Pada zaman moden ini, lelaki seharusnya memiliki ciri-ciri karekteristik dan bijak menggunakan item fesyen agar penampilan nampak unik, sekali gus menonjolkan keperibadian seseorang lelaki.
Oleh itu, tidak salah untuk anda menggayakan pelbagai stail bagi meningkatkan keyakinan diri sama ada ketika bersantai bersama teman atau ketika bekerja.
MASKULIN ingin berkongsi trik untuk lelaki tampil bergaya dan kacak tanpa perlu berbelanja besar melalui empat item fesyen ini.
Ramai yang kata jaket kulit ni harganya mahal. Ye, memang mahal jika anda membelinya di butik berjenama. Tapi tahukah anda, di kedai bundle ada banyak jaket kulit berjenama yang dijual dengan harga murah. Anda cuma nak ‘selam’ je. Selain itu, jaket kulit juga amat berguna ketika hujan kerana materialnya kalis air. Kalau dulu orang kata, sediakan payung sebelum hujan tapi kini, sediakan jaket kulit sebelum hujan.
2. Bela jambang
Jika membela jambang, pastinya penampilan anda tampak lebih ‘manly’. Skor macho anda juga pasti ditingkatkan. Namun harus diingatkan apabila anda membela jambang, anda haruslah menjaganya betul-betul. Jambang yang tidak diuruskan dengan baik boleh merosakkan penampilan wajah anda.
Ads
3. Gayakan jaket formal
Malaysia memang bercuaca panas. Tapi bila sudah masuk ke pejabat dan kena aircond pasti buat anda rasa seperti di negara musim sejuk. Pemakaian jaket formal boleh menyelamatkan anda daripada kesejukan, malah ia juga boleh menaikkan seri penampilan anda. Bos pun mesti suka. Jadi pastikan pemilihan jaket anda sesuai dengan padanan seluar. Jangan pula anda menyarungkan jaket berwarna biru dan seluar berwarna merah jambu. Bimbang ia boleh menjadi bahan ketawa di pejabat nanti. Oleh itu, pakailah mengikut kesesuaian.
4. Pakai jam tangan
Ads
Jam merupakan item fesyen dan aksesori wajib yang ada pada seorang lelaki. Ia menunjukkan bahawa anda seorang yang mementingkan disiplin masa. Namun, pastikan pilihan stail jam anda mengikut kesesuaian bentuk tangan, keadaan serta majlis yang bakal anda hadiri. Jangan pergi ke majlis makan malam dan anda menyarungkan jam tangan sukan. Memang tak kena!
5. Pakai spek hitam
Perasan tak dalam filem barat, bila pelakonnya masuk ke dalam kereta pasti akan menyarungkan spek mata hitam? Terus saham macho dia naik. Itulah sebabnya pemakaian spek hitam ini penting. Bukan sahaja digunakan di dalam kereta untuk menghalang silau, anda juga boleh menggunakannya ketika bersiar-siar bersama orang tersayang. Cuma saat memasuki ke pusat beli-belah pastikan anda membuka spek mata hitam. Faham-faham jelah kenapa ye!
Subscribe dan tonton pelbagai video tentang gaya hidup lelaki di Youtube MASKULIN
https://www.youtube.com/watch?v=ZmGn7E1z5Zc&t=5s
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Nama J Balvin di kalangan peminat muzik Latin sememangnya tidak asing lagi. Malah tidak salah untuk MASKULIN katakan bahawa J Balvin merupakan antara penyanyi Ltin paling berpengaruh pada masa kini.
Bukan sahaja pengaruh muzik tetapi gaya trendy yang dibawa oleh beliau sentiasa mencuri perhatian banyak pihak. Jika sebelum ini dia memperkenalkan koleksi kolaborasi bersama BAPE, kini J Balvin mengumumkan bakal mengeluarkan kasut kolaborasi bersama Air Jordan.
Tampil dengan gaya tie dye dan padanan warna pelangi, ia merupakan rekaan unik yang pasti menjadi rebutan ramai. Warna gradien pelangi bermula dari hujung kaki kasut hinggalah ke pangkal buku lali menjadi identiti unik rekaan kasut ini.
J Balvin menjadi artis Latino pertama yang menampilkan kolaborasi dengan model Air Jordan 1.
Pandangan dekat mendapat rekaan swoosh Nike diperkemas dengan outline potongan fabrik yang kelihatan jagged. Manakala logo Happy Face dari J Balvin pula terdapar pada bahagian luar kasut di atas buku lali. Ia turut terdapat di bahagian lidah kasut bagi memberikan sentuhan detail yang unik.
Pada persembahan separuh masa di Super Bowl LIV Halftime Show, J Blavin dilihat menggayakan kasut ini ketika menyanyi bersama Jennifer Lopez dengan lagu ‘Que Color’dan ‘Mi Gante’.
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
Pernah tak anda mengalami ulser mulut yang berleluasa? Sampai nak mengunyah pun sakit mulut. Ramai yang membuat keputusan untuk ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun ubat yang sesuai masih tidak ditemui. Apa yang menariknya, ramai antara anda yang sanggup membiarkan mulut anda sakit sampai akhirnya ia akan pulih sendiri dalam masa beberapa minggu.
Antara punca anda sering mendapat ulser adalah cara pemakanan anda. Jika anda jarang minum air masak, ia akan menjadikan badan anda kurang hidrat dan ini antara punca ulser pada mulut anda. Antara punca lain juga merupakan faktor cuaca yang terlampau panas ataupun hujan tidak tentu masa.
Tahukah anda bahawa selain daripada membiarkan mulut anda tu sakit sepanjang masa sehinggakan anda tidak dapat menikmati makanan yang disediakan, anda juga boleh cuba beberapa cara mudah dan cepat sembuh apabila mulut anda sakit.
Madu
Madu memiliki sifat antibakteria yang bagus untuk menghilangkan ulser mulut. Dalam masa yang sama, ia melembapkan dan menggalakkan proses penambahan tisu baru. Anda boleh minum atau sapukan madu asli pada ulser anda.
Baking Soda
Selain daripada dapat mencantikkan barang terpakai, menghapuskan kotoran degil, baking soda juga mampu untuk menghilangkan ulser pada mulut anda. Jadi, kalau tak ada barang lain dalam rumah, boleh menggunakan baking soda. Apa yang anda perlu lakukan adalah sapu bahagian ulser anda itu.
Garam
Rasanya ramai antara anda yang mengamalkan kaedah ini jika mulut mempunyai ulser. Garam membantu untuk neutralkan kembali suhu dalaman anda disamping dapat mempercepatkan proses pulih bibir pecah anda. Anda boleh kumuh dengan air larutan garam, atau letakkan secubit garam pada bahagian ulser anda.
Tuamkan dengan uncang teh
Rendamkan uncang teh yang telah direndam ke bahagian mulut / bibir yang terdapat ulser selama 5 minit. Teh adalah sejenis bahan beralkali. Maka, ia dapat membantu meneutralkan asid yang menyebabkan rasa sakit pada ulser mulut.
Sapukan Gel Oral
Gel oral seperti Bonjela atau Oral Aid adalah antara ubat yang sering disyorkan dan ia boleh didapati di farmasi. Gunakan mengikut arahan pada label dan ikut preskripsi daripada ahli farmasi.
Sumber: Siraplimau
Gentleman semua dah baca MASKULIN? Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.