Limau kasturi adalah sejenis buah yang banyak digunakan oleh masyarakat Asia Tenggara kerana setiap perahannya memberikan rasa enak dan segar.
Bahkan aromanya yang harum dan menenangkan jika dihidu menjadikan limau kasturi antara buah yang digemari untuk kegunaan dalam masakan ataupun minuman.
Ia kaya dengan kandungan vitamin C dan merupakan salah satu sumber antioksidan yang baik, bahkan mengandungi sebatian antibakteria yang bagus.
Oleh itu, pastikan anda menyimpan buah limau kasturi ini di rumah, bukan sahaja untuk masakan dan minuman malah boleh digunakan untuk masalah kesihatan dan penampilan diri.
Jom kita baca khasiat-khasiatnya.
BACA: Selain Air Masak, Ada Beberapa Lagi Jenis Minuman Sihat Boleh Lambatkan Tanda Penuaan
1. Buang lemak degil
Perah limau nipis dan campurkan bersama teh tanpa gula. Sebaik-baiknya biarlah teh itu suam sebelum minum. Amalkan minum air limau limau ini setiap hari untuk mengatasi masalah perut buncit.
2. Ubat demam
Petik 2-4 genggam daun limau nipis dan rebus dengan 2-4 gelas air. Gunakan air rebusan tadi untuk menuam pesakit yang demam. Caranya rendamkan kain pada air rebusan dan perahkan, lalu diletakkan pada dahi.
3. Sebagai deodoran semula jadi
Sediakan limau nipis yang telah dicampurkan bersama kapur sireh. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan seketika sebelum membasuhnya dengan air. Lakukan dengan kerap di sebelah pagi dan petang untuk mengelakkan masalah bau badan.
BACA: Untunglah Kalau Suami Reti Beli Makanan Laut Tanpa Masalah, Ini Tipnya
4. Ubat atasi pening kepala
Picit perlahan-lahan buah limau kasturi dan halakan ke arah hidung. Percikan dari kulit buah limau itu boleh mengurangkan rasa pening kepala.
5. Ubat lelah
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga mengeluarkan air. Ambil satu sudu madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titis jus limau kasturi. Minum pada bila-bila masa ketika anda mengalami lelah. Cukup mengamalkannya selama seminggu.
6. Atasi masalah batuk
Campurkan jus limau kasturi, sedikit kicap dan secubit garam dalam segelas air. Amalkan minum setiap pagi dan malam.
Tidak salah untuk mencuba jika limau kasturi ini dapat mengurangkan masalah kesihatan. Namun jika penyakit bertambah melarat, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan selanjutnya.
Jangan ketinggalan sebab download dekat seeNI je senang.
KLIK DI SEENI