkan racun dan penyerapan khasiat hingga mengatur keseimbangan hormon menjadi lebih efisien. Semuanya berperanan dalam menjaga kesegaran tubuh dan menunda proses penuaan diri.

6. Metabolisme tubuh meningkat

Jika anda melakukan senaman ini setiap hari, tubuh akan membakar kalori lebih banyak daripada anda melakukan latihan otot perut biasa seperti sit up. Ternyata senaman plank sangat diperlukan untuk anda yang setiap hari bekerja duduk di depan komputer.

7. Sihatkan tubuh & fikiran

Bukan sahaja dapat meningkatkan kesihatan tubuh, senaman plank juga mampu menyihatkan fikiran. Apabila seharian duduk lama menghadapi komputer, ini akan membuatkan otot paha dan leher rasa tegang. Jadi penyelesaiannya adalah dengan melakukan senaman plank bagi membuat postur tubuh yang lebih baik.

8. Jadikan otak lebih tenang

Bukan hanya manfaat untuk tubuh, senaman plank juga mampu menjadikan otak lebih tenang kerana ia telah mengubah postur tubuh anda menjadi lebih baik.

BACA: 4 Rahsia Ini Kalau Ikut Perut Susah Nak Buncit. No 3, Kena Hati-hati!

CARA TAHAN POSISI PLANK LEBIH LAMA

Bagi yang baru memulakan senaman plank, cuba tahan dalam waktu singkat misalnya 5 kiraan. Biasakan diri untuk menahan dalam 5 kiraan untuk minggu pertama. Setiap kali selesai menahannya, rehat dahulu sekitar 5 kiraan. Kemudian teruskan lagi posisi dalam 5 kiraan. Ini meliputi 1 set. Cuba selesaikan 3-6 set dalam 1 kali sesi senaman.

Jika anda sudah terbiasa, tambahkan menjadi 10 kiraan untuk minggu berikutnya. Terus tambahkan durasinya seiring dengan waktu secara berperingkat. Selain durasi, perhatikan juga teknik dasarnya untuk mendapatkan manfaat yang lebih optimum.

Ini caranya untuk menahan posisi senaman plank lebih lama:

  1. Letakkan siku di atas lantai, manakala pergelangan tangan di depan sejajar dengan siku.
  2. Dengan menggunakan tangan, angkat tubuh ke atas dengan posisi leher lurus. Posisi kaki pula lurus ke belakang. Cuma hujung kaki sahaja menyentuh lantai.
  3. Pastikan badan lurus dan tahan otot perut.
  4. Tahan posisi ini sambil terus bernafas.
  5. Lakukan sesuai dengan kemampuan anda.
  6. Selain posisi biasa ini, anda juga boleh menambahkan posisi senaman plank yang lain.
Published by
Roselinda