Rugi tak amalkan jika selama ini suami isteri jarang tidur berpelukan atas alasan tidak selesa, panas dan rimas. Sebenarnya banyak manfaat yang tidak diduga suami isteri dapat bila tidur berpelukan dan salah satunya dapat menenangkan saraf tubuh.
Posisi tidur yang dianjurkan bagi suami isteri adalah posisi di mana suami memeluk isteri dari belakang. Dengan posisi ini, suami akan dapat memiliki isteri sepenuhnya, selain suami rasa lebih puas ketika tidur.
Kaji selidik yang dilakukan oleh Richard Wiseman, Profesor Psikologi dari University of Hertfordshire terhadap lebih daripada 1000 responden mendapati sebanyak 86% pasangan yang tidur kurang satu inci daripada pasangannya akan merasa lebih bahagia dalam hubungan berbanding 66% pasangan yang tidur berjauhan lebih daripada 30 inci.
Kajian dari Medical University of Vienna pula membuktikan bahawa tidur berpelukan dapat meredakan stres, menurunkan tekanan darah dan meningkatkan memori, namun ia hanya berlaku jika anda memeluk pasangan yang anda sayangi (isteri).
BACA: Amalan Makan Bersama Kunci Allah Nak Bagi Rezeki Suami Isteri Datang Tanpa Diduga!
Jika anda tidur bersendirian, otak anda akan cenderung untuk berfikir lebih banyak sehingga menyebabkan anda sering mengalami kesukaran untuk tidur atau gangguan insomnia. Satu kajian mengatakan tidur berpelukan memungkinkan otak berasa relaks dan tenang.
Sentuhan kulit saat tidur berpelukan dengan pasangan dapat membantu tubuh berasa nyaman kerana aliran hormon oksitosin yang tinggi. Ini akan membantu anda menyingkirkan gejala insomnia sekali gus mempengaruhi kualiti tidur di mana anda cepat lena dan mencapai tidur yang lebih nyenyak sepanjang malam.
Ketika tidur berpelukan dengan orang yang dicintai, aroma yang anda hidu daripada pasangan akan meringankan fikiran sekali gus membuatkan perasaan semakin tenang, damai serta membantu mengurangkan stres.
Saat tidur berpelukan, hormon dopamin akan dilepaskan di seluruh tubuh dan menyebarkan adrenalin dalam aliran darah. Perasaan cinta kesan daripada memeluk pasangan ketika tidur akan mencambahkan suasana riang yang akhirnya membuatkan anda bangun lebih segar dan bersemangat untuk memulakan hari dengan penuh tenaga positif.
BACA: Rupanya Suami Yang Pakai Cincin Kahwin Buat Isteri Rasa Bahagia, Pahala Pun Dapat!
Posisi tidur sambil memeluk pasangan dari belakang juga disebut dengan istilah forward bear. Menurut Tod Sinett dalam bukunya “The Truth About Back Pain”, posisi seperti ini jika dilakukan dengan lutut ditekukkan sedikit sangat baik untuk pasangan yang memiliki masalah tulang punggung.
Kajian juga menemukan bahawa pasangan suami isteri yang sering berpelukan ketika tidur akan membuatkan wajah mereka lebih awet muda. Saat berpelukan, mereka akan merasa bahagia dan saling mencintai sehingga hormon oksitosin iaitu hormon cinta akan dilepaskan di seluruh tubuh. Hormon ini akan melancarkan metabolisme, pernafasan, percernaan, peredaran darah dan seterusnya membuatkan keseluruhan tubuh sihat.
Saat tidur berpelukan dengan pasangan, pengaliran oksigen yang merata pada seluruh jaringan tubuh dapat memberi kesihatan yang baik buat anda sehingga kulit menjadi semakin halus, rambut berkilauan dan kuku tidak mudah rapuh. Ini disebabkan oleh seluruh jaringan mendapatkan nutrisi yang secukupnya.
Sentuhan ketika tidur dengan pasangan akan memercikkan rasa cinta dan menyemarakkan lagi kasih sayang antara suami isteri. Pelukan ini akan melepaskan segala masalah yang suami isteri hadapi sepanjang hari, membaiki hubungan yang retak dan meningkatkan kepercayaan terhadap pasangan.
BACA: Kata Pakar, Suami Yang Nak Kurangkan Berat Badan Kena Selalu Cium Isteri Setiap Pagi!
Hormon oksitosin yang dikeluarkan ketika berpelukan merupakan hormon cinta yang merangsang perasaan kasih sayang dan menyuburkan keluarga bahagia. Jika hormon ini dirangsang dengan banyak maka semakin bertambahlah kasih sayang. Ia dapat menghilangkan perasaan kesunyian atau kemarahan dalam hubungan suami isteri.
Kajian juga menunjukkan bahawa seseorang yang tidur berpelukan dengan orang yang dicintai dapat membuatkan otak, jantung dan organ badan yang lain bekerja secara santai dan akhirnya tanpa disedari dapat membantu meningkatkan usia.
Tidur di samping pasangan juga baik untuk kesihatan jantung. Hormon oksitosin yang menghalang pengeluaran hormon yang menyebabkan stres iaitu hormon kortisol dan hormon norepinephrine secara tidak langsung akan membantu mengurangkan risiko seseorang mengalami sakit jantung.
BACA: Kalau Nak Isteri Cantik & Kekal Ramping, Suami Kena Pastikan Isteri Cukup Tidur!